Pages

@aimaniman |

Cikgu Wajib Klik Edmodo TM

Minggu ini minggu terakhir sebelum umat Islam menyambut Ramadhan. Tentu ramai yang mencari waktu berbuka dan waktu imsak, dan bagi kawan-kawan di KL, waktu berbuka dan Imsak di Putra Jaya dan KL boleh dirujuk di sini.  Oleh sebab itulah, minggu ni diadakan Ladap terakhir 2012 bagi sekolah mama. Ladap kali ni tentang e-learning dan photoshop. Kedua-duanya disampaikan oleh guru komputer sekolah dan diadakan juga di bilik komputer sekolah. 
Nampak macam berat je entri kali ni.  sebenarnya tidak sebab inilah Ladap yang paling best sebab diadakan dalam suasana santai. Tapi yang kelakarnya, guru-guru pakai baju kurung formal tapi 1st lady di sekolah mama pakai seluar je!! Hai, boss always right kann.... Harap2 diaaaa tak le membaca blog mama, lagipun mana dia tahu kan yang mama ada blog?
Ok, pada mama semua guru wajib klik di sini. Inilah tandanya yang guru-guru di Malaysia ni dah selangkah ke hadapan. Kalau guru-guru ada FB, maka wajib juga ada Edmodo ye. Tapi kemusykilannya, kemudahan internet di negara kita ni dah ok ke, mama rasa budak-budak sekolah mama boleh dikira dengan jari yang boleh mengakses internet di rumah. 

www.edmodo.com untuk guru
Jom klik Edmodo

Sesi kedua belajar tentang Photoshop.  Mama bukan main suka sebab mama memang tak reti nak guna photoshop ni.  Biasa mama edit gambar guna photoscape je. Tapi gambar yang diedit guna photoscape tak secanggih guna photoshop.  Tapi malangnya, mama tak dapat nak ikuti sesi ni sebab tak dapat nak install portable Adobe photoshop ni. Mama memang ikut step dari blog Lyssa ni, tapi malangnya tak menjadi. Lepas tu mama install daripada pendrive penceramah pulak. Tak jadi jugak. Sebabnya, kata cikgu tu le,  laptop mama guna windows 7 so x leh nak install program versi lebih lama. Ye ke? Mama ye kan jer, sebab mama memang x reti semua tu. Lepas tu mama cuba install photoshop dari blog ni plak, tapi masih tak menjadi. Jadinya, mama terus hampa.. dan petang tadi mama terus nak cari buku photoshop kat Popular Jusco Bukit Tinggi yang versi BM la, tapi tak da. Buku versi BI, fullamak harganya sampai seratus lebih. Lagi sekali mama hampa. Akhirnya, mama lepak layan pameran TM kat GF Jusco je....Ada yg menarik taw, siapa yg upgrade ke Unifi kat pameran tu, bayaran 2 bulan masih ikut bayaran lama.. eg skarang mama guna streamyx RM110, kalau mama upgrade ke Unifi mama kena bayar cuma RM110 untuk dua bulan ni, bulan ketiga baru bayar RM150. Nak tahu lebih lanjut, p la kat TM Jusco Bukit Tinggi ye... atau boleh baca kat blog Kid ni, rasanya banyak informasi tentang Unifi kat sini. 

sesiapa yang boleh bantu mama install photoshop.. please
siapa yg ada nota photoshop mama nak beli...

Sudah baca sila komen

5 comments:

Boni JLL3 said...

windows 7 ni lain kan dia punya setting.. nak kena ada yang specsifik utk windows 7 jugak

Salwa said...

edmodo? Curious..ok. I explore.hehe.

nn lylyn said...

bukan cikgu...ape edmodo tu? huhu

KiD said...

edmondo.. canggih lak bunyi nya...
btw superspeed me promo dari TM tu sampai 31 Julai so far. pembetulan, tiga bulan pertama bayar harga lama.. bulan keempat baru harga baru either upgrade streamys atau upgrade unifi.. :)

munna said...

canggih dah cikgu2 skrg ni mama kan...seiring dgn peredaran zaman.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012