nuff

WiFi Kedekut

Cikgu Iza | May 02, 2012 | 10 Komen |
 Bukan pengomen ye, fokus pada internet access tu

Pada guru-guru tentu semuanya faham akan dilema yang mama hadapi. Sekarang, nak analisis peperiksaan guna online, nak isi maklumat pelajar guna online, data ponteng guna online, nak tentu murid dapat biasiswa guna online, pendek kata semuanya perlukan guru online.  Masing-masing berlumba2 untuk wujudkan website bagi 'mengurangkan' kerja menulis guru. Lega ke cikgu? Kalau cikgu lega, cuba angkat tangan tanda setuju?
Banner Unifi tergantung megah di luar pagar sekolah, tanda Unifi dah boleh diaccess di persekitaran sekolah jika pihak sekolah melanggan Unifi. Tapi malangnya, hanya kemudahan WiFi yang hidup segan mati tak mahu yang disediakan. Mama terpaksa tekan berulang2 kali untuk access UniFi sekolah, lepas tu bila dah connect, loceng kelas pun berbunyi, so mama kena berhenti la pulak.  kesian kan cikgu... Lepas tu, petang ada meeting je, dekat bilik meeting tak boleh access wifi la pulak. Pelik kan, sekolah menengah di negeri maju Selangor dan berdekatan dengan Lembah silikon Cyber Jaya kenapa masalah ni berlaku. Lainlah kalau mama mengajar di negeri2 utara yang jauh dari kemudahan macam ni. Kenapa nak access wifi pun kena duduk di satu-satu tempat je.. Atau, adakah wujud pilih kasih di negeri bukan milik kerajaan ni,... oppss isu sensitif ni. 
Malam tadi mama ke Carrefour Klang, mama tanya kenapa Play Store aka Google Play dah 'hilang' dari tab kakak Iman. Promoter situ kata, Carrefour kedekut Wifi!!.. So, masalah mama kekal sebagai masalah sbb tak boleh access internet di situ.

kalaulah dapat access internet free???
Published with Blogger-droid v2.0.4

10 comments:

kasihibu said...

ke mcd lah jawabnya untuk guna internet

kasihibu said...

ke mcd lah jawabnya untuk guna internet

Pen Biru said...

kat taiwan merata tempat ada internet free..kita bila lah agaknya kan?

mummY daniSha said...

taun 2009 lg dah dgr malysia nak buat hsbb..high speed broad band...tp sampai la ni belum dpt dicapaila kot =p

Pok Amai-Amai said...

Aduh, fhm sgt kesengsaraan nak bt keje tatkala tenet mcm hidup segan mati tamau tu!

diana said...

pentingnya internet sekarang ni..kan??patutnya pihak2 yang berkenaan kena la ambik kesah.lagi2 kat sekolah.

[sutera kasih] said...

kalau xda internet, rasa tak lengkap huhu

miloais milo said...

iols dedulu sokmo hadapi masalah macam ni
dah leka iols banyak mengugel
memang sakit ati
rasa nak humban kan aje pc ni masuk sungai kelang!

ct rahani said...

sy biasanya guna wifi opis jer.. kdg2 ke mcD @ mamak stall klu betul2 urgent nk guna internet.. hehe..

Hani Syahani said...

payah jugak jadik cikgu zmn skrg ni ye kak, sume nk kene guna tenet, wifi free kat sekolah kalo laju dan senang nak access ok jgk kan, ni kalo dh payah camtu,memang benda yg tensi bertambah-tambah tensinya..sabo ye kak..

Post a Comment

Komen anda amat dihargai. Sila komen lagi.

nuff

SantaiEmas

CK Free Auto Backlink My Ping in TotalPing.com

Babab Ping

My Love and Cute Kids © . Designed by MaisarahSidi.com