Pages

@aimaniman |

Syabas Malaysia Juara


Syabas Malaysia Takluk Asia

Cium jangan tak cium...

Syabas Malaysia kerana berjaya muncul sebagai juara Hoki Ramaja Asia.  Kejayaan lebih manis apabila Malaysia berjaya menundukkan musuh tradisi dan kuasa besar hoki dunia, Pakistan. Mama berharap agar anak-anak remaja ni mampu menyinarkan semula kegemilangan hoki tanah air. Ingat lagi zaman sekolah dulu-dulu, sekolah2 yang ada pasukan hoki ni biasanya sekolah2 besar, sekolah2 ada nama, macam SMK Tinggi Kluang dan SM Sains Johor. Liga hoki pun hanya disertai oleh sekolah2sekolah elit ni. Berbanding dengan permainan bola sepak, semua sekolah yang ada di daerah tu akan memasuki liga, bermakna jika ada 20 buah sekolah menengah, bermakna ada 20 pasukanlah yang bertanding.
Zaman berubah, dan kini mama pula jadi cikgu sekolah. Tapi yang pasti, mama lihat budak2 yang masuk pasukan bola sepak merupakan murid2 bermasalah dalam pelajaran, mereka malas belajar lalu mereka bermain. Berbeza dengan pasukan hoki,.. hanya sekolah2 tertentu sahaja yang ada pasukan hoki. Yang pasti di sekolah mama tiada pasukan hoki pun, kerana sekolah mama bukan sekolah elit yang mempunyai budak2 elit. Sekolah mama ibarat 'tong sampah', budak yang dibuang dari sekolah lain akan ditempatkan pula di sekolah mama!..
Kalau kita baca deretan nama pemain senior hoki Malaysia pun, ada nama2 yang berpangkalkan doktor, peguam dan lain-lain. Pemain hoki senior juga diterima bekerja di bank-bank. Apa yang mama cuba sampaikan di sini ialah, jika pemain tu seseorang yang baik latar belakang akademik, tak mustahil prestasi dalam bidang sukan juga akan baik. Sukan dan akademik bukan suatu entiti yang terpisah, kedua-duanya saling berkaitan, jika remaja aktif bersukan secara tidak langsung otak mereka akan cerdas dan mudah menerima pelajaran. Begitu juga jika pelajar bijak akademik, secara tidak langsung mereka akan bijak mengatur strategi dan akhirnya akan menang.
Mama rasa sudah tiba masanya KPM menekankan bidang akademik selari denga bidang sukan. Kita mahu pemain yang bijak mengatur strategi menentang lawan dan bukannya bermain bermati-matian tanpa arah tujuan. Tu sebabnya, walaupun bola di depan gawang tapi pemain menendang kuat melewati pintu gol!!!...Kita tidak mungkin dapat menandingi saiz badan dan ketinggian pemain Eropah, tapi yang pasti kita mampu menandingi mereka jika kita punya strategi ampuh. Mama rasa Pandalela Ranong tahu akan hal tu. Cilik tapi menang di arena dunia, tahniah!.. 

sorry pemain bola.. tapi mama heran kenapa tendang tinggi2 sedangkan pintu gol kat depan????

siapa tahu lagu pom pom girl ni...

where ever we go ooooo
people want to know  ooo
who we are arr
so we tell them
we are the SMS   (Sek Men Sains)
mighty mighty SMS
rough tough SMS
up the hill
down the hill
one mile no sweat
two miles no sweat
ten miles still the Great!!!

Published with Blogger-droid v2.0.4

Sudah baca sila komen

5 comments:

LYAfrina said...

tahniah buat malaysia

Boni JLL3 said...

yeah!!!!!!! tahniah buat skuad hoki negara malaysia!!!

MulutPayau said...

tahniah utk pasukan hoki Malaysia....!!!

mamaRIFQY said...

Tahniahhhh...tgk gak malam tadii....

munna said...

tahniah buat malaysia....semoga semua atlet kat malaysia ni terus cemerlang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012