Pages

@aimaniman |

Nazmi Faiz Mansor 2015

Nazmi Faiz Mansor

Dunia sukan bola sepak Malaysia diledakkan dengan berita Nazmi Faiz Mansor yang berjaya menjadi kesebelasan pemain kelab Portugal, SC Beira-Marr. Pujian demi pujian dilontarkan kepada pemain muda berusia 17 tahun ni. Malah dalam Harian Metro hari ni, Nazmi diibaratkan seperti Pablo Aimar, bintang Benfica walaupun bertubuh kecil tetapi begitu menyengat.
Difahamkan Nazmi mengikat kontrak selama 3 tahun bersama pasukan SC Beira-Marr. Diharapkan agar sepanjang tiga tahun tersebut Nazmi mampu belajar dan mengutip segala pengalaman dan peluang yang ada bermain di Eropah. Diharapkan juga, setelah 3 tahun bakat Nazmi akan terus gemilang dan menjadi ikon bola sepak negara yang disegani.
Tapi, ada kemungkinan juga Nazmi 'tenggelam' dibayangi barisan gah pemain hebat Eropah. Akibatnya, dia hanya mampu mengisi bangku pemain simpanan dan akhirnya kontrak tamat tanpa sebarang peningkatan mutu permainannya. Maka, Nazmi pun pulang ke Malaysia tanpa 'disedari', walaupun bukan dengan cela dan umpatan. Biasalah tradisi kita kan, pasukan yang menang disambut dengan pujian, pasukan kalah dihina mati-matian. 
Mama bukan doakan sedemikian, namun segala-galanya mungkin. Sistem pendidikan di Malaysia masih berorientasikan peperiksaan. Cuma, mulai pelajar Tingkatan 1 2012, transformasi berubah apabila sistem peperiksaan dimansuhkan dan diganti dengan sistem penilaian berdasarkan sekolah (PBS). Ini bermakna, Nazmi tidak termasuk dalam golongan ini. Nazmi masih lagi termasuk dalam kelompok sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan, bermakna kecemerlangan dalam peperiksaan amat dituntut sebagai kunci mendapatkan pekerjaan baik pada masa hadapan.
Apa nasib Nazmi? Dia ke Portugal hanya berbekalkan keupayaan dan ketangkasan bermain, bukan dengan apa-apa kelulusan. Pendek kata, dia ke sana tanpa SPM. Mampukah dia 'diangkat' dan mendapatkan pekerjaan yang bergaji lumayan jika dia gagal dalam arena bola sepak? Adakah keistimewaan yang bakal diberikan atau adakah Nazmi akan dibiarkan dan terpaksa menjadi 'buruh' di mana-mana untuk menyara kehidupan? Inilah dilema atlet di Malaysia, kehebatan dalam sukan tidak dianggap keistimewaan, apabila prestasi merudum, ahli sukan terpaksa bertatih sendirian untuk berjuang meneruskan kehidupan. 
Harap-harap Dato' Ismail Sabri Yaacob mampu memperjuangkan nasib atlet, semoga tiga tahun Nazmi beraksi di Portugal menyamai 3 tahun pengajian di universiti, maka setelah 4 tahun, Nazmi juga mampu menghadiri 'konvokesyen'nya, dan dia mampu menjadi 'orang' walaupun 'gagal' dalam sukan. Tolong ye, Dato', demi mutu sukan negara.. betul tak?

Published with Blogger-droid v2.0.4

Sudah baca sila komen

7 comments:

KiD said...

lama tu... tiga tahun.. hope dapat timba ilmu sebaik mungkin dan kembali beraksi untuk negara

Gen2Merah said...

sebuah kebanggan buat rakyat malaysia

Boni JLL3 said...

inilah dia harapan negara kita... satu dalam beribu.bintang yang paling bersinar antara banyak2 bintang

munna said...

harapnya dia bawa nama malaysia dgn baik di sana kan mama

aimaniman said...

alamak.. napa komen pasal nazmi jer bukan pasal entri tentang nazmi..nampak sangat tak baca....

aimaniman said...

alamak.. napa komen pasal nazmi jer bukan pasal entri tentang nazmi..nampak sangat tak baca....

aimaniman said...

alamak.. napa komen pasal nazmi jer bukan pasal entri tentang nazmi..nampak sangat tak baca....

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012