Doakan Pandalela Rinong Menang Medal

August 09, 2012

Jika Pandalela Rinong menang dalam acara terakhir penglibatannya dalam sukan Olimpik 2012 iaitu acara 10m platform,  rasa-rasanya siapa lagi yang nak bagi benda percuma pada rakyat Malaysia.  DLCW menang pingat, Restoran Nasi Kandar dan Baskin Robins menjamu rakyat Malaysia secara percuma, lepas ni siapa pula ye? Dalam pusingan awal, Pandalela berjaya mendapat tempat kedua, seterusnya tempat kelima dalam semi final untul melayakkan diri ke final pukul 2 pagi waktu Malaysia. 
Sama-samalah kita doakan agar Pandalela menang medal, entah apalah berita memuja atlet ni agaknya esok.  DLCW menang banyak pihak memuji dan ada yang buat video mengucapkan tahniah dan rasa bangga. Tu atlet yang kita dah jangka kemenangannya, kalau Pandalela? 
Pada mama inilah budaya masyarakat Malaysia.  Yang menang dipuja berlebih2 tetapi yang kalah dikeji dan dipandang sepi.  Sedangkan tak terfikirkah kita bahawa tahap sukan di Malaysia memang masih jauh ketinggalan berbanding negara lain yang mengumpul pingat Olimpik.  Selain perkembangan sukan yang masih ketinggalan, kudrat kita pun jauh berbeza.Tengok saja time Azizulhasni berlumba, dia di'kepit' oleh pelumba barat yang jauh lebih besar saiznya. Pada mama, berhentilah mengharapkan bulan jatuh ke riba.  Selagi tiada perancangan sukan yang lebih sistematik dan anjakan paradigma pertubuhan sukan di Malaysia, jangan mimpilah emas menjadi milik kita. Selepas ni, lakukan bedah siasat rapi, tinjau2 kejayaan Cina menjadi kuasa besar disegani team barat walaupun tubuh mereka sekecil kita. 
 
tapi dalam hati masih doakan Pandalela
menanglah Pandalela..  Amin

You Might Also Like

3 Comment

  1. alhamdulillah. dia berjaya mendapatkan pingat gangsa. satu kejayaan yang patut dibangga oleh kita semua

    ReplyDelete
  2. tahniah buat pandalela...da mharumkn nme negara....

    ReplyDelete
  3. yupp pandalela meraih gangsa- tahniah

    ReplyDelete

Komen mencerminkan diri kita. Segala komen yang ditulis diucapkan ribuan terima kasih. Jangan serik untuk menulis komen demi kebaikan bersama.

PING

CK Free Auto Backlink My Ping in TotalPing.com Personal Blogs
best blogs

Popular Posts

Blog Archive

Labels