Klik@Lazada

nuff

AFB Feeds

Masterchef Selebriti : Tomok Diselamatkan daripada tersingkir?

Cikgu Iza | June 25, 2012 | 14 Komen |

 Berpelukan tanda perpisahan..

Thanuja dan Tomok...

Malam tadi kali kedua mama menonton Masterchef Selebriti.  Kali pertama, time Raja Azmi tersingkir dan kali kedua malam tadi. Masa Raja Azmi tersingkir, hati mama dah terdetik, tapi mama pendam saja sebab hidangan yang disediakan hampir-hampir sama. Mungkin taste para juri tak menepati hidangan yang disediakan oleh Raja Azmi. 
Tapi malam tadi, rasa hati yang mama pendam berlaku lagi. Angah, Farouk Hussein, Thanuja dan Tomok menjadi peserta yang terpaksa melalui pusingan penyingkiran. Nak tahu lanjut tentang Masterchef Selebriti 24 Jun di sini. Hidangan yang perlu disediakan ialah Hi-Tea. Hidangan Angah, Farouk, malah Thanuja menunjukkan yang mereka 'pandai' memasak. Namun, hidangan Tomok, mama malu nak lihat. Tomok hidangkan sandwich, kulit popia yang diletak potongan buah-buahan dan strawberi bersalut coklat sahaja. Akhirnya, setelah dirasa oleh para Juri, Tomok dan Thanuja menjadi peserta yang tidak selamat. Selepas Thanuja diumumkan sebagai peserta yang tersingkir, dalam hati mama, tepatlah detik hati mama selama ni.
Alasan penyingkiran Thanuja ialah hidangannya agak 'berat' dan lebih sesuai untuk sarapan pagi, sedangkan hidangan Tomok yang memang hidangan minum petang 'lelaki' bertemakan lite and simple terselamat! Wow.....
Pada mama, Tomok terselamat dan 'diselamatkan' daripada tersingkir kerana pihak penerbit tidak mahu 'kehilangan' penonton. Almaklum, ramai peminat dan 'penonton' Tomok, berbanding Thanuja yang kurang dikenali. Bagaimana pendapat rakan-rakan semua? Layakkah hidangan Tomok untuk menyelamatkannya meneruskan perjuangan dalam MCS? Atau Tomok memang awal-awal telah 'diselamatkan' untuk menjamin populariti rancangan? Entahlah, tepuk dada tanya seleralah wahai penerbit...


Published with Blogger-droid v2.0.6

14 comments:

  1. rumah saya xde astro. tp pernah tgk jugaklah rancangan ni. semua penuh dgn drama! dramatik bebeno!

    ReplyDelete
  2. samalah saya pun xda astro...tp biasalah nak naikkan ranking

    ReplyDelete
  3. samalah saya pun xda astro...tp biasalah nak naikkan ranking

    ReplyDelete
  4. xtgk episod yg nie, alahai termiss pulak...nak tgk ulangan nti,

    ReplyDelete
  5. Bagi kakcik, AA mungkin akan ada tempat sehingga episod2 seterusnya...

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Honey Mama

    jeling2 ajer rancangan ni...he he

    ReplyDelete
  7. follow gitu2 je. mastercheft celebriti lebih untuk syok tengok je la.

    ReplyDelete
  8. saya bajet thanuja dan tomok yang kuar semalam.. so, lepas ni mesti tomok out.. hehehe

    ReplyDelete
  9. umah sy xda astro.. xdpt nak tgk :-)

    ReplyDelete
  10. soo wincci ada lagi ke?

    ReplyDelete
  11. ndak dapat tengok...sebab anak2 suka tengok kartun...

    ReplyDelete
  12. lepas karl shafek keluar suka pulak tengok...

    ReplyDelete
  13. x tgk rancangan ni sbb x de astro ;-)

    ReplyDelete
  14. tak pernah miss tgk masterchef celebrity tu..... mmg nasib baik tomok tu....asyik terselamat je.... mcm nampak dato fazley je akan jadi juara

    ReplyDelete

Komen mencerminkan diri kita. Segala komen yang ditulis diucapkan ribuan terima kasih. Jangan serik untuk menulis komen demi kebaikan bersama.

nuff

SantaiEmas

CK Free Auto Backlink My Ping in TotalPing.com Personal Blogs
best blogs

Babab Ping

My Love and Cute Kids © . Designed by MaisarahSidi.com