Pages

@aimaniman |

Empat Mak Dara Pingitan Beraya

raya 2012
 Dari kiri Dr Rahimah, mama yang mencuka jer, Ann dan Hana..

Panas... Empat Mak Dara Pingitan beraya.. opps sorang tu mak dara 2b, insyaallah. Untung mak, daripada sorang anak perempuan sekarang dah ada 5 anak perempuan instant, tapi sorang tak dapat nak raya sama sebab beraya dengan keluarganya di Pandamaran, Klang. Baca di sini kisah keluarga besar beraya
Panas juga raya tahun ni sebab baru empat hari naik sekolah selepas cuti raya, dah masuk bulan September bermakna dateline untuk mama siapkan majalah sekolah dah tiba. Punyalah panas mama, sebab gambar yang mama minta pengawas ambilkan untuk majlis Pelancaran Sambutan Kemerdekaan peringkat sekolah dan Majlis Anugerah Kokurikulum dan HEM pagi tadi semua tak boleh dipakai. Silap mama juga sebab pakai tangkap muat je pilih pengawas untuk ambil gambar sedangkan mama pergi ke hospital untuk appointment Syahmi. Balik ke sekolah tengok kamera, semua gambar kawan-kawan sipengawas tu je.. hampeh.
Hendak tak hendak mama coolkan diri dengan buat laporan untuk beberapa majlis semasa puasa hari tu yang masih belum dihantar kepada pencetak.  Pencetak ni pun satu hal, janji boleh siapkan 29 Ogos tapi bila call kata dummy tak siap sebab masih cuti raya. Hampeh lagi... Ni le antara cabaran cikgu zaman sekarang, bukan setakat mengajar tetapi tugasan bukan mengajar ni yang memeningkan kepala sampaikan mood raya pun ke laut.
syawal 2012
Antara berpuluh2 laporan yang dah mama siapka untuk majalah 2012

Entri tak ada kaitan pun dengan tajuk kan.  Ada sebenarnya.., kisah mak dara ni beraya tapi mood raya tu ke laut sebab beban kerja yang menimbun.  Kertas Trial Exam SPM pun masih panas macam dalam oven... Jom beraya sambil menanda?

Malam esok abah ajak p Bukit Jalil sambut merdeka.. joom
Published with Blogger-droid v2.0.6

Sudah baca sila komen

7 comments:

whitecappuccino said...

selamat hari raya!

boni kacak said...

pewwitt

Nieda said...

kesian mmg budak2 mana boleh harap. Kenapa tak suruh cikgu2 yg tolong snapkan.

mama aini said...

salam aidil fitri dr mama..ehem comil2 mak dara pingitan ni..

Denaihati said...

Selamat hari raya n maaf zahir batin utk 4 mak dara

Gen2Merah said...

salam aidilfitri cikgu sekeluarga... salam kemeredekaan juga utk kita hayati bersama..

MamaEma said...

comel-comel semuanya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012