Pages

@aimaniman |

Rasa Mual Hari Guru

Unik Khalish dan 1st time muka serta nama sebenar muncul.. rasa nak tergelak ada..

Unik lah Kalish tahun ni kerana terpampang muka masing-masing pada cenderamata Hari Guru. Barulah tau cenderamata tu khas untuk indidvidu tu, tahniah pada Kelab Khalish 2012. Secara kesuluruhannya sambutan Hari Guru hari ini enjoy yang amat sangat. Dari sukaneka yang memang kelakar, makanannya yang amat banyak dan pelbagai, sampailah ke upacara sambutan yang meriah. Tahun ni cikgu bujang dan para pentadbir sporting nak menyanyi. Tahniah lah Kelab Khalish atas kejayaan mengendalikan Hari Guru yang lain daripada yang pernah mama sambut sebelum2 ni...
 
Ilustrasi sambutan hari Guru

Mama sempat juga menyelak beberapa akhbar untuk PSS. Macam-macam ucapan untuk guru yang disampaika oleh macam-macam pihak. Dari parti politik sampailah ke syarikat swasta dan sekolah swasta, masing-masing sibuk menyampaikan ucapan yang berbunga-bunga dan begitu kreatif. Lepas ni, layanlah antara ucapan yang dipaparkan di akhbar2 hari ni. 
 
Ucapan daripada Dacing

Ucapan daripada Celcom
Ucapan daripada Kolej Unit

Dah baca? Rata2 semuanya macam mengagung2 dan mengiktiraf jasa dan pengorbanan guru. Tapi mama pelik, kenapa masih ada ibu bapa yang bersinsing lengan bertegang urat memarahi guru kerana 'mengasari' anak-anak mereka. Kenapa masih ada anak-anak murid yang dikasihi menengking dan biadab terhadap guru jika kata-kata dan ucapan seperti di atas ikhlas lahir dari sudut hati mereka. Atau, ucapan ni hanya retorik bak menanam tebu di pinggir bibir? Sebenarnya, mama rasa ucapan terima kasih dan pujian terhadap guru hanya mainan bibir sahaja selagi kes biadab, kes melawan guru, kes menyakitkan hati guru dll masih berleluasa. Tadi mama rasa mual melihat Qayyum dan Ikram memeluk PK HEM, padahal merekalah penghianat bertopengkan manusia sebenarnya....

Published with Blogger-droid v2.0.4

Sudah baca sila komen

9 comments:

KhaiRin : anies said...

tu ibu bapa spesis nk mengutuk je tau nyer... cuba diorg yg jd cikgu..cm ne rs nyer

norhidana said...

zmn skrg dh lain sgt dgn zmn dana kecik2, masa tu cikgu seorang manusia yg paling di hormati... tp skrg nih dh lain dh kak.... cikgu tu tak lbh dr burung kot, tak suke sedap2 boleh di baling ngn batu... huhuhu

selamat hari guru kak...

KhaiRin : anies said...

p/s seminar yg sy pegi tu basic nyer seminar.. sbb tu free... fully seminar yg sbnr mmg kena byr..

Hani Syahani said...

selamat hari guru kak!!

ooo bdk zmn skrg mang xboleh diusik kak, nti guru kene balik, kesian kan para guru sekarang x mcm dulu, bebas demi nk didik ank murid dgn ikhlas..tp skrg semua guru pun takot nk "ajar" ank muridnya yg dianggap "dera"

whitecappuccino said...

selamat hari guru!!

Nor Nadiah said...

selamat hari guru..lama xziarah..:(

Nad demam tapi tak reti-reti nak tidur lepas tu blogwalking lagi..ish Nad ni..Adeh!!

http://www.nornadiah.com/2012/05/fever.html

Aku Mad said...

Selamat Hari Guru :)

aizamia3 said...

rasanya tak terlambat nak ucapkan selamat hari guru.. ;)

moga cikgu semakin bersemangat dalam mencurahkan ilmu dalam mendidik anak2 muridmu..

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA said...

Selamat Hari Guruuuuuuuu :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012