Pages

@aimaniman |

Contohi Yahudi di Facebook Wardina

Wardina Safiyyah OfficialPage
 Rahsia Yahudi di FB Wardina

Mama meminati Wardina bukan sahaja kerana rupanya yang menawan, tapi yang paling penting idea dan kemampuannya menjadi idola ramai peminatnya. Setelah 'terjumpa' FB Wardina, mama terbaca satu artikel yang mama rasa patut mama kongsikan di sini. Mama tidak copy and paste artikel tersebut kesemuanya, hanya intipatinya sahaja yang mama muatkan di sini. Untuk membaca keseluruhan artikel, bolehlah membacanya di FB Wardina.
Menurut seorang penuntut phD yang melakukan kajian tentang bangsa Yahudi, ada beberapa fenomena menarik tentan bangsa ini. Bermula dari persiapan seorang ibu untuk melahirkan zuriat. Siibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah matematik bersama suami. Tujuannya untuk melatih janin di dalam kandungan agar menjadi genius apabila dewasa kelak.
Dari segi pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak di dalam kandungan. Tambah beliau lagi, ibu-ibu mengandung wajib untuk makan pil minyak ikan.
Dari segi menu mereka pula, mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama di meja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging  dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam. Mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama.  Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami
pelajaran disekolah.
Di Israel juga, orang yang merokok akan di'persila' keluar rumah. Menurut kajian, nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab).  Namun ironinya, pengeluar rokok terbesar ialah Israel sendiri!. Haga sekotak rokok (pada 2005) di Singapura ialah USD 7, dan sikap pemerintahnya juga terlalu ketat terhadap rokok. Sebab itulah, Singapura setanding dengan negara maju sedangkan negaranya hanyalah sebuah pulau kecil. Berbanding di Indonesia harga rokok hanya USD .70.. dan begitu juga di Malaysia, rokok boleh didapati dengan murah dan mudah. Jadi, lihat sendiri, betapa ramai remaja Malaysia yang 'kurang' menjadi...
Pemakanan anak-anak juga cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (cod oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain muzik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.
Banyak lagi dapatan beliau dalam kajiannya tentang kehebatan dan kebijaksanaan bangsa Yahudi. Mama harap kawan-kawan dapat meluangkan masa untuk membacanya di FB Wardina ni.  

Setelah membaca artikel ni, hati mama cukup tersentuh... Patutlah kita sukar nak ingat pelajaran, pemakanan kita saja dah menjelaskan semuanya, Kita lebih suka makan daging ayam berbanding ikan, malah kari kepala ikan menjadi santapan harian kita. Kita juga jarang makan buah-buahan sebelum makan makanan utama. Hasilnya? Patutlah kita selalu mengantuk dan sukar menerima ilmu...  Dulu masa kakak Iman, makanan ringannya ialah korma dan kismis, tapi bila dah ada adik dan adik-adik,.. perhatian mama terhadap makanan anak-anak dah tak diutamakan lagi. Jajan dah jadi macam makanan utama pula.... sorry anak-anak mama, kita mulakan semula makan korma yer, insyallah anak-anak mama mampu jadi yang terbaik...

Sudah baca sila komen

8 comments:

KhaiRin : anies said...

tu artikel lama sbnr nyer... dlm email byk tersebar..n sy pon senah wat entry ttg tu ;-)

Boni JLL3 said...

bangsa2 yahudi dah kaji semua ni, sebab tu dorang tau apa yang baik dan tak baik utk pembesaran bayi di dalam perut.. dan sebab tu dorang mengeluarkan yang tak baik2 dan menjual kepada negara luar lebih2 lagi negara Islam supaya orang Islam lemah dan kurang daya berfikir.. itu semua adalah permainan mereka utk menjatuhkan umat islam..

Ardini Humaira said...

itu sebenarnya amalan Nabi kita... :) kita je tak sedar :)

aimaniman said...

akak br terbaca... sbb tu terus sebar2kan

faraherda. razalan said...

Adakala, bagus juga meniru gaya hidup org Yahudi tu. No wonder, mrk dtgnya dr kalangan yg bijak pandai. Dan ctk.

Sue-Rya Qistina said...

yup..org Yahudi hide something from us. saya pernah jua baca notes Wardina di FB beliau few months ago. bagus notes ni!

thanks for sharing anyway. semoga kita semua sedar dan celik mata apabila membacanya :)

si kiut lavender said...

nampaka sangat permainan orang yahudi tu
mereka keluarkan roko tapi cegah dan kawal dgn ketat bangsa mereka utk tidak terlalu menghisap rokok dan biarkan bangsa Islam yg hanyut dgn ketagihan merokok

yahudi byk mengkaji dalam Al-quran dan ikut apa yg nabi kita makan tapi kita tertipu dgn agenda mreka dan ikut apa yg org barat makan..sedih kan...adeiss

aish elisboutique said...

time pregnant mmg bykkkk pantang larang mkn kan..huhuh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012