Pages

@aimaniman |

Pengacara Baru Jalan-jalan Cari Makan





Ramai orang kata Rancangan Jalan-jalan Cari Makan dah tak sehebat semasa pengacaranya Maria Tengku Sabri dan ketika Serina jadi pengacara. Malah Beautifulnara pun ada menulis tentang ni iaitu pengacara JJCM yang baru, mengecewakan. Pada mama, rancangan yang bertujuan untuk menarik penonton untuk turut sama berasa terliur ni, memerlukan pengacara yang berbadan 'sedap-sedap'. Tambah-tambah bila tengok pengacara tu makan, kita pun berselera juga nak makan. Malah Iqbal Mazlan, pelakon Pilih Kasih ingin menarik diri dari JJCM kerana bimbang menjadi gemuk. Issshhh,... dah rancangan macam ni, kenalah tunjuk yang korang berselera nak makan, kalau makan macam orang yang nak diet je, takut2 nak makan.. siapa yang tertarik nak mencuba  untuk makan makanan yang dipromosikan kan?...
Kalau 'aktor' kat atas tu layak tak jadi pengacara JJCM musim akan-akan-akan datang? Rasa macam sedap je dia makan, sampai kesemua jari masuk dalam mulut. Padahal lauknya cuma kuah sup dan nasi kosong!... tapi macam rasa sedap je kan makanan tu...
Jom layan Aiman makan....


Sudah baca sila komen

7 comments:

YaYaNsMuM a.k.a YM said...

Aiman berbakat jadi pengacara JJCM nieh, hehehe

kakcik said...

Nak jadi pengacara rancangan makan2, mestilah tunjuk berselera makan. Setakat pegang makanan dengan hujung jari dan suap ke mulut berhati2, baik tak payah. :)

Qhaifa Nur said...

banyak makan takut gemuk pula...
makan banyak over pulak...

QueeN TerataI said...

wah mmg nampak sgt sedap je dr cara dia mkn tue.. hehehe

KiD said...

hehehee.. boleh je jadi pengacara tu.. cer try.. hehehe

IntaNBerliaN said...

a'aa masa maria tunku sabri jd pengacara tu, mmg nampak cara dia mkn betoi2 sedap kan.. :-)

munna said...

kalau Aiman yg jadi pengacara comfirm rating tinggi nanti....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012