Syyyy Rahsia Rumahtangga Erra Fazira

June 15, 2012

 
 Masih cantik dan kekal cantik selama-lamanya

Mama salute dengan sikap Erra Fazira yang mengunci rapi dan menyimpan sebaik-baiknya rahsia rumahtangganya daripada pengetahuan umum. Walaupun Erra adalah public figure namun, tidak semua hal peribadinya boleh dikongsi dengan semua orang. Betullah kata Erra, rumahtangga ada pasang surutnya, cuba kalau Erra bukan penyanyi dan pelakon terkenal, kisah rumahtangganya tiada siapa yang ambil kisah. Ada pasangan yang bergaduh siang malam, tetapi tiada sesiapa pun yang sudi menjaja kisah mereka. Namun, mentang2 Erra ni dikenali ramai, maka kisahnya juga perlu dikongsi beramai-ramai?
Sikap Erra memang jauh menunjukkan kematangannya. Malah dia kata, hak Tengku Imran untuk tidak mengikutinya dan bukan hak Erra untuk memaksa Tengku Imran mengikutinya ke mana-mana sahaja. Hai orang kita ni, suami tak ikut isteri pun dijadikan asbab keretakan rumahtangga ke? Mungkin Tengku Imran sibuk, dan mungkin Erra lebih senang ke lokasi penggambaran sendirian, siapa yang tahu kan?
Jawapan Erra yang tidak mudah melatah dengan khabar angin kontroversi rumahtangganya boleh dibaca di sini.
Emak selalu ingatkan mama apabila mama ceritakan kisah 'dalam kelambu' mama. emak nasihat, ada benda yang boleh diceritakan pada kawan-kawan dan ada cerita yang harus disimpan baik-baik. Kawan yang mendengar, ada kalanya macam bersimpati, tapi sebenarnya mereka hanya mentertawakan kita sahaja. Mama simpan baik-baik nasihat emak, kerana mama tahu nasihat orang tua-tua amat mujarab menjamin keutuhan rumahtangga. Kalau kita ketawa, ramai yang ikut ketawa tetapi jika kita menangis belum tentu ramai yang sudi untuk menangis bersama. Jadi Erra, mama harap bersabar dalam menempuh dugaan dalam alam rumahtangga, kerana badai yang melanda hanya asam garam yang menambah rencah kemanisan hidup berumahtangga kita. Kalau tak, kita tak tau rumahtangga kita dah cukup masin atau terlebih manis ke... Betul kan? Sebab tu kekal Syyyyyyy ye Erra...

You Might Also Like

6 Comment

  1. ya betull.. soal rumah tangga kita rasanya tak perlu lah nak heboh2 sana sini.. ada yang boleh di kongsi, ada yang perlu kita simpan... skrg ni banyak artis2 becerai kerana gosip2 sana sini... hati2 la

    ReplyDelete
  2. semoga r/tangga kekal abadi .

    ReplyDelete
  3. smg umhtgga era kkl :) xde pergolkn.. mmg masyrkt kite ni suke fkr ngtf..

    ReplyDelete
  4. Uish!! Sy segan sendiri bila baca org yg suke sgt nak cite psl aib sendiri. Sekali kite cite, org lain suke sgt nak menjaja. Bukan ke cari nahas tu? Ish...

    Erra Fazira cantik!

    ReplyDelete
  5. semoga rumahtangga Erra kekal bahagia......

    ReplyDelete
  6. soal rumahtangga dan kerjaya adalah dua perkara berbeza......
    sebaik baiknya.... ada benda yg patut kita tak berkongsi....

    ReplyDelete

Komen mencerminkan diri kita. Segala komen yang ditulis diucapkan ribuan terima kasih. Jangan serik untuk menulis komen demi kebaikan bersama.

PING

CK Free Auto Backlink My Ping in TotalPing.com Personal Blogs
best blogs

Popular Posts

Blog Archive

Labels