Pages

@aimaniman |

Generasi Y Tidak Bertamadun di Stadium Bukit Jalil


merdeka 2012
Kakak Iman megah 'kibas' jalur gemilang
jalur gemilang
Seronoknya tengok konsert Janji Ditepati
First time p sambutan merdeka
Yaya sibuk gigit jambu batu merdeka...
Snap dari jauh je sebab memang penuhhhh....

Semalam pertama kali mama berpeluang ke Stadium Bukit Jalil untuk meraikan sambutan Merdeka Malaysia ke-55. Fuiiih susahnya nak cari parking, semuanya penuh sebab pintu masuk parking stadium kebanyakannya untuk VIP dan untuk kenderaan yang ada sticker. Kemudian polis arahkan kami parking di Taman Teknologi Malaysia tapi polis kat sana arah p parking kat Petronas. Di Petronas pulak penuh juga.. abah dah fedup tapi semangat membara ni menyebabkan kami teruskan pencarian dan akhirnya nasib kami bertuah kerana jumpa parking kat tapak karnival apa entah, mama lupa deh.
Sampai di stadium, semua tempat duduk penuh tapi mama menyelit juga. Dalam selit-selit tu, banyaklah abang kat stadium tu yang usha2 kakak Iman dan bagi kakak Iman bendera. Apalah taste korang, anak mama ni baru 5 tahun ooi, bukannya sweet 15 ker,.. Jadinya, Kakak Iman dapat banyak bendera daripada 'abang2' baik hati tu, dan untung mama sebab x payah beli...
Anak-anak mama punya le seronok melayan sambutan merdeka kat Stadium BJ ni. Tengok sendirilah betapa sesak dan gembiranya anak2 mama dalam gambar kat atas ye.
Sebenarnya, mama bukan nak cerita sangat pasal pengalaman 1st time mama p Stadium BJ sambut merdeka ni tapi nak cerita sikap anak2 muda time sambutan berlangsung.  Memanglah tahu, mereka ni budak2 sekolah yang diwajibkan ke stadium, tapi sikap mereka langsung tak mencerminkan mereka ni budak sekolah yang bersahsiah tinggi.  Apa taknya, time Tok Jib berucap, mereka buat bising dengan membunyikan hon dan bersorak, lepas tu baling kapal terbang kertas pula. Mama pulak terkena balingan batu di bahu. Tapi mama tak mahu panjangkan isu tu, mama anggap macam tak ada jer... Sedih mama memikirkan anak2 muda Malaysia ni,.. Bab politik satu hal, kalau kita menyebelahi mana-mana pihak pun itu hak kita tapi, hak pemimpin dan hak orang tua ialah dihormati oleh gologan muda. Apa salahnya, anak2 muda ni menghormati pemimpin dan orang tua macam Tok Jib dengan mendengar ucapannya sepenuh perhatian? Kalau tak suka simpannya dalam hati dan luahkan di kertas undi bukan tunjuk protes menggambarkan kita ni tak bertamadun,...

Mama terbayangkan sikap murid-murid dalam kelas dan dalam perhimpunan dan ketika ceramah motivasi.. bising, berbual dan suka 'membooo..' orang.. inikah gen Y yang dibangga2kan oleh Tok Jib yang memenuhi ruang stadium Bukit Jalil malam tadi? Tolonglah bersama2 kita mengubah sikap dan minda mereka agar lebih matang dan berilmu...

Published with Blogger-droid v2.0.8

Sudah baca sila komen

9 comments:

MamaEma said...

Malam tadi ada kat sini juga...memang meriah dan rasa semangat berkobar bila dpt nyanyikan lagu ramai2..pasal ada sesetengah orang yang tak tahu hormat...hurmm...entahlah nak cakap apa...apa yang dilarang...itulah yang mereka buatkan...

Fauzi Blues said...

Janji Dicapati....heheh...mmg susah nak paham Gen Y ni...

boni kacak said...

nilai 'hormat' sudah hilang dah zaman sekarang ni.. walaupun kita tak sukakan politik, mahupun tak sukakan sesuatu parti itu, rasanya tak perlu ditunjukkan dengan sikap biadap.

Kalamhati said...

samalah kt skolah KH..murid2 dah makin hilang rasa hormat..asik bisng je tak kira kt mana kan..huhu sedih

Nieda said...

generasi muda sekadar sgt kurang kesedaran sivik dan cintakan negara.depa ni sedar2 semua dah ada depan mata.Hidup senang lenang. negara aman damai.

Everything's Everythings said...

betul.. sedih kan kalau cmtuh, lgsong xde budi pekerti ;(
bukannya xboleh langsung utk berseronok tapi berpada2 lah ^^

kurang ajar namanya tu kalau baling2 batu tu semua..

ieda said...

itulah yg dibanggakan skrg ..
sedangkan itu adalah hakikatnya .. x tahu mana kewarasan mereka kan ..
tu yg kita nampak kak
yg x nampak huhuh

Mak Lagenda said...

Nampak meriah betul perhimpunan tu kan eza. Molek la bawak anak anak untuk semaikan semangat sayngkan negara

Denaihati said...

kalau dah perangai diaorang gitu, diaorang takyah datang lagis bagus rasanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012