Offer @ Lazada

>

nuff

Kes Samsung Vs Apple

Cikgu Iza | September 03, 2012 | 9 Komen |
samsung disaman apple
Instagram  : Siapa kurang bijak Samsung atau Apple

Kisah Samsung dan Apple ni mengingatkan mama dengan kisah semasa di universiti dulu. Mama teringat bagaimana bersusah payahnya budak-budak perempuan pergi semua kuliah, pergi semua tutorial, buat assignment, cari bahan dan semua benda dengan harapan agar mendapat keputusan cemerlang. Beza pulak dengan pelajar lelaki, malas pergi kuliah, malas salin nota, malas pergi tutorial, malas buat assignment  tapi mereka 'work smart'.  Dengan muka seposen dan daya menggoda 100%, mereka berjaya membuatkan pelajar perempuan yang rajin tu cair lalu membenarkan assignment mereka di'salin' atau yang lebih buruk membenarkan diri mereka 'membuatkan' assignment untuk sang lelaki. Akibatnya? Kebiasaannya le, markah pelajar lelaki akan lebih baik kerana asignment mereka telah ditokok tambah sedangkan tidak untuk pelajar perempuan. 
Perkara yang sama juga berlaku pada Apple. Kita boleh ibaratkan Apple ni 'perempuan yang rajin dan bijak' sedangkan Samsung 'lelaki yang pemalas tetapi work smart' dan hasilnya.. Galaxy Tab, Note, S2, S3 dan lain-lain yang lebih murah tetapi secanggih iPod, iPad dll.  Kesimpulannya, siapa lebih bijak, Apple atau Samsung?  Kalau nak kata Samsung bijak meniru, tidak pada mama kerana mereka bukan meniru bulat2 tetapi menokok tambah dan itu bijak namanya.  Sorrylah Apple sebab mama hanya mampu guna produk Samsung jer...
Sebenarnya, budaya menerima ni kita dah tanamkan pada anak2 kita sejak kecil zaman berzaman.  Jadi, jangan marahlah jika apabila mereka dewasa budaya hanya mahu menerima tak mahu berusaha ni tertanam subur dalam diri anak-anak kita. Tak percaya? Lihat gambar-gambar ni.

duit raya
Kakak Iman menerima duit raya

Yaya terpinga-pinga tak tahu kenapa dia juga diberi duit...
Budaya memberi duit raya... Siapa yang tak suka menerima duit raya, murid-murid sekolah mama yang dah jadi 'budak expired' tu pun merengek-rengek nak duit raya.  Tapi, alangkah manisnya jika anak-anak kecil ni tahu kenapa mereka harus menerima duit raya.  Misalnya, Kakak Iman dapat duit sebab manis bertudung.. Tentu lain kali kakak akan suka bertudung kerana jika bertudung akan dapat duit. Lama2 tentu kakak terbiasa bertudung, kan.  
 
 So, budaya menerima bersebab perlu kita hidupkan dalam diri anak-anak 
agar jangan jadi macam mr Samsung nak terima jer...
Published with Blogger-droid v2.0.8

nuff

SantaiEmas

CK Free Auto Backlink My Ping in TotalPing.com

Babab Ping

My Love and Cute Kids © . Designed by MaisarahSidi.com