Hot.. Soalan Percubaan SPM 2012

September 14, 2012

Mama pasti semua cikgu sedang berasap kepala menanda kertas percubaan SPM sekarang ni. Biasanya cuti hujung minggu tambah pula dengan bonus cuti pada hari Isnin memang ditunggu2. Namun, kali ni mama rasa cuti macam tak ada erti. Almaklum, bila cuti bermakna taska pun cuti. So mama akan menjadi 'ibu' sepenuh masa. jangan pulak salah sangka, mama tak mahu jaga anak sendiri yer... Tapi sebenarnya, mama tengah pening kepala macam mana nak siapkan menanda jika anak2 ada di rumah. Masing-masing nak menolong mamanya menanda sampai mama tak siap-siap menanda sebab banyak sangat pembantu... 
Mama pelik macam mana banyak pihak sekarang ni kata tugas cikgu mudah, masuk kerja pukul 7.30 dan balik pukul 2.. kerja pun sekerat hari je.. Siapa yang kata macam tu mesti dia tak ada ahli keluarga yang jadi cikgu tahun 2012 ni, mungkin cikgu tahun 70-an atau 80-an kot.. Tapi mama rasa cikgu dulu2 pun sibuk juga sebab mama tengok emak dengan abah pun sibuk menanda kertas exam kat rumah, cuma bezanya masa tu mama dan adik2 boleh bantu abah tanda kertas sebab abah tanda kertas bm darjah 1... kacang beb. Tapi la ni... mama kena menda trial exam SPM, semua esei ooi... pening betul ni, siang malam mengelek kertas tapi tak siap2 juga...
Ok lah, tqvm la sebab sudi membaca rintihan mama ni. Kalau tak dalam blog ni, mama tak tahu kat mana nak merintih, nak menjerit.. takut orang kata tak siuman so 'menjerit' sorang2 dalam blog je ler... Cuma alhamdulillah sebab satu tugas mama hampir siap,.. alaa entri mama tentang baby inersia.
 taraa... akhirnya hantaran terakhir.. hantaran ke-4 minggu lepas...

Bila dah selesai buat hantaran bahan untuk Inersia ni, mama bolehlah tumpukan perhatian pada kerja menanda kertas exam pulak... Lepas tu, pening kepala fikirkan macam mana prestasi bakal calon SPM tahun ni pulak kan.. Mama rasa semua cikgu tingkatan 5 menghadapi dilema yang sama. Tentu semuanya tengah sibuk mencari bahan untuk digunakan sebagai latihan terakhir menjelang SPM. Jom kita download kertas trial exam negeri-negeri lain?

blog cikgu taufiq ni lengkap dah tapi kena download guna 4shared, cam ne yer?
Mama dah upload file mama untuk download file 4shared tapi x leh, sapa sudi ajar mama...
*** opps semalam mozilla kong sbb tu x boleh, dah pandai dah..

Mama berharap sangat2 ada pembaca entri ni yang boleh ajar mama cara nak download file 4shared tu, sebab mama tekan butang download tak keluar pun fail yang nak didownload tu laa.... *** dah boleh dah.. sonang jer Almaklum, semua cikgu SPM tentu nak kertas trial exam BM SPM dari Kelantan dan Terengganu dengan skema sekali kan... kat blog cikgu Taufiq ni dah lengkap, tapi x reti plak nak download, kesiannya mama.... *** dah settle dah 

Ada satu blog lagi, kira ok la sebab mama dah download kertas dari Kedah, Perak, Pahang dan Pulau Pinang sebab 4 negeri ni je yg dah lengkap dgn skema... soalan Kelantan dan Terengganu, SBP dan MRSM pun dah ada tapi belum ada skema plak.... So pada cikgu dari negeri2 tu, kalau rajin, bolehlah emel pada mama, nanti mama emel soalan Selangor plak, tukar2 kan.... 

kredit untuk cikgu ni....Download kat blog cikgu ni

Panjang entri mama kali ni,... rasanya entri terakhir untuk minggu ni, almaklum hujung minggu nb kena berehat.. Mama harap sangat2 dapat kertas exam dari Kelantan dan Terengganu tu, kalau ada nanti mama bagi alamat emel mama yer,... Babay, selamat berhujung minggu, selamat menyambut ulang tahun kelahiran Malaysia dan selamat menanda kertas.....

x jadi le nak tepek emel sebab dah reti 4shared file tuh..

You Might Also Like

3 Comment

  1. haha teringat zaman nak SPM dlu. sibuk dok kumpul soalan dari negeri lain

    ReplyDelete
  2. Wahh mcm2 dh ada sekarang ni.. nak tak nak je kan? ^^

    ReplyDelete
  3. singgah blog saya...complete SPM trial 2012 paper...tq
    http://sagadbl.blogspot.com/

    ReplyDelete

Komen mencerminkan diri kita. Segala komen yang ditulis diucapkan ribuan terima kasih. Jangan serik untuk menulis komen demi kebaikan bersama.

PING

CK Free Auto Backlink My Ping in TotalPing.com Personal Blogs
best blogs

Popular Posts

Blog Archive

Labels