Mandi Songsang Bersama

July 02, 2012

Tangan Aiman kecut lama sangat mandi...
Kakak pun kecutttt...
Dahiyah takut 'dimakan' bujang senang...
Masing2 pakat tunjuk *****t....
Sepanjang lima tahun di sini, inilah pertama kali mama mandi bersama. Baru terasa seronoknya mandi bersama ni. Siapa sangka, mama yang 'pemalu' ni menerima ajakan untuk mandi bersama. Setelah mandi bersama ni baru mama terasa betapa eratnya hubungan kami warga sekolah. Lepas ni, kalau ada peluang, mama akan mandi bersama rakan-rakan dan paling penting, dengan anak2 mama.

Selain mandi bersama, pernah tak dengar tentang mandi songsang? Kalau tak pernah, jom amalkannya kerana mandi songsang banyak khasiatnya...Caranya ialah mandi dengan cara membasahkan bahagian bawah dulu (kaki) dan kemudian baru basahkan bahagian badan dan seterusnya bahagian kepala. Menurut satu artikel cara mandi sebegini adalah satu kaedah terapi yang amat hebat dan menghasilkan kesan yang menakjubkan kepada pengamalnya. Nak tahu faedah mandi songsang, klik sini, dan sini dan klik sini juga.

Bot terdampar je dipukul ombak....
Layanlah gambar2 anak mama seronok sangat mandi bersama di Desa water Park, Cheras sempena Hari Keluarga kelab sekolah mama. Dari pagi sampai petang mereka bermain air sehingga tak sedar tangan habis kecut. Malah, kawan2 yang menyertai telematch, sakit2 badan sebab jarang2 bersukan, tetiba ambil bahagian, tentulah sakit seluruh badan. Tapi yang penting, kami syok sangat....benarnya

Sebenarnya, bukan setakat mandi songsang, mandi biasa-biasa pun bukan setakat dapat menghilangkan kekotoran di badan, malah lebih daripada itu manfaat mandi. Jom baca manfaat mandi yang lain, kalau dah tahu, mesti lepas ni pakat ramai2 nak mandi bersama...
Mengeluarkan racun: Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah,menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.
Stress: Jika anda mengalami stress, mandi air sejuk adalah jawapan yang tepat. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius. Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah.
Jangkitan kulit: Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik.Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.
Selesema dan sakit kepala: Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian  tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk. Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.
Insomnia: Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah, pendarahan hidung, selsema dan sembelit..
Penat sliding.....
tak faham papan tanda kot??

You Might Also Like

10 Comment

  1. saya kalau time mandi memang akan basahkan belah kaki dulu, baru bawa ke kepala.. nnt xde la otak kena renjatan konon terkejut.. hehe

    ReplyDelete
  2. err.. ni first time saya dengar pasal mandi songsang ni..

    ReplyDelete
  3. anak2 seronok sgtlah kalu dapat pergi tempat2 macam ni kan... :-)

    ReplyDelete
  4. Kakak yg sekadar melihat paparan gambar pun boleh senyum dibuat dek anak-anak yg mandi-manda. Nampak sagat mereka seronok.

    ReplyDelete
  5. selalu juga amalkan mandi songsang ni. bkn ape, takut terkejut pulak badan bila tetiba je jirus dari kelapa ke kaki kan..hehehe..thanks for sharing info :)

    ReplyDelete
  6. budak2 suka sangat main air,
    pegi sini ok sikit.. pantai bahaya ^^

    ReplyDelete
  7. seronoknya anak2 bermain air...

    errr... iols memang kalo mandi - basahkan kaki dulu nokk....

    ReplyDelete
  8. org panggil mandi songsang ke? kalau x silap lady, cara mandi macam tu sunnah Rasulullah.. basahkan dr bawah, sehingga ke atas... kemudian br boleh mandi mcm biasa..

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Honey Mama

    lepas ni bawa anak2 mandi kat Bagan lalang pula...

    ReplyDelete
  10. aktiviti mandi bersama ni... munna suka sgt ...tiap2 bulan mesti bawa anak2 ke water park

    ReplyDelete

Komen mencerminkan diri kita. Segala komen yang ditulis diucapkan ribuan terima kasih. Jangan serik untuk menulis komen demi kebaikan bersama.

PING

CK Free Auto Backlink My Ping in TotalPing.com Personal Blogs
best blogs

Popular Posts

Blog Archive

Labels