Pages

@aimaniman |

Raya 2012 vs Raya 2011

Seronoknya Raya 2012 ni. Kenapa... tentu mama ada sebabnya. Gambar 2012 vs 2011 ni menceritakan segala-galanya. Nampak lebih ceria dan lebih meriahkan gambar famili 2012 ni, tambah beberapa ahli baru buat abah dan mak iaitu 2 menantu dan seorang cucu. Tapi malangnya, menantu yang sorang lagi beraya di rumah emak dan ayahnya di Pandamaran, so tak lengkaplah gambar kami. Tapi sekurang-kurangnya lebih ramai ahli berbanding 2011 kann... Jom tengok gambar..

 Famili mama 2012

vs

Famili 2011

Semoga raya2 pada tahun2 yang akan datang semeriah dan segembira tahun 2012 ni, amin. Cuma raya tahun ni agak cacat kerana anak mama masuk hospital sebab jangkitan kuman di mulut. Kesian aiman, nak kenal yang mana satu? Foto 2012 di baris hadapan sekali, no 2 dari tepi yg pakai songkok tapi rambut serabai sebab takut potong rambut, dan foto 2011 yang pangku ngan neneknya..
Raya pertama aiman dah tak boleh nak makan apa2, asyik nangis jer... nasib baik ada doktor jai dan doktor rahimah, so mama tanya kat adik2 mama je le, dia orang kata bukan HMFD so mama lega. Tapi Raya kedua, ketiga keadaannya makin teruk. Mama bawa p Pantai, doktor kata kena masuk wad tapi mama minta tangguh sebab almaklum Pantai.. duitnya pun macam air di pantai... Esoknya mama p hospital biasa dan Raya ke-4,ke-5 dan ke-6 mama jadi penunggu wad...tapi alhamdulillah la sebab lidah aiman dah macam nak busuk... 
Bagaimana kisah Raya kawan-kawan yang sudi bertandang ke blog mama? Tentu banyak kisah suka duka kan... Raya 2012 memang banyak memorinya berbanding 2011 bagi mama,...

Sudah baca sila komen

8 comments:

eLL said...

wahhhh...tetap meriahhh

lia said...

raya... sentiasa tinggalkan memori kan...

Mia Liana said...

alahai kesiannya.. boleh sakit pula masa nak raya... tapi nasib sempat sembuh. boleh lah raya beramai2..

boni kacak said...

yelah. makin meriah raya tahun ni

munna said...

Meriahnya tahun ni raya ye Mama.... kesiannya Aiman.....

IFA Athirah said...

waaah..meriahnye

msredcheesecake said...

seronok ada family besar time raya ni...meriah...

MulutPayau said...

wahhh...meriahnya..

Salam Aidilfiti, maaf zahir dan batin...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012