Pages

@aimaniman |

Kisah Lucu Malaysia Lawan Singapura

Golll

Kisah lucu perlawanan Malaysia dengan Singapura semalam memang sukau untuk mama lupakan. Apa tak lucunya,.. kalau nak diingat-ingatkan mesti mama gelak sendiri. Oleh sebab terlalu bersemangat untuk menonton perlawanan tu, mama dah bersedia di depan tv pukul 8 lagi. Bakul susu anak2 semua mama dah siapkan, supaya mama tak terlepas peluang untuk menonton perlawanan tu. Pukul 8.30 mama tanya abah, ada tak live? Abah kata ada kat Awani. Mama tertanya2, tapi malas nak bertekak, mama terus picit Awani. Mama menjerit gol pertama Malaysia, lepas tu gol kedua.. seronoknya sebab Malaysia mendahului. Tapi 2nd half tetiba Singapura dapat penalti, tapi alhamdulillah Apek dapat selamatkan gawang. Pastu Singapura dapat pulak gol semangat apabila dapat free kick dalam kotak penalti. Lepas tu, masa tambahan minit ke-93 Singapura berjaya menyamakan kedudukan. Alamak, sama pulak skripnya macam game Malaysia lawan Singapura kat Singapura? Mama cuma tertanya2 dalam hati. Habis game, baru mama terdengar pengulas kata yang perlawanan tu di Stadium Jalan Besar!! Apa maknanya? Mama bersorak dan membebel untuk perlawanan ulangan di Awani!!
Mama tekan tv1.. Malaysia masih bermain dan kedudukan juga 2-0. Macam sama jer skripnya kan?
Mama gelak nak pecah perut sebab sambil tonton bola tadi mama tweet, mama retweet, mama post kat FB kisah seri Malaysia, kisah apek selamatkan penalti!!.. Alamak kisah ulangan rupanya..
Nampak betul kalau perempuan yang tengok bola kan... game ulangan pun mama tak sedar. Pengajarannya, jangan memandai-mandai nak masuk 'dunia' yang bukan 'dunia' kita. Kalau nak masuk tu, 'beri salam' dulu, supaya kita dapat 'masuk' secara hormat dan tidak dimalukan macam mama...

nak tau keputusan Euro, klik sini
Jom kita layan kisah Belanda vs Jerman

Sudah baca sila komen

6 comments:

Sue-Rya Qistina said...

hehehehe..mmg lucu!

kasihibu said...

hehehehe..oklah tu ulangan di tweet pun aada(,")

Mrs Lurve said...

dh baca, senyum sorg2..hehehe kelakar tul

Qhaifa Nur said...

sakit perut ketawa yup...

Zul Fattah said...

haha.. malunye rasa..!!

bebeldotsorang said...

haha...kelakar je..tapi xpe atleast kita enjoy..

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012