@aimaniman |

Susu Tepung Formula Terbaik

Sukar untuk mencari susu tepung atau susu formula terbaik untuk anak-anak kerana susu ibu merupakan susu terbaik yang tiada tandingannya untuk mereka. Untuk dapatkan maklumat tentang penyusuan susu ibu di sini. Namun, oleh sebab beberapa kekangan, ibu-ibu terpaksa memberikan anak-anak susu formula. Banyak pilihan susu formula, tetapi susu mana yang terbaik?
Iklan susu tepung Anmum jelas mengelirukan, namun menerusi blog ini diterangkan secara panjang lebar apakah kelebihan susu Anmum dan penjelasan sebenar susu tanpa gula. Dalam entri ini pula dinyatakan kenapa mereka bertukar kepada susu Anmum dengan slogan better late than never. Namun begitu, seperti semua sedia maklum susu Anmum bukanlah dalam kategori susu-susu 'murah'. Harganya setin menjangkau RM 60-70. Bagi ibu-ibu berpendapatan sederhana, untuk membeli setin susu dengan harga sedemikian agak membebankan. Tambahan pula jika ada lebih daripada seorang anak yang minum susu tepung. Ramai akan kata, kekal je dengan susu ibu.. Tapi, lebih mudah berkata daripada mengalaminya sendiri. Tidak mungkin ada ibu yang tidak mahu menyusukan bayinya sendiri, namun rezeki mempunyai susu yang banyak tidak dimiliki oleh semua ibu. Baca artikel ini.

dutch lady 0% sukrose
0% gula sukrosa jua?

Mama cuma gunakan susu Dutch Lady 123 dan 456 perisa madu untuk anak-anak. Bukan soal harga yang mama utamakan, namun kandungan susu ini setanding dengan susu-susu yang jauh lebih mahal. Malah susu ini juga mengandungi 0% kandungan gula sukrosa. Dapatkan maklumat lengkap di Dutch Lady Smart Moments.

kadang-kadang mama rasa bersalah, kakak Iman guna Mamex Gold sehingga 4 tahun
Abang Syami guna Mamex Gold sehingga 2 tahun
Adik Dahiyah? cuma DL 123
bersalahkah mama?

Salahkan kenapa harga susu terus naik, bila bajet diumumkan barang-barang yang turun harga / diberikan subsidi barangan mewah seperti handbag... etc, susu terus mencanak naik. Dulu masa kakak Iman Mamex Gold 1.5 kg baru RM 60++, sekarang? Rasanya dah melebihi RM 120++ setin.


Sudah baca sila komen

10 comments:

Mrs Velentine said...

xpe yg penting susu tue terbaek buat anak dh cukup

Boni JLL3 said...

kadang2 , kena juga kita fikirkan tentang pendapatan kita.. tak semua orang mampu nak minum susu yang mahal kan? kalau susu yang akak pakai pun dah setaraf dengan susu2 yang mahal, itu dah kita terbaik da tu

faridah nazurah said...

sekarang ni susu mahal kemain.. memang kena pandai bajet2.. tp kan xrasa ke sebenarnya semua susu formula tu sama je..

kdg2 sy xberapa suka iklan anmum..mcm iye2 je susu dorg je tanpa gula tambahan.. hehe

pape pun mama, xkesah la ape jenis susu yg mama bg anak mama.. yg penting halal.

Sue-Rya Qistina said...

setakat ni alhamdulillah, saya masih breastfeed anak yg no 2 tu.

actually, x kisah jenama mahal or murah. yg penting serasi dgn anak2 kita. c kakak mase mula2 dulu saya try bagi dutch lady ok. tp lama2 dia dh x gemar. then tukar dugro, dia suka pulak.

apepun, kena tgk keserasian dgn anak2. susu formula semuanya sama je, kdg x boleh percaya iklan2 tu..x mampu nk guna susu yg jenama mahal2 tu..

miloais milo said...

my son jugak minum susu dutch lady ni...
dulu dugro -

teratak hati said...

Klu bg susu formula camtu la kn..kna fikir baget..alhamdulillah sy dpt menyusukn ank,jimat tk yg pkir nk beli susu formula..

KhaiRin : anies said...

yg penting mereka membesar dgn sihat kak..tu yg lbh menggembirakan..

munna said...

anak munna meya macam susu dah cuba ..last2 susu dutch lady juga yg dia berkenan...Yasmin langsung tak minum susu formula....lepas berhenti BF terus tak nak susu

Ira said...

aimy pun minum susu Dutch Lady..
betul tu kak, x semua ibu2 mempunyai rezeki susu yg melimpah ruah. beruntung pd mereka yg ada susu bnyk blh bg anak susu ibu sepenuhnya.

jubah muslimah said...

ASSALAMUALAIKUM..
SAYA tumpang iklan yer admin..
Saya menjual susu formula dengan harga murah berbanding pasaran kita di Malaysia..
ENFALAC A+ step 1 > RM 180/1800g
ENFALAC A+ step 2 > RM 165/1800g
ENFAGROW A+ step 3 > RM 145/2400g
*produk di import dari Thailand. Namun telah disahkan kandungan sama dengan Malaysia. Pembungkusan sahaja yang berbeza dan ianya HALAL.
-website JAKIM-
Produk susu kebanyakkannya adalah produk import maka dengan itu tidak dibenarkan menggunakan logo halal Malaysia, pengedar diarahkan menggunakan logo halal badan islam di negara asal produk dan tidak boleh menggunakan logo halal Malaysia. Di Thailand, Malaysia telah melantik sebuah badan Islam iaitu The Central Islamic Committe of Thailand sebagai wakil JAKIM melakukan pengesahan halal bagi produk di Thailand yang ingin dieksport ke Malaysia. Produk yang telah mendapat pengesahan halal dari badan islam ini dikehendaki menggunakan logo halal dari badan islam yang telah memberi pengesahan halal. Produk import tidak boleh menggunakan logo halal Malaysia kerana JAKIM tidak membuat pemeriksaan halal di luar negara.
DIJAMIN MURAH DARI PASARAN!!
POSTAGE BERGANTUNG PADA BERAT SUSU.
COD >AREA CHERAS,KAJANG,PUTRAJAYA,SEPANG,NILAI
KALAU BERMINAT DAN NAK JIMAT
SMS/WHATSAP 0173202420

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012