Pages

@aimaniman |

Pelajar boleh bawa Handphone dan gadjet?

SPM lagi 2-3 bulan. Puasa lagi 2-3 hari. Apa kaitannya yek?  Biasalah, time sekolah dulu mama ingat lagi, kalau time puasa, belajar pun kira slow sikit. Almaklum, puasa.. nak simpan air dalam badan, so tak mahulah cakap banyak, tak mahu buat kerja sekolah banyak2 dan nak tidur banyak2.  Tu semua kisah time mama jadi budak sekolah dulu-dulu. 
Sekarang? Jangan haraplah budak-budak ni nak simpan tenaga, malah lebih aktif tapi bukan aktif belajar, aktif bermain dan bermain dan 'mengacau' cikgu. Kalau yang tak aktif pulak, kerjanya 24 jam dalam kelas tidur je, sampaikan mama snap waktu tidur pun tak sedar.

 zzzzzzz....
zzzzzzz....
 tuala kesat air liur....
 pakai tuala putih nampak tompok air liur??
dah mula sedar tp x sempat nak bangun, berat sangat....

Tapi jangan pelik pulak, murid yang tidur ni merupakan ketua platun KPA terbaik daerah tau. Pasukan KPA dia orang plak boleh jadi johan daerah dan naib johan negeri. Tapi, dalam kelas, buat tahik mata jer... Rasanya time beri command tu sambil zzzz ker??
Ni belum kes murid2 ni dibenarkan bawa hp dan gadjet ke kelas, seperti diwar2kan oleh Timbalan Menteri Pelajaran kelmarin. Bayangkan, sindrom tidur pun tak dapat nak diatasi, macam mana pulak sindrom bersms, sindrom beryoutube, sindrom bertweeter, sindrom berfacebook di dalam kelas? Mama rasa jika kebenaran ni tak ditarik balik, tugas guru lebih berat lagi. Mama tak dapat nak bayangkan saat dan ketika itu,.. Sedangkan HP tak dibenarkan dibawa ke sekolah pun, kejadian dalam kelambu di sekolah cepat tersebar, akibatnya ibu bapa menanti di luar pagar sekolah untuk berlawan mewakili anak masing-masing, inikan pula jika hp dibenarkan bawa... Itulah kalau segala keputusan tentang murid dilakukan oleh orang atasan yang bukan guru, kerana hanya guru mengenali murid, hanya jauhari mengenal manikam...

boleh bawa telefon ke sekolah 

Rasionalnya kebenaran ini sebagai keperluan keselamatan dan persekitaran pembelajaran secara maya??? Hisshh dangkalnya rasional kebenaran ni. Rasional kebenaran ni dibuat oleh orang yang tak berdepan dengan masalah disiplin pelajar sekolah di Malaysia. Tolonglah bantu kami ubati sakit disiplin pelajar sekolah sebelum berangan-angan nak benarkan mereka bawa hp ke sekolah... 

sebagai ibu bapa, anda setuju ke?
sebagai guru anda sokong ke?
dan sebagai guru sekolah menengah mama 100% bantah..... 


Sudah baca sila komen

9 comments:

ZWAN SABRI said...

Tak sokongla cadangan benarkan student skolah bawak hp.. time zaman kami x boleh.. time depa pon x boleh jugakla..baru fair kann.. HEHE

ain1914 said...

x payah.... banyak buruk dari kebaikan

~aSHa~ said...

mcm2 boleh berlaku ni..

nanti ramai jadi 'pelakon' video clip la

dan nanti mesti ada kelas tambahan game di hset...ehehehee

KhaiRin : anies said...

sy x setuju bla kuar statement student leh bw hp g skolah.kalu hilang, rosak, duit mak pak jg.. aduyaiii

Sue-Rya Qistina said...

satu cadangan yg SGT X BAGUS! kpd yg berkenaan, sila pikir dulu sebelum membuat keputusan tu. bnyk keburukan yg akan timbul di masa akan dtg.

ira_kecik said...

lebih banyak buruk dari baiknya kalau dibenarkan budak sekolah bawak gajet gi sekolah nie.....

boleh pulak tido dlm kelas yerk....

eMMe said...

Sis, dulu zaman kite mane de hp2 ni.. skrg ni sume advance, budak2 la ni, bab2 dlm kelambu mmg sukeee..n melalaikan, sampai effect kat study.. tak stuju la... kalo dowang focus kat study je kan bagus... coz ramai anak2 melayu kan yg buat kes 'jenayah,rogol, cabul' ya Allah, nak didik anak zaman skrg sgt2 mencabar...

munna said...

munna pun tak setuju...rasanya tiada kepentingan pun..... lagi banyak kes lain yg timbul adalah nanti

Suhana Shuib said...

wat cikgu pening ja.. kena plak henpon sekarang kan canggih manggih.. cikgu dok mgajaq kat depan depa bagus dok twitt kat belakang..haru betoila..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012