nuff

SAPS bingung Unifi tiada

Cikgu Iza | June 19, 2012 | 9 Komen |


 Masih dalam penyelenggaraan

 pelik bin ajaib?!

Sesiapa yang menghadapi masalah yang sama, sila angkat tangan. Kes seperti nilah yang menambah kebengangan dan menambah ketensyenan guru. Kami dah tak ambil kisah dengan segala beban kerja yang semakin banyak. Kami dah dapat menyerap segala masalah disiplin murid-murid sekarang. Bak kata orang tua-tua, alah bisa tegal biasa. Namun, yang amat memeningkan kami, sistem analisis peperiksaan sekolah (SAPS) yang wajib diguna pakai untuk menganalisis peperiksaan di sekolah.
Tapi sistem ni ibarat indah khabar dari rupa jer. Tengoklah gambar di atas, mama dah cuba selesaikan tugasan mencetak slip peperiksaan menggunakan aplikasi SAPS ni kat sekolah lagi, ni sambung waktu malam di rumah, namun apa hasilnya? Maaf,.. sistem masih dalam penyelenggaraan dan yang lebih dasyat, mama belum dilantik sebagai guru kelas pada tahun 2012!!. Tak pandai punya sistem, ni dah 19.06.12 dah, takkanlah mama belum dilantik... issshhh nak lepaskan geram dan tensyen ni..
Hikmahnya : bagi pembuat sistem kat atas nun, tengok2 lah segala infrastruktur yang ada, fikirlah bahawa Unifi belum dan tidak disediakan di sekolah, dan sistem masih dalam percubaan, so janganlah jadikan kami guru-guru ni sebagai bahan ujikaji, tolonglah.....

Doa-doa semoga sekolah mama ada Unifi biar laju sikit masuk SAPS
Doa-doa biar SAPS tak bengong lagi... 
Unifi janganlah malu2 ye..
Amin...

9 comments:

KiD said...

dah check unifi coverage ke?

Gen2Merah said...

tu lah cabaran kita guru2... bukan hanya mendidik, tapi kita lebih dibebankan dengan tugasan lain yang meremehkah.. semua nak online, tapi xda satu pun yang boleh menyenangkan kerja..

Sue-Rya Qistina said...

kat sini pun same jugak. nak apply cuti kt sistem HRMIS pun agak lembsssss..payah giler! nak2 klau time nak update SKT, lg la hampeh!

Jom memasak! http://suriaqistina.blogspot.com/2012/06/mari-memasak-part-3.html

pok amai-amai said...

Hah? Sekolah akak lom dimasukkan UNIFI? Pelik gak nie.

Mmmm...

miloais milo said...

iols masuk SAPS ni last week
print result my doter....
semalam tak de plak

QueeN TerataI said...

seharusnya sistem ini memudahkan.. tp bila dah menyusahkan mmg agak tensen la kan

Ungu Violet said...

huhu...sabar aje laa...

Bobo said...

sistem down ka? sabar ye huhu

Sufia Mahzan said...

Masalah saya dgn SPPBS. Skolah lama dh remove tp di skolah baru, nama saya dh diregister di skolah lama.

Tapi data EMIS saya sume dh transfer skolah baru. Heran!

TQ sbb doakan kesihatan anak saya.. :)

Post a Comment

Komen anda amat dihargai. Sila komen lagi.

nuff

SantaiEmas

CK Free Auto Backlink My Ping in TotalPing.com

Babab Ping

My Love and Cute Kids © . Designed by MaisarahSidi.com