Pages

@aimaniman |

WWW : Hanis Zalikha takut Popular?

Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Itulah 'harga' yang harus kita bayar jika kita 'berani' menceburkan diri dalam dunia hiburan. Mama pelik dengan kata-kata Hanis ni, 'takut' atau sebenarnya beliau mahu popular agar hasratnya bukan hanya untuk dikenali sebagai blogger, malah sebagai pelakon, pengacara, dan semua bidang yang diceburinya akan tercapai?

Saya ingin dikenali sebagai Hanis Zalikha. Bukan sebagai blogger semata-mata tapi juga sebagai pelakon, pengacara dan apa jua bidang yang saya ceburi,” tambahnya.


 Hanis Zalikha Takut Jadi Terkenal

Ok lah Hanis Zalikha, peminat di Malaysia ni dah bijak, populariti murahan tidak akan wujud jika seseorang pelakon tu menjadi pelakon dengan ikhlas, dan lengkap dengan ciri-ciri positif wanita Timur.  Hanis tak perlulah takut akan bayang-bayang kerana setiap keputusan yang dibuat tu pasti telah difikirkan masak-masak kesan pro dan kontranya. Betul tak? Berbekalkan aset rupa yang menawan, bijak, berkebolehan besar dan berani mencuba... mama pasti Hanis bakal meletup. 

Jom baca sinopsis filem Hanis Zalikha

"Gangster Celop mengisahkan dua orang bekas gangster iaitu Aman (Kamal Adli) dan Adam (Syamsul Yusof) yang baru selesai menjalani hukuman penjara selama lima tahun. Mereka bertekad untuk berubah dan menjadi insan yang lebih baik. Bagaimanapun, sebaik bebas, mereka dikehendaki menjaga Suzana (Hanis Zalikha) iaitu anak perempuan kepada Mat Jambu (Yus Raja Lawak),seorang ketua gangster yang pernah melindungi mereka dahulu. Suzana baru pulang dari luar negara untuk memulakan perniagaan di Malaysia.Disebabkan tugasan itu, semua menjadi huru-hara dan secara tidak langsung mereka terbabit dalam konflik tercetus antara Mat Jambu dan musuhnya, Man Cirit (Azad Jazmin) yang merupakan musuh tradisi untuk sekian lama."

Pelakon Gangster Celop: Syamsul Yusof, Kamal Adli, Yus Jambu, Azad Jazmin, Reen Rahim serta blogger terkenal, Hanis Zalikha

Pengarah: Ahmad Idham

Produksi: Skop Productions dan Excellent Pictures

tengok tajuk jer,, mama kurang suka
Cikgu BM  : celop ke celup.. uiishh pencemaran bahasa 
mama lebih suka filem menyentuh perasaan banding filem aksi ni...


Sudah baca sila komen

2 comments:

Pengumpul Lirik lagu said...

uish knp tkot..rezeki la tu..

Mira Adzlia said...

huhu...xjd plakun pun mmg beliau da glamer...jd, xperlu tkut kot

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012