Pages

@aimaniman |

Generasi Y Tidak Bertamadun di Stadium Bukit Jalil


merdeka 2012
Kakak Iman megah 'kibas' jalur gemilang
jalur gemilang
Seronoknya tengok konsert Janji Ditepati
First time p sambutan merdeka
Yaya sibuk gigit jambu batu merdeka...
Snap dari jauh je sebab memang penuhhhh....

Semalam pertama kali mama berpeluang ke Stadium Bukit Jalil untuk meraikan sambutan Merdeka Malaysia ke-55. Fuiiih susahnya nak cari parking, semuanya penuh sebab pintu masuk parking stadium kebanyakannya untuk VIP dan untuk kenderaan yang ada sticker. Kemudian polis arahkan kami parking di Taman Teknologi Malaysia tapi polis kat sana arah p parking kat Petronas. Di Petronas pulak penuh juga.. abah dah fedup tapi semangat membara ni menyebabkan kami teruskan pencarian dan akhirnya nasib kami bertuah kerana jumpa parking kat tapak karnival apa entah, mama lupa deh.
Sampai di stadium, semua tempat duduk penuh tapi mama menyelit juga. Dalam selit-selit tu, banyaklah abang kat stadium tu yang usha2 kakak Iman dan bagi kakak Iman bendera. Apalah taste korang, anak mama ni baru 5 tahun ooi, bukannya sweet 15 ker,.. Jadinya, Kakak Iman dapat banyak bendera daripada 'abang2' baik hati tu, dan untung mama sebab x payah beli...
Anak-anak mama punya le seronok melayan sambutan merdeka kat Stadium BJ ni. Tengok sendirilah betapa sesak dan gembiranya anak2 mama dalam gambar kat atas ye.
Sebenarnya, mama bukan nak cerita sangat pasal pengalaman 1st time mama p Stadium BJ sambut merdeka ni tapi nak cerita sikap anak2 muda time sambutan berlangsung.  Memanglah tahu, mereka ni budak2 sekolah yang diwajibkan ke stadium, tapi sikap mereka langsung tak mencerminkan mereka ni budak sekolah yang bersahsiah tinggi.  Apa taknya, time Tok Jib berucap, mereka buat bising dengan membunyikan hon dan bersorak, lepas tu baling kapal terbang kertas pula. Mama pulak terkena balingan batu di bahu. Tapi mama tak mahu panjangkan isu tu, mama anggap macam tak ada jer... Sedih mama memikirkan anak2 muda Malaysia ni,.. Bab politik satu hal, kalau kita menyebelahi mana-mana pihak pun itu hak kita tapi, hak pemimpin dan hak orang tua ialah dihormati oleh gologan muda. Apa salahnya, anak2 muda ni menghormati pemimpin dan orang tua macam Tok Jib dengan mendengar ucapannya sepenuh perhatian? Kalau tak suka simpannya dalam hati dan luahkan di kertas undi bukan tunjuk protes menggambarkan kita ni tak bertamadun,...

Mama terbayangkan sikap murid-murid dalam kelas dan dalam perhimpunan dan ketika ceramah motivasi.. bising, berbual dan suka 'membooo..' orang.. inikah gen Y yang dibangga2kan oleh Tok Jib yang memenuhi ruang stadium Bukit Jalil malam tadi? Tolonglah bersama2 kita mengubah sikap dan minda mereka agar lebih matang dan berilmu...

Published with Blogger-droid v2.0.8

Empat Mak Dara Pingitan Beraya

raya 2012
 Dari kiri Dr Rahimah, mama yang mencuka jer, Ann dan Hana..

Panas... Empat Mak Dara Pingitan beraya.. opps sorang tu mak dara 2b, insyaallah. Untung mak, daripada sorang anak perempuan sekarang dah ada 5 anak perempuan instant, tapi sorang tak dapat nak raya sama sebab beraya dengan keluarganya di Pandamaran, Klang. Baca di sini kisah keluarga besar beraya
Panas juga raya tahun ni sebab baru empat hari naik sekolah selepas cuti raya, dah masuk bulan September bermakna dateline untuk mama siapkan majalah sekolah dah tiba. Punyalah panas mama, sebab gambar yang mama minta pengawas ambilkan untuk majlis Pelancaran Sambutan Kemerdekaan peringkat sekolah dan Majlis Anugerah Kokurikulum dan HEM pagi tadi semua tak boleh dipakai. Silap mama juga sebab pakai tangkap muat je pilih pengawas untuk ambil gambar sedangkan mama pergi ke hospital untuk appointment Syahmi. Balik ke sekolah tengok kamera, semua gambar kawan-kawan sipengawas tu je.. hampeh.
Hendak tak hendak mama coolkan diri dengan buat laporan untuk beberapa majlis semasa puasa hari tu yang masih belum dihantar kepada pencetak.  Pencetak ni pun satu hal, janji boleh siapkan 29 Ogos tapi bila call kata dummy tak siap sebab masih cuti raya. Hampeh lagi... Ni le antara cabaran cikgu zaman sekarang, bukan setakat mengajar tetapi tugasan bukan mengajar ni yang memeningkan kepala sampaikan mood raya pun ke laut.
syawal 2012
Antara berpuluh2 laporan yang dah mama siapka untuk majalah 2012

Entri tak ada kaitan pun dengan tajuk kan.  Ada sebenarnya.., kisah mak dara ni beraya tapi mood raya tu ke laut sebab beban kerja yang menimbun.  Kertas Trial Exam SPM pun masih panas macam dalam oven... Jom beraya sambil menanda?

Malam esok abah ajak p Bukit Jalil sambut merdeka.. joom
Published with Blogger-droid v2.0.6

Raya 2012 vs Raya 2011

Seronoknya Raya 2012 ni. Kenapa... tentu mama ada sebabnya. Gambar 2012 vs 2011 ni menceritakan segala-galanya. Nampak lebih ceria dan lebih meriahkan gambar famili 2012 ni, tambah beberapa ahli baru buat abah dan mak iaitu 2 menantu dan seorang cucu. Tapi malangnya, menantu yang sorang lagi beraya di rumah emak dan ayahnya di Pandamaran, so tak lengkaplah gambar kami. Tapi sekurang-kurangnya lebih ramai ahli berbanding 2011 kann... Jom tengok gambar..

 Famili mama 2012

vs

Famili 2011

Semoga raya2 pada tahun2 yang akan datang semeriah dan segembira tahun 2012 ni, amin. Cuma raya tahun ni agak cacat kerana anak mama masuk hospital sebab jangkitan kuman di mulut. Kesian aiman, nak kenal yang mana satu? Foto 2012 di baris hadapan sekali, no 2 dari tepi yg pakai songkok tapi rambut serabai sebab takut potong rambut, dan foto 2011 yang pangku ngan neneknya..
Raya pertama aiman dah tak boleh nak makan apa2, asyik nangis jer... nasib baik ada doktor jai dan doktor rahimah, so mama tanya kat adik2 mama je le, dia orang kata bukan HMFD so mama lega. Tapi Raya kedua, ketiga keadaannya makin teruk. Mama bawa p Pantai, doktor kata kena masuk wad tapi mama minta tangguh sebab almaklum Pantai.. duitnya pun macam air di pantai... Esoknya mama p hospital biasa dan Raya ke-4,ke-5 dan ke-6 mama jadi penunggu wad...tapi alhamdulillah la sebab lidah aiman dah macam nak busuk... 
Bagaimana kisah Raya kawan-kawan yang sudi bertandang ke blog mama? Tentu banyak kisah suka duka kan... Raya 2012 memang banyak memorinya berbanding 2011 bagi mama,...

Blogger Berhari Raya

blogger berhari raya
Add caption
Sorry gambar kecil sebab copy paste daripada blog ini. Dia ni blogger muda baru 16 tahun umurnya. anak sedara mama. Kalau ada sesiapa tengok betul2 gambar.. ada blogger yg dah otai pun beraya bersama keluarga mama. Napa? Sebabnya, dia dah jadi ahli keluarga mama. Malah dia turut di'ajak' oleh blogger ni untuk sama2 dalam misi #save jejai. Siapa belum tahu kisah Jejai ni, boleh baca di blog rakan2 baiknya seperti Eyriqazz, boni kacak dll. Kesian jejai ni, so sama2 le support misi #save jejai sempena bulan syawal yg mulia ni.
Kepada en suami dan semua lelaki di Malaysia ni ambillah iktibar kisah jejai ni sebelum terlambat. Bak kata abah "anak2 masih kecil tu zad..., sikit2 mula tinggalkan..." Tapi suamiku tetap tegar...
ok lah.. salam aidil fitri drpd kami sekeluarga..tak dapat beraya di rumah bw beraya blog lae...
Published with Blogger-droid v2.0.6

Jom Buat Kad Raya Sendiri

Sempena raya ni, mama google la cara nak buat kad raya sendiri 
Tensyen betul mama sebab sana sini mama tengok kawan2 post ecard raya.. teringin juga nak post so mama google le caranya.  Nasib baik terjumpa blog iwanzul ni, alhamdulillah sebab caranya memang senang untuk mama yang x reti ni.  Akhirnya, terimalah kad raya buatan sendiri daripada mama... Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin .. lepas raya sambung bw dan on9 lagi....
Senang rupa2nya untuk yg x reti macam mama... 1st sekali download faststone capture supaya benda yang kita buat boleh disimpan dalam fail jpeg...

Lepas tu, ikut step 1..buka ms word, copy n paste gambar kad raya dari tenet.. pas tu klik insert box yg boleh tulis dalamnya, pas tu copy gambar kita dalam pc, paste dalam kotak tu,.. lepas tu klik fastone capture, ikut je step2 dia..
Haa.. inilah ekad raya khas daripada mama untuk semua.... ikhlas ni tapi tak berapa nak cantik sebab buat pun dalam keadaan tergesa2 sebab lepas ni nak bersiap nak balik Johor.  Sementara anak2 belum bangun, mama ambil kesempatan la meng online kan diri.  Tapi puas sebab dapat download ini dan berkongsi cara buat ekad raya ni.  Lepas2 ni kalau nak buat ekad sempena apa2 pun boleh la mama buat sendiri.
Kalau nak gambar kita je, crop le gambar tu, pas tu save dalam fail jpeg.. pas tu masukkan dalam entry kita..


Iklan Bernas menyindir Malaysia


Masa tengok iklan  Bernas di youtube mata mama bergenang. Mama jarang2 nak tengok iklan di youtube tapi iklan Bernas ni memang bernas... Siapa yg x tengok lagi silalah tengok.

Kisah fizi dan ahmad menyerlahkan erti sebenar persahabatan.. yg buta membantu yg sukar bertutur dan mereka tidak berpisah walaupun cuma ada satu tiket.. kalau kita? pi la kawan..yg penting aku dapat balik beraya..betul tak?

Kemudian kisah pemandu lori yg tak jadi nak marah bila melihat anak yatimrnumpang lorinya lalu meninggalkan mereka di hadapan masjid seperti diminta.. alangkah manisnya jika pemandu tu bertanya.. mungkin budak2 tu boleh beraya bersama keluarga pemandu lori..

Yang lebih menyedihkan bila melihat budak2 tu mandi dan memakai baju raya di tempat berwuduk masjid.. tak ada insan prihatin ke nak tanya..kenapa.. orang malaysia cam ni ke?

Lagi sedih bila akhirnya mereka 'bertemu' dan 'beraya' dengan ibu mereka yang sudah meninggal dunia... sedeynya...

Mama mesti menangis bila tengok iklan ni dan apa yg pasti..iklan ni menonjolkan betapa sikap ketidakpedulian orang malaysia yg semakin menebal... alangkah indahnya jika... Sindiran pedas untuk kita orang Malaysia..orang timur yg kaya dengan budi luhur tapi 'kuman' depan mata pun tak terlihat...

Syabas bernas..

Published with Blogger-droid v2.0.4

Samping Penentu Status Lelaki

Macam2 la kajian ada sekarang ni, yang pelik mcm dlm gambar pun ada. Betulke cara pemakaian samping penentu status lelaki? Raya ni nak tengok samping suami.. Tapi kalau isteri yg ikatkan, ikat atas paras lutut..makna isteri redha suami kawen lagi?
Kalau lleki tak pakai samping plak..yg jenis brutal pakai bj melayu ngan jeans tu maknanya apa plak..
Macam2 la org kat universiti ni kan. cuba la kaji cam nak tingkatkan daya saing org melayu ke ada le pekdahnya, ni x habis2 pikir pasal bujang dan kawen...
Mama minat samping panjang ikat dalam baju.. nampak slim jer... wow..


Mood Hari Raya

Mood raya semakin membuak-buak bila melangkah masuk ke pejabat sekolah, bukan bilik guru ye.. Dekorasi di pejabat menambah rasa nak raya. Tambah-tambah dapat sms daripada kawan, mama terus online baca Sinar Harian, confirm kabinet 'bagi' cuti berganti tambahan pada Khamis, 16 Ogos nanti.  Masing-masing berbelah bagi sama ada suka atau sedih dengar berita gembira tu. Pada guru bujang yang dah beli tiket pada Jumaat, 17 Ogos dan pada guru yang suaminya cuma mula cuti pada Sabtu, confirm tak berapa nak suka dengar berita tu. Macam-macam manusia ni kan, dah diberi tak mahu pulak!

Sebenarnya, cuti tu cuti berganti, makna sekolah kena ganti pada Sabtu selepas cuti Raya nanti.  Bukannya cuti sebenar namanya.  Bayangkan nanti selepas Raua, kena kerja dari Isnin hingga Sabtu setiap minggu, tak ke haru? Cikgu2 pun biasanya ss sebab murid yang datang ke sekolah boleh dibilang dengan jari,.. Entah apa relevannya ganti pada Sabtu, mama pun tak berapa nak faham dah..

 
jangan pusingkan kepala, gambar memang 'mereng'
cantik tak pejabat sekolah.. ada aircond lagi
bilik guru? jom 'mandi sauna' kat bilik guru... x caya.. cubala sekali ...

 
Tu ler mesin perakam waktu datang sekolah.. yang lama dan sekarang guna yg baru dah...
yg kotak ada lampu ijau tu ler

 
ni borang skt yang akhirnya mama hantar je tak payah nak semak2 dah...

Sebenarnya, mood raya tak da le menggila2 sangat macam budak2 sambut raya.  Almaklum dah jadi mak budak, anak2 je ler yang didahulukan. Baju raya mama pun tak sehelai pun lagi dibeli, rasa2nya nak serbu Plaza Alam Central dan Kompleks PKNS Jumaat minggu depan, time semua orang balik kampung dah. Entah2 gerai jual baju raya pun dah bungkus kot? Tak pa, asal mama tak perlu bersesak2 nak pilih baju sudah. Kalau tak da baju, mama guna jer baju sekolah, kat kampung tak pakai lagi .. so baju raya juga ler.. 

ok la, entri merapu nak hilang tensyen ni
nak teruskan usaha mama siapkan majalah sebelum akhir tahun ni..
bak kata big boss.. kalau majalah x keluar selepas dia balik haji.. saya 'kenakan' puan x.. mama la tu!!
terkena ke mama?
 

Doakan Pandalela Rinong Menang Medal

Jika Pandalela Rinong menang dalam acara terakhir penglibatannya dalam sukan Olimpik 2012 iaitu acara 10m platform,  rasa-rasanya siapa lagi yang nak bagi benda percuma pada rakyat Malaysia.  DLCW menang pingat, Restoran Nasi Kandar dan Baskin Robins menjamu rakyat Malaysia secara percuma, lepas ni siapa pula ye? Dalam pusingan awal, Pandalela berjaya mendapat tempat kedua, seterusnya tempat kelima dalam semi final untul melayakkan diri ke final pukul 2 pagi waktu Malaysia. 
Sama-samalah kita doakan agar Pandalela menang medal, entah apalah berita memuja atlet ni agaknya esok.  DLCW menang banyak pihak memuji dan ada yang buat video mengucapkan tahniah dan rasa bangga. Tu atlet yang kita dah jangka kemenangannya, kalau Pandalela? 
Pada mama inilah budaya masyarakat Malaysia.  Yang menang dipuja berlebih2 tetapi yang kalah dikeji dan dipandang sepi.  Sedangkan tak terfikirkah kita bahawa tahap sukan di Malaysia memang masih jauh ketinggalan berbanding negara lain yang mengumpul pingat Olimpik.  Selain perkembangan sukan yang masih ketinggalan, kudrat kita pun jauh berbeza.Tengok saja time Azizulhasni berlumba, dia di'kepit' oleh pelumba barat yang jauh lebih besar saiznya. Pada mama, berhentilah mengharapkan bulan jatuh ke riba.  Selagi tiada perancangan sukan yang lebih sistematik dan anjakan paradigma pertubuhan sukan di Malaysia, jangan mimpilah emas menjadi milik kita. Selepas ni, lakukan bedah siasat rapi, tinjau2 kejayaan Cina menjadi kuasa besar disegani team barat walaupun tubuh mereka sekecil kita. 
 
tapi dalam hati masih doakan Pandalela
menanglah Pandalela..  Amin

Wow Nuffnang Raya

Lama dah tak menjenguk mr Nuffnang kerana almaklum bulan puasa ni sibuk dari siang hingga ke malam.  Tambah2 mood untuk berblog tu kurang berbanding bulan2 biasa bukan saja sebab sibuk, tapi sebab earning Nuffnang tak bertambah2 pun, apatah lagi BE tak ingin pun nak melekat.  Tadi, lepas siapkan borang SKT, siapa tak tahu SKT boleh jenguk di sini.  Rasa2nya perlu lagi ke SKT untuk menilai prestasi?  Borang tu dah ketinggalan zaman dan tak praktikal lagi la.  Dengar2 banyak sekolah dah tak guna pun lagi, betul ke?  Tapi sebagai 'kooliie' mama akur...

Balik pada tajuk, semua dah perasan atau belum? Nuffnang dah menghias 'rumah' dengan dekorasi baru sempena raya.. Kalau mama tak silap la, sebab bila mama klik website Nuffnang, alamak macam singgah rumah baru la pulak. Jom ramai-ramai p singgah rumah baru Nuffnang, mana tahu dapat duit raya.. be ke..  Mama tengah tunggu mana2 blog yang komen tentang dekorasi baru website Nuffnang ni, sebab mama nak komen bab2 teknikal ni x reti.  Pada mama lebih baik la sebab lebih jelas dan lebih detail info berbanding yang lama, betul tak?

be nuffnang 
malu nak tayang, tapi inilah realitinya pengunjung blog mama.. 
 
 
Ni plak earning Nuff mama sepanjang setahun 8 bulan berblog.. RM122.62

Sorri gambar tak jelas sebab snap guna note sebelah kipas laju....

Bonus Raya

Betulke gambar bawah ni..lepas kahwin semua hak suami milik isteri? Rasanya tu kalau suami kena queen control je kot. Biasanya lelaki lagi bijak, mereka tak beli baju baru, tak beli mekup setiap bulan tapi mereka beli ROKOK SETIAP HARI...
Gaji suami lepas bayar rumah, kereta dan belanja anak.. baki untuk diri dan ROKOk..
Perempuan.. baki duit mesti nak beli baju anak..tambah2 jika anak perempuan, tahan nafsu je tengok baju cantik2... Tambah2 time raya, rasanya bonus raya untuk anak2 jeee..
Suami? Bonus raya tambah stok Rokok dan Aksesori pancing le esp encik somi..
Mama 100% tak setuju dengan gambar.. sokong tak...


Bila saat Mandi Kedua?

Ketika kecil kita ternanti-nanti ibu mandikan. Adakah apabila dewasa kita ternanti-nanti juga untuk dimandikan? Tepuk dada tanya iman, sudah cukupkah bekalan untuk saat dimandikan?

Rahsia DLCW di Podium Olimpik

Haaa?
Ni rahsia yang dikorek semasa DLCW berbisik di podium...
Betul... x caya?  Sebabnya kalau menang dia tak da alasan nak bersara.. kalau kalah..niatnya untuk bersara diterima dan dia bolehlah meneruskan niatnya untuk berkahwin dengan Wong Mee Choo.. gadis pilihan hatinya..
Kesiankan DLCW terpaksa berkorban demi negara..demi menumpukan sepenuh perhatian terhadap emas pertama Malaysia di Olimpik DLC W  sanggup menunda tarikh perkahwinannya..Salute la kat DLCW walaupun kalah kami tetap berbangga tau...

Janji Tak Ditepati

Setiap Isnin mama selalu janji pada diri.. next week nak siapkan semua kerja awal2.. x mahu kecoh lagi pagi isnin tapi malangnya setiap jumaat.sabtu dan ahad gini pula jadinya... Siapa yg alami masalah sama?

Cornflake Madu Tiga Rasa

Entri pendek dari note je. Jom rasa biskut cornflake madu tiga rasa hasil tangan iman,syami dan dahiyah. Anak2 mama suka sangat dapat peluang buat biskut sbb dia org ingat mcm main pondok2. Ala2 main tanah liat la kot. Teringat zaman kecik2 dulu sibuk 'kacau' mak..ni anak2 plak kacau mak dia. Sebenarnya bila difikir2kan, baru mama sedar mereka bukan mengacau tapi penuh dgn kreativiti... nanti besar boleh jd mcm dr fazley masterchef selebriti  kannn...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012