Pages

@aimaniman |

Tayang Punggung Ammar vs Inul

Hai Ammar....
 
Kasihnya ibu dan ayah..

Walaupun kisah ni dah lama, Malaysia pun dah seminggu menyambut ulang tahun kemerdekaannya yang ke-55, tapi mama  tetap mahu bercerita tentang kisah ni. Kisah Ammar dan ibu bapanya. Ingat lagi tak waktu kecil2 dulu, kalau seluar terlondeh, kalau nampak punggung selepas terkencing, siapa yang pakaikan semula seluar kita? Tentu mak atau abah kita kan. Kisah Ammar ni pun seakan-akan serupa, apa taknya.. selepas terlondeh seluarnya.. ibu bapanya lah yang 'memakaikan semula seluarnya' dengan memohon maaf secara terbuka dan mengembalikan maruah diri Ammar. Betapa besarnya jasamu, ayah dan ibu. Bagi Ammar, mama berharap beliau menghargai segala pengorbanan ayah dan ibunya itu.  Demi masa depan Ammar, mereka sanggup mengetepikan rasa malu,.. bagi mereka, Ammar masih anak mereka yang 'kecil' yang masih wajib dibantu...
Sebenarnya, kisah Ammar ni menonjolkan betapa kurang matangnya anak-anak muda Malaysia masa kini. Mungkin bagi Ammar, tayang punggung dan londehkan seluar bukanlah isu besar kerana Inul dan ramai lagi penari dangdut menayang pinggul mereka di khalayak ramai. So, apa salahnya bagi Ammar untuk menayang punggungnya. Cuma, punggung Ammar ditayang kepada pemimpin nombor 1 Malaysia sedangkan pinggul Inul ditayangkan kepada sejuta mata orang biasa. Kesian Ammar, sebab 'tidak diberitahu pada Inul bahawa tayang pinggul tu salah.., maka Ammar si 'lurus bendul' ni pun menayang punggungnya. Lawak kan?
Pengajarannya, kita sebagai orang tua, sebagai guru, sebagai masyarakat, dan yang utama sebagai pemimpin perlu sentiasa menyedarkan dan menasihati 'anak-anak kita' dan jangan anggap mereka 'sudah tahu' dan 'sentiasa ingat' apabila sekali diingatkan. Rakyat, terutama remaja perlu 'dipimpin' bukannya 'dicap' sebagai penjenayah dek 'kebodohan' mereka. Sebab tu tugas guru bukannya mudah, hari ni ajar, sepuluh minit lepas tu lupa... tapi insyaallah guru tak akan berputus asa untuk terus mengajar dan tak akan menggelar anak didiknya 'bodoh'. ..... Renung-renungkan...

Murid:  cikgu, kenapa tak boleh hisap rokok, cikgu x kan hisap kat bengkel? 
Jangan seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus kay...
Published with Blogger-droid v2.0.8

Sudah baca sila komen

9 comments:

aimaniman said...

opps... tajuk jer sensasi tapi isi penuh pengajaran.. pelik 'busuk' pun tolak entri mama, ...

nur anis said...

itulah..mak ayah hantar masuk belajar tinggi-tinggi..tapi anaknya?

Everything's Everythings said...

Haii nauzubillah.. berapa ramai lgi remaja yg teruk perangainya di luar tu kn? harap mereka ni semuanya sedar..

boni kacak said...

bila terlampau ikutkan perasaan..

Denaihati said...

sendiri salah sendiri tanggung, pengajaran untuk orang lain juga...

MamaEma said...

jiwa remaja...tak fikir buruknya.

Mak Lagenda said...

Masa2 remaja mcm ni,mmg tak pikir jauh ke depan. Yg nmpk hnya zahir je..

Dee said...

kesian mak bapak..anak2 zaman skrg tolong pikir pjg sket eh..

NASZ said...

terbaik. saya suka gaya penyampaian cite ini. Biar terkesan di hati mereka.

From,

Nasz

MOHD NASER.COM

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012