Pages

@aimaniman |

Ada Hikmah Irma Hasmie Gagal Berkahwin


Sama cantik sama padan

Memang patut Irma Hasmie tersenyum lebar, alhamdulillah

Sebenarnya, ada hikmah kegagalan Irma Hasmie untuk berkahwin dengan artis popular tanah air, Farid Kamil sehingga dia didakwa bergaduh dengan Fasha Sanda dan Pelawak Nabil. Kegagalan ini pastinya amat pahit untuk ditelan oleh Irma Hasmie, apatah lagi gadis secantik dan semanis ini hanya bertemu jodoh sejatinya apabila usia menjangkau 30 tahun. Tentu banyak kisah lama yang tidak mungkin untuk diingati oleh Irma. Penghijrahannya kepada penampilan terkini juga mungkin merupakan tempias daripada rentetan peristiwa sedih tersebut. Malah Irma tampak jauh lebih manis kini berbanding penampilannya dahulu.
Hikmah Irma Hasmie gagal berkahwin dengan kedua-dua bekas pujaan hatinya itu ialah dia dipertemukan dengan pasangannya yang sah pada 29 Jun 2012 ini ketika sama-sama menunaikan umrah. Baca kisah selanjutnya di mStar online. Tentu sahaja walaupun bukan percintaan pertamanya, namun inilah cinta utama Irma. Amat bertuah Reza Syah Azmeer Mohd Redzuan, 31 kerana berjaya memiliki Irma Hasmie,30 sebagai suri hatinya.  Pada mama, kedua-duanya sama padan dan sama cantik. Semoga pernikahan ini berkekalan sehingga ke akhir hayat dan mereka dikurniakan dengan permata hati yang bakal menyerikan ikatan perkahwinan suci.
Cuma satu pada pendapat mama, walaupun 'cik abang' tidak sepopular cinta pertama Irma dahulu, namun mama berharap agar Irma melupakan kisah pedih lama tu. Buka buku baru bersama 'cik abang' kerana dialah insan paling mulia dan paling bertanggungjawab kerana telah sudi menjadi suami yang sah. Betul tak?



Sudah baca sila komen

5 comments:

Huda said...

kak, saya rasa confirm dia dah lupakan kisah lama dia..yang pasti sekarang ni tentu lagi bermakna kan..

Kakzakie said...

Kakak sangat bersetuju akan hikmah yg allah berikan buat Irma. Mesti Irma sekeluarga sujud syukur sebaik Irma dipertemukan jodoh dgn lelaki ini.

Moga berbahagia dan kekal hendaknya.

Boni JLL3 said...

rasanya lelaki ni lebih baik dan mampu membimbing dia hinggalah ke hujung nyawa dia..

munna said...

tahniah buat diaorg ...mmg sama cantik dan sepadan kan kak...

si kiut lavender said...

ya...irma dah banak menderita sebelum nih
sebab tuh SKL boleh termenangis bila tgok irma akd nikah sebab rasa lega akhirnya bahagia tuh dah muncul buat dia..hikmah di sebalik kejadian yg menimpa dia sebelum nih dah pun muncul..
walaupun suaminya kini bukan cinta pertama tapi mungkin itu menjadi cinta terakhir irma terhadap suaminya..moga sentiasa bahagia hingga ke Jannahla hendaknya..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012