AddMeFast

Klik@Lazada

nuff

Lisa Sudah Berisi

Cikgu Iza | May 25, 2012 | 17 Komen |
Lisa dan Yusry memang penyayang

Khabarnya, selepas berkahwin, berat Lisa dah naik iaitu dari 46 ke 50 kilogram sekarang. Almaklum, Lisa kini semakin bahagia setelah 3 bulan berkahwin. Malah, Lisa kini sudah semakin berisi. Wow, tentu ramai peminat Lisa yang tumpang gembira dan meramalkan Lisa dan Yusri Junior secomel mama dan papa mereka. Menyentuh soal anak ni, Lisa memberitahu menyerahkan segalanya kepada rezeki dan mengakui dia tidak merancang mengenai soal cahaya mata. Haa... sebab tu lah Lisa sudah berisi tau. Gembira dan nak tau kisah sebenarnya... baca lagi yer...

 Untungnya dapat mama Lisa dan papa Yusri

Alamak, jangan cepat fikir yang Lisa sudah berisi kerana Lisa dah mengandung tau. Lisa sebenarnya semakin berisi iaitu berat badannya semakin naik kerana dia berasa sungguh seronok dan bahagia berada di samping suami tercinta. Malah, Lisa mengaku pernah 'menghalau' Yusri dari set lakonan semata2 tidak mahu cik abang melihat aksinya menyebabkan dia tidak dapat menumpukan perhatian terhadap lakonan, kerana dia mudah 'cair' apabila melihat wajah Yusri. Wow, bahagianya mereka kan. Semoga mereka dikurniakan baby yang comel, insyaallah...

Published with Blogger-droid v2.0.4

17 comments:

eMMe said...

anak sape dipangku lisa tu? hehehe..
berisi badan ke? ingat dah pregnant ke? hehehe~

Qhaifa Nur said...

hati senang ada cik abang sayang sekarang...

norhidana said...

naper gmbrnyer glp kak... senang hati sbb tu lisa makin berisi... tp dia ttp comel

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Moga cepat2 la mereka menimang cahayamata.. tak sabar nak tengok anak Lisa ni.

LadyBird said...

x sbr2 nk tunggu ank mrk.. hihi. poyo jrk.

Ummi Iman said...

Salam singgah sini dari blog kak zakie..

KAKI LIRIK LAGU said...

x sabar nak nengok anak lisa + yusry hehehe!

Kakzakie said...

Baguslah lagi cepat lagi baik - merke pun bukan muda lagi kan. Kakak pasti anak dia tentu cute macam mama/papa dia.

Prince of Noob said...

lisa dah gemok ke... done follow - Noob

Prince of Noob said...
This comment has been removed by the author.
Tea said...

Wow... Suburnya lisa...

si para para said...

moga cepat dapat cahya mata..

Eyriqazz said...

Lisa preggy ke?

wahh,tentu comel anak mereka nanti...

MulutPayau said...

makin berisi makin cantik..semoga cepat dapat chya mata..

lelamaisara said...

makin berisi makin comel..heee

Bobo said...

alhamdulillah.. mesti comel anak dorg ni nnt..

Puan Gojes said...

insyaAllah, pasti preggy juga si cantik lisa ;) tak sabar pula nak tgk..

Post a Comment

Komen mencerminkan diri kita. Segala komen yang ditulis diucapkan ribuan terima kasih. Jangan serik untuk menulis komen demi kebaikan bersama.

nuff

SantaiEmas

CK Free Auto Backlink My Ping in TotalPing.com Personal Blogs
best blogs

Babab Ping

My Love and Cute Kids © . Designed by MaisarahSidi.com