Klik@Lazada

nuff

AFB Feeds

Histeria : Hantu Maria mengganas

Cikgu Iza | June 28, 2012 | 5 Komen |
Menurut Datuk Dr Amran Kasimin, “Histeria berlaku kerana makhluk halus atau jin marah atau berdendam terhadap manusia selepas ia diganggu. Jin memang boleh meresapi manusia dan ada hadis menyokong kenyataan ini".

Ketua Jabatan Perubatan Psikologi Pusat Pakar Universiti Malaya, Profesor Mohamad Hussain Habil, pula berkata masalah histeria berkait rapat dengan kepercayaan seseorang terhadap perkara mistik dan karut marut, namun ia sebenarnya disebabkan masalah psikologi serta tekanan perasaan.

Apabila ditanya sebab berlakunya histeria, ini pula jawapannya :  Satu sebab jin mengganggu manusia ialah kerana marah atau berdendam selepas ‘kediamannya’ dirampas manusia, contohnya kawasan itu dijadikan sekolah atau bangunan. Sebab itu sekolah baru buka kerap berlaku histeria.

Selain itu, mungkin ada pelajar ‘mengganggu’ tempat jin itu seperti membuang air kecil di tempat tidur atau tempat tinggalnya. Ia mungkin dilakukan di kawasan hutan berhampiran sekolah atau belukar yang menjadi kediaman jin. Itu juga boleh menyebabkan kemarahan jin.


Boleh jadi juga sebab mereka (jin) diganggu bunyi bising disebabkan ‘kenakalan’ pelajar terbabit sehingga menimbulkan kemarahan. Jika lama terpendam, ia bertukar menjadi dendam dan tiba masanya, jin itu ‘menyerang’ (berlakunya histeria).


 gambar hiasan pak google

Selepas membaca kesemua fakta yang dipetik daripada tokoh psikologi tersohor dari UKM dan UM ni, mama rasa ada benarnya gangguan histeria berlaku di sekolah. Jin 'marah' kerana 'kediamannya' diganggu, kebetulan kawasan belukar di sebelah bangunan sekolah mama telah dibersihkan untuk projek tebatan banjir. Mungkin jin yang 'kehilangan' tempat tinggal ni, 'merayau-rayau di bangunan sekolah untuk mencari 'tempat tinggal baru'.  Kes pelajar 'mengganggu' jin ni pun beberapa kali berlaku. Terdapat pelajar yang rendah akhlaknya tanpa segan silu telah memasukkan air kencingnya ke dalam botol, kemudian dijadikan 'bola' akibatnya air kencingnya tertumpah merata-rata. Seterusnya, bunyi bising dengan sekolah memang tak boleh dipisahkan. Keadaan bising ni menimbulkan dendam menyebabkan jin akan menyerang pelajar. 


Peristiwa siang tadi memang begitu mengejutkan. Sepanjang 5 tahun di sini, inilah pertama kali mama melihat kejadian hiteria yang begitu dahsyat.  Daripada seorang, menjangkit kepada berpuluh-puluh pelajar lain. Akibatnya, azan dilaungkan pada pukul 11 pagi untuk menghalau jin, namun jin semakin marah dan lebih agresif 'menyerang'.

Ada pendapat pula menyatakan, kejadian histeria akibat tekanan ni berlaku disebabkan oleh kurangnya minum air putih menyebabkan badan 'kering' dan 'panas' lalu histeria berlaku.

Entahlah,.. tapi daripada perbualan dengan pelajar yang tidak disampuk, mereka menyatakan 'hantu Maria yang menyerang..' Hantu pun ada nama glamour dan kenapa mesti hantu perempuan???

Kawan mama pulak kata, aktiviti petang perlu ditangguhkan kerana mereka perlu balik ada 'isteriria'.... ada isteri untuk bersukaria!! Inilah kelebihan lelaki, dalam suasana tegang, mereka masih mampu mengendurkannya dengan mencipta lawak....

Sibuk 'merawat' mangsa... cikgu juga terer tau.... ihsan google

5 comments:

  1. Assalamualaikum Haney Mama

    selalu kena kat murid perempuan ajer kannn

    ReplyDelete
  2. Selalu berlaku histeria pada murid perempuan. Dulu masa kakak sekolah pun puncanya sebab nak tambah satu bangunan lagi buat asrama. Tapi yg kena semuanya pelajar Kristian, pelajar Islam tak kena, masa itulah seluar dalam semua boleh nampak malu betul... 4 cikgu lelaki pun dia boleh kalah dgn kekuatan luarbiasa.

    ReplyDelete
  3. zaman sek dulu dkt hostel selalu dgr ada org kene..

    ReplyDelete
  4. askm. rasanya histeria ni sains tak boleh nak terjemahkan dan selesaikan. hanya guna ayat2 quran saja yg boleh halau jin2 tu.

    ReplyDelete
  5. selalu dengar org kena histeria tapi tak pernah tgk mcmana rupa org tengah kena histeria....

    ReplyDelete

Komen mencerminkan diri kita. Segala komen yang ditulis diucapkan ribuan terima kasih. Jangan serik untuk menulis komen demi kebaikan bersama.

nuff

SantaiEmas

CK Free Auto Backlink My Ping in TotalPing.com Personal Blogs
best blogs

Babab Ping

My Love and Cute Kids © . Designed by MaisarahSidi.com