Wetworld Shah Alam vs Melaka Wonderland

June 08, 2012

 Kidzania tersesat di Melaka Wonderland jer...

Pejam celik pejam celik akhirnya cuti sekolah selama dua minggu bakal berakhir lagi dua hari. Esok abah akan datang dan ambil mama dan anak2 balik ke Klang, bermulalah semula episod kecoh mama anak beranak di Kelang. Pagi pergi sekolah, hantar anak2 ke taska, dan ambil anak2 petang. Rasa nak cuti je, tapi duit nak juga.. sapa nak bagi duit kalau tak kerja??? Kan Br1M kedua nak dapat, untung tu....

Proses menggondol Dahiyah
Wow.. sedapnya kena tarik rambut... 

Sebenarnya tak banyak cerita sepanjang cuti ni sebab mama memang tensyen jer sepanjang cuti. Nak tahu kisahnya, baca di sini. Sebelum cuti, mama merancang nak bawa anak2 ke Kidzania, tapi apakan daya, Ikea dan the Curves tu dah ada depan mata, cuma seberang jalan tapi abah x jumpa jalan, so kami batalkan niat ke Kidzania. Anak2 cuma dibawa ke Melaka Wonderland. Bila ditanya mana lebih best, antara Wet World Shah Alam dengan Melaka Wonderland, jawapannya tentu le MWL. Apa menariknya di MWL, klik la di sini.

 Kakak Iman dengan set drumnya...

Cuti ni juga mama berjaya menggondolkan dua orang budak, Syahmi dan Dahiyah. Dahiyah ni le pengalaman pertamanya digondolkan semenjak lahir setahun 8 bulan yang lalu. Tapi yang peliknya, dia macam tak kisah jer duduk di kerusi gunting rambut tu, berbanding abangnya. Syahmi dah nak masuk 4 tahun November ni, tapi sekali pun x pernah bergunting rambut di kedai. Seingat mama, dua kali rambutnya dipotong dan kedua2nya dalam keadaan abwah sedar!. Sekali, nenek potong time dia mandi dan sekali lagi nenek pura2 cari kutu dengan sikat kutu, tapi sebenarnyarambutnya dipotong!.. sebab tu mama tak dapat snap gambar.

Siapa tau makanan ni?

Tak banyak makanan banjar yang mama masih kenal, sejak nenek meninggal 5 tahun yang lalu, kuih gulung dah lama mama tak makan, sebab kuih ni kuih kegemaran nenek. Kalau orang lain, mungkin panggil kuih ni ketayap kot, atau mungkin nama-nama lain. Selain tu, nasi merah dengan cacapan (timun dipotong ngan tomato dan bawang), dan satu lagi, makanan dalam gambar ni. Siapa yang tak pernah makan, cuba2 lah rasa, tentu akan nak dan nak lagi. Kalau orang kelantan bangga dengan budu, mama tentulah bangga dengan makanan ni. Info tentang makanan ni di sini.

Sedey nak tinggalkan kampung... nampaknya sekejap lagi nak puasa dan raya mama balik kampung lagi... syoknya kampung...

Published with Blogger-droid v2.0.4

You Might Also Like

7 Comment

  1. wahhh akak org banjar ea?? samela dgn ana pon..hehe.. ana dok dgn mak abah kat felda ni alhmdulillah dpt la jgak lg mkn makanan org banjar.. mak sllu gak buat ikan wadi, mandai... hehe

    wahh tempoyak! saja nyaman tu dipalit dengan timun!! hehe





    slm kenal,
    cik ana

    ReplyDelete
  2. mungkin rezeki mereka akan dtg..who knows rite kak?

    ReplyDelete
  3. masa cuti sekolah ni lah kita ada peluang bawa anak jalan2..seronok budak2 dpt jalan2.. :)

    ReplyDelete
  4. best lg melaka wonderland ke???heheee...

    ReplyDelete
  5. wah, bercuti kat kampung memang best, rasa sekejap je walaupun seminggu.

    ReplyDelete
  6. kat wet world shah alam mmg nan hado..tapi sesuai la klau bawak anak2 yg msh kecik, murah pun murah. hehehe..cume kita yg dewasa ni rase x puas la klau mandi manda kt dlm tu..huhu

    kak, berapa RM drum set tu?beli kat mane?

    ReplyDelete

Komen mencerminkan diri kita. Segala komen yang ditulis diucapkan ribuan terima kasih. Jangan serik untuk menulis komen demi kebaikan bersama.

PING

CK Free Auto Backlink My Ping in TotalPing.com Personal Blogs
best blogs

Popular Posts

Blog Archive

Labels