Susu Kangkang

September 28, 2012

gelapnya..

pun gelap tapi jelas sikit kangkangnya..

Sori gambar tak jelas sebab kalau nak ambik gambar orang terkangkang kena la dlm gelap! Ok.. ni bukan entri 18sx yer.. 
Yaya ni memang susah sangat2 nak disuruh tido.. malam sampai sejam mama popok dia br terlelap apatah lagi kalau siang. Gambar ni mama amik siang ahad semalam. Semua orang tak caya Yaya tertidur sampai abang Syami gelak2kan adik dia yg tertido. Lepas tido je botol susu pun x larat nak angkat sampai dibiarkan di celah kelengkang. Bukan mama x mo ambik tp kalau diganggu sah sah Yaya terjaga jd biarkan je dia minum susu kangkang.. lg pun kangkang dia juga kannn..
Mama teringat kisah susu kangkang sebenar. . perempuan berjubah sengaja mengubahsuai dalam jubah tu supaya boleh disorokkan susu di celah kangkang mereka!. Almaklum susu tepung bayi sekarang punya le mahal.. jadi banyak yang ambil kesempatan. Tak payahlah pikir bab halal haram.. tp kan kalau susu tu bukan untuk dijual tapi untuk diberi pd anak.. sanggupke kita berikan benda haram yg akan jadi darah daging sianak. Patutla ramai anak yg x menjadi kerana soal rezeki halal x diutamakan. Bukan tu je.. yg mama geram ni sipembuat susu kangkang ni gunakan jubah..pakaian Islamik utk menjalankan operasinya.. Takut2 lepas ni ramai yg pandang sinis kat pompuan berjubah.. takut2 geng susu kangkang! 
Pastu.. siapa tengok M3 malam sabtu .. Mazidul menemuramah perempuan bertudung labuh bangsa asing yg meminta sedekah.. bila ditanya agamanya.. dgn toye ppn tu kata dia free thinker! Ni satu lagi taktik dia org nak memburuk2 kan Islam kan..

ok lee.. susu kangkang Yaya dah terjatuh mama nak sumbat plak dlm mulut dia...
Sebenarnya, ramai yang 'benci' dengan geng susu kangkang ni sebab menjejaskan imej Islam. 

Sesiapa yang masih tak tahu kisah geng susu kangkang ni boleh baca di sini. harap2 lepas ni tak ada lagi kisah susu kangkang yang memalukan betul. kalau botol susu di kelengkang tak pa,.. maacam Yaya kan...

 kredit : susu kangkang


Published with Blogger-droid v2.0.8

You Might Also Like

3 Comment

  1. ingat susu kangkang ni mcm nasi kangkang.. erm.. ada ek susu kangkang???

    ReplyDelete
  2. HIHIHI ..

    EH .. FIRST TIME DGR GENK SUSU KANGKANG ,,

    ReplyDelete
  3. haish.. macam2 la dorang ni... sabar je la...

    ReplyDelete

Komen mencerminkan diri kita. Segala komen yang ditulis diucapkan ribuan terima kasih. Jangan serik untuk menulis komen demi kebaikan bersama.

PING

CK Free Auto Backlink My Ping in TotalPing.com Personal Blogs
best blogs

Popular Posts

Blog Archive

Labels