nuff

Kaki Seksi

Cikgu Iza | June 11, 2012 | 4 Komen |
 sepatu nenek lari atas treadmill.. nenek nak slim ye?

 sandal nenek p pasar karat...

 sandal atuk p teman nenek jalan2...

Semenjak dah 'pandai' sangat berjalan ni, Dahiyah dah semakin ligat. Macam2 jenis kasut dibelikan, dari yang berbunyi pot pet, sandal crocs tiruan, selipar princess dan macam2 lagi tapi yang dipilihnya tetap juga kasut dan selipar yang jauh lebih besar daripada kakinya. Pantang ada kasut di mana-mana, mesti Dahiyah mencuba. Kalau di rumah, mama mesti simpan kasut dalam almari kasut supaya Dahiyah tak 'mencuba' semuanya, tapi kat rumah totok,... haa layanlah gambar kaki Dahiyah yang seksi? hissh, cute la kan...

Sebenarnya ada tips nak memilih kasut, terutama kasut sukan tau :
1. Pilih kasut sukan yang bersesuaian dengan aktiviti yang akan dilakukan. Jenis kasut yang menutup permukaan kaki sesuai digunakan untuk sukan jenis aerobik misalnya badminton dan tenis.
2. Ketika mencuba kasut itu sarungkan kedua-duanya sekali dan pastikan kasut itu tidak terlalu ketat. Cuba berjalan. membongkok dan melompat dengan menggunakan kasut itu, ini untuk memastikan kaki anda berasa selesa dengan kasut yang akan dibeli.
3. Beli kasut sukan baru anda ketika hari menjelang petang kerana otot kaki pada waktu ini sedang mengembang. Keadaan ini paling hampir dengan keadaan semasa anda sedang bersukan.

Itulah beberapa panduan yang boleh anda ikuti semasa hendak membeli kasut sukan baru anda. OOO macam ni, mama kena beli kasut sukan waktu petang la yer, baru mama tahu,.. biasa beli waktu malam, patutlah x selesa jer.

Sesalju Bayu pula ada menceritakan panjang lebar tips memilih kasut yang perlu kita ambil kira agar tak menyesal setelah keluarkan duit yang banyak tetapi tidak menepati citarasa pula apabila tiba di rumah kan...
1. rekaan kasut - inilah yang paling mama cerewet, rekaan yang cantik memang mama pilih tapi malangnya kaki mama yang jenis kembang semangkuk... tak dapatlah nak ikut trend semasa.. sedey tau..

nak tau tips lain daripada Sesalju Bayu? jom baca di blog beliau yer...

Masyaallah, cantiknya kasut Datuk Siti Norhaliza ni,.. tapi mama rasa kasut sebegini tidak sesuai untuk mama pakai kerana keperluan untuk berdiri lama dan sentiasa berjalan sebagai guru, tidak memungkinkan mama untuk memakai kasut bertumit 5 inci!.  Tapi tak salah untuk kita menjamu mata melihat kasut artis kesayangan kita ni kan? Jom teman mama tengok koleksi kasut Datuk Siti?

Published with Blogger-droid v2.0.4

4 comments:

KhaiRin : anies said...

rs nk geget je betis bak bunting padi tu hehehe

whitecappuccino said...

awwwww! seksinya kaki tuuh! hahaha

Sue-Rya Qistina said...

kaki yg chumel! nak geget skit! :P

miloais milo said...

memang seksi ye kaki comel tu!

Post a Comment

Komen anda amat dihargai. Sila komen lagi.

nuff

SantaiEmas

CK Free Auto Backlink My Ping in TotalPing.com

Babab Ping

My Love and Cute Kids © . Designed by MaisarahSidi.com