AddMeFast

Klik@Lazada

nuff

Mood Hari Raya

Cikgu Iza | August 10, 2012 | 4 Komen |
Mood raya semakin membuak-buak bila melangkah masuk ke pejabat sekolah, bukan bilik guru ye.. Dekorasi di pejabat menambah rasa nak raya. Tambah-tambah dapat sms daripada kawan, mama terus online baca Sinar Harian, confirm kabinet 'bagi' cuti berganti tambahan pada Khamis, 16 Ogos nanti.  Masing-masing berbelah bagi sama ada suka atau sedih dengar berita gembira tu. Pada guru bujang yang dah beli tiket pada Jumaat, 17 Ogos dan pada guru yang suaminya cuma mula cuti pada Sabtu, confirm tak berapa nak suka dengar berita tu. Macam-macam manusia ni kan, dah diberi tak mahu pulak!

Sebenarnya, cuti tu cuti berganti, makna sekolah kena ganti pada Sabtu selepas cuti Raya nanti.  Bukannya cuti sebenar namanya.  Bayangkan nanti selepas Raua, kena kerja dari Isnin hingga Sabtu setiap minggu, tak ke haru? Cikgu2 pun biasanya ss sebab murid yang datang ke sekolah boleh dibilang dengan jari,.. Entah apa relevannya ganti pada Sabtu, mama pun tak berapa nak faham dah..

 
jangan pusingkan kepala, gambar memang 'mereng'
cantik tak pejabat sekolah.. ada aircond lagi
bilik guru? jom 'mandi sauna' kat bilik guru... x caya.. cubala sekali ...

 
Tu ler mesin perakam waktu datang sekolah.. yang lama dan sekarang guna yg baru dah...
yg kotak ada lampu ijau tu ler

 
ni borang skt yang akhirnya mama hantar je tak payah nak semak2 dah...

Sebenarnya, mood raya tak da le menggila2 sangat macam budak2 sambut raya.  Almaklum dah jadi mak budak, anak2 je ler yang didahulukan. Baju raya mama pun tak sehelai pun lagi dibeli, rasa2nya nak serbu Plaza Alam Central dan Kompleks PKNS Jumaat minggu depan, time semua orang balik kampung dah. Entah2 gerai jual baju raya pun dah bungkus kot? Tak pa, asal mama tak perlu bersesak2 nak pilih baju sudah. Kalau tak da baju, mama guna jer baju sekolah, kat kampung tak pakai lagi .. so baju raya juga ler.. 

ok la, entri merapu nak hilang tensyen ni
nak teruskan usaha mama siapkan majalah sebelum akhir tahun ni..
bak kata big boss.. kalau majalah x keluar selepas dia balik haji.. saya 'kenakan' puan x.. mama la tu!!
terkena ke mama?
 

4 comments:

melyssa_nadiea said...

sis...senget2 pale Mell tgk pic..hahahaa..rotate dulu laah :)

lia said...

sy x pernah ponteng sekolah wpon hari ganti dulu sbb sy suka sekolah... skng ni tgk adik, pelik awat la dia liat sgt nk sekolah hu3

QA's ~ mamapapa said...

uhuhu!!!mmg malas kn nk dtg gnti skolah hari sabtu :(
jmput follow kmbali :))

Wan said...

tu la pasal kan..kena ganti plak..huhu

Post a Comment

Komen mencerminkan diri kita. Segala komen yang ditulis diucapkan ribuan terima kasih. Jangan serik untuk menulis komen demi kebaikan bersama.

nuff

SantaiEmas

CK Free Auto Backlink My Ping in TotalPing.com Personal Blogs
best blogs

Babab Ping

My Love and Cute Kids © . Designed by MaisarahSidi.com