Pages

@aimaniman |

Iman Girl Syami Boy


Kakak Iman girl, abang Syahmi boy... Syami boy ke girl... mmmmmmmm
cara kakak ken***g bukan macam ni yer...
Tergamam mama pagi tadi. Apa taknya, soalan tahap 'maut' yang kakak Iman berikan pada mama. Nampak betul mama belum bersedia untuk bercerita pada anak-anak dan berkongsi ilmu dengan mereka. Pagi tadi, macam pagi-pagi lain, mama kecoh untuk bersiap ke sekolah. Apa taknya, mama selain daripada kena menyiapkan diri sendiri, mama juga kena 'menyiapkan' 3 anak mama yang amat liat untuk bangun pagi. Tambahan pula, kakak Iman kena mandi untuk ke Taski. Abang Syami dan adik Yeya pelu juga ditukar pampers sebelum dihantar ke rumah pengasuh.
Pagi tadi, sebab tak mahu baju basah, mama minta kakak Iman cebokkan Syami selepas kencing di bilik air. Kebetulan kakak Iman sedang mandi, jadi apa salahnya jika kakak mencebokkan adiknya. Tiba-tiba mama terdengar jeritan kakak Iman dari bilik air.."Mama, bawah k***k Syami ada apa???... Mama terkedu. Baru mama perasan selama ni kakak Iman tak pernah 'memegang' bahagian sulit adiknya, jadi apabila terpegang ketika mencebokkan adiknya, dia berasa pelik kerana bahagian sulit adiknya berbeza dengan kepunyaannya!. Memanglah budak-budak terlalu jujur dan telus, apa-apa soalan yang menjadi kemusykilan bagi diri mereka pasti akan ditanya.
Jom baca artikel "Borak dengan anak-anak tentang air mani dan haid" di sini.. Semoga maklumat di sana dapat 'mendewasakan' mama tentang ilmu keibubapaan. Betullah, anak-anak zaman sekarang berbeza dengan zaman mama dibesarkan dahulu. Dulu, bicara tentang seks malu untuk dibualkan, namun kini ibu bapa perlu bersikap lebih terbuka agar anak-anak tidak teraba-raba mencari ilmu tentangnya. Malah, hubungan anak-anak dengan ibu bapa akan bertambah erat.

Sudah baca sila komen

7 comments:

KhaiRin : anies said...

nk msk proses mumayyiz tu kak ;-)

Boni JLL3 said...

bila dengar balik kata2 tu, rasa kelakar pulak.hahahaha..

cara pembelajaran sekarang berbeza kan. tapi tu lah. kita pulak yang naik malu nak sembang tentang tu

Ardini Humaira said...

budak2 memang suka tanya soalan cepumas :D

Bobo said...

agak mencabar soalan tu.. hehe.. jawapan paling senang : syami lelaki sebab tu ada tu..hehe

teratak hati said...

Hehe kelakar plk..bdk2 skrg soaln plik2 ek..

izan mama mia said...

kena jawab dengan bijak nih..

IntaNBerliaN said...

hehheh kelakar la plak.. :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012