Pages

@aimaniman |

Hot:Soalan Ramalan SPM 2012


Pejam celik pejam celik, tinggal +- 10 hari saja lagi menjelangnya SPM 2012. Tentu calon SPM 2012, ibu bapa, malah guru-guru berasa tak senang duduk masa ni. Sudah cukup ke bekalan yang diberikan kepada anak-anak murid? Peperangan kali ni bukan peperangan kecil seperti PMR dulu, peperangan kali ni umpama hidup dan mati. 

spm2012
Laman web yang bermanfaat untuk calon spm 2012

Tentu ramai calon SPM 2012 yang tercari-cari koleksi soalan percubaan SPM 2012, analisis soalan percubaan dan banyak lagi. Jomlah melakukan lawatan sambil menyinggah di website BMSPM.net ni. Mama memang ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pemilik website ni atas daya inisiatifnya untuk membantu para calon SPM 2012. Sesiapa calon atau guru BM SPM yang belum melawat website ni, mama harap, tolonglah ke sini.


analisis soalan spm 2012
analisis soalan spm 2012

Memang berbaloi-baloi jika kita masuk ke website ni kerana terdapat juga perbandingan analisis kekerapan soalan dan isi-isi penting untuk setiap soalan karangan dalam peperiksaan percubaan 2012 setiap negeri. Terima kasih kepada mama effa atas bantuan dan sokongan.

ramalan bm spm 2012
Soalan Ramalan SPM 2012


Maka banyaklah orang yang mencari-cari website ramalan seperti ini. Jika banyak permintaan maka penawaran pun perlu bertambah, oleh itu banyaklah tok nujum yang menjaja ramalan masing-masing. Kepada calon-calon SPM, terutamanya bagi yang study last minute tu, nak percaya akan ramalan tok nujum ni boleh, tapi usaha dan ketekunan juga perlu ada. Tak salah nak percaya, tetapi jika kita hanya tumpukan pada soalan ramalan sahaja, tiba-tiba soalan tersebut tidak keluar, siapa yang merana di dewan peperiksaan nanti. Sebenarnya, bulan tidak jatuh ke riba dan kesenangan tidak datang bergolek. Selidikilah kejayaan dan kemerlangan calon-calon SPM terdahulu : berkat usaha, ketekunan, study dari awal, hormati guru dan ibu bapa dan banyak lagi dan yang pasti tiada kunci kejayaan mereka atas dasar 'study last minute'.  Mama bukan menakutkan, pada anak-anak murid mama yang baru sedar dari lamunan, teruskan usaha, lebih baik berusaha daripada langsung tidak mencuba. "tuah ayam nampak di kaki, tuah anda mungkin result cemerlang dalam SPM 2012, insyaallah....


Published with Blogger-droid v2.0.8

Sakitnya Melahirkan Hanya 20


Proses kelahiran yang amat menakjubkan. Daripada seketul darah, akhirnya terbentuk janin yang kita 'kendong' ke hulu dan ke hilir tanpa rasa jemu, tidak pernah sekali pun kita 'tinggalkan' walaupun hanya sesaat. Walaupun naik tangga ke tingkat 4, walaupun meredah hujan lebat, walaupun mengharungi paya dan lecak, .. kandungan yang sarat itu kita tetap bawa bersama.  

cantik juga body tu..

Pandang ke cermin, daripada body yang langsing menjadi... ??? tapi body itulah yang kita bawa, yang kita tunjuk pada semua orang selama 9 bulan 10 hari tu.  Walaupun nampak 'tak cantik' tapi itulah body yang 'tercantik' yang sebenarnya tidak semua wanita 'bertuah' memilikinya..

akhirnya kaudilahirkan.. Yaya sayang 2 tahun 19.10.10

Yaya mahu kekal sihat, anda mahu??

Setelah puas bertarung nyawa, meneran dan dicucuk belakang mama untuk mengeluarkan Yaya, akhirnya baby mama selamat dilahirkan walaupun menerusi 'tingkap' tapi sakitnya sama saja seperti ibu-ibu yang melahirkan normal.  Sepanjang proses mengandung saja, mama diuji dengan pelbagai masalah seperti darah cair sehinggakan kena 9 x cocok di punggung untuk tambah darah, kena chek gula setiap 3 jam sekali, terpaksa menahan makan agar kadar gula x tinggi dan  macam-macam keperitan lagi.  Namun, setelah Yaya lahir, semua beban tu seperti 'hilang' begitu saja.  Namun, tak seperti ibu-ibu lain, mama di'halang' untuk berjumpa Yaya. Kisah Yaya sewaktu dilahirkan baca di sini.  Yaya dapat Note murah di sini.

hanya 20??

Bila baca kisah RM20 ni, hati mama amat tersentuh.  Mama pun 'kurang' masa bersama-sama anak-anak.  Mama lebihkan masa di sekolah dengan pelbagai aktiviti, sedangkan anak-anak mama 'membesar' sendiri.  Pagi pukul 7 mama hantar, pukul 6.30 petang baru mama ambil.  Mama tak mahu kisah di atas terjadi kepada mama. Mama tak mahu anak-anak mama 'membeli' masa berharga bersama mereka!

mata pendrive lagi tajam ...

Memang betul, kalau orang nasihat mungkin mama buat tak kisah.  Sebenarnya mak mama banyak kali dah 'tegur' tentang 'kesibukan' mama, tapi mama buat endah tak endah saja. Namun, setelah membaca di FB, hati mama tersentuh. Kalau dulu, dikatakan 'mata pena lebih tajam daripada mata pedang' tapi kini, 'mata pendrive lagi tajam'...


Published with Blogger-droid v2.0.8

Wifi percuma!

Rindu rasanya nak update blog tapi apakan daya.  Siapa ada menghadapi masalah sama? Gambar di bawah ni menjelaskan sega-galanya..

wifi percuma macam tak ikhlas je


bacalah sendiri...

Mama frust betul kerana apabila nak update blog pada Isnin, tetiba je Google buat hal. Mama tak pastilah jika orang lain menghadapi masalah yang sama. Masa tu, nak edit tak boleh, nak upload gambar tak boleh, nak update guna note pun tak boleh. Akhirnya, mama pasrah dengan bw ke blog orang lain je. Tu yang mama tak sangka, hasil bw tu.. komen pada entri terakhir ni  mencecah 23, rekod baru tu!.  Malu je kerana blog orang lain komen beratus-ratus tapi komen di blog mama dapat mencapai 23 tu pun mama dah berasa bangga betul.
Hari Selasa, mama nak update blog timbul pula masalah baru. Bukan kerana Google dan bukan kerana line Unifi. Tapi kerana wifi percuma ni.  Semenjak sekolah mama mendapat kemudahan wifi percuma, mama pun memberhentikan Broadband Celcom mama. Jadi, sekarang ni, mama hanya berblog menggunakan wifi di sekolah dan Unifi di rumah, tak lagi berberok band. Kalau jalan-jalan di luar, mama guna Note la. Alkisahnya, semalam... sewaktu nak update blog, tiba-tiba je keluar paparan macam dalam gambar di atas. Frustnya mama kerana wifi percuma tu hanya untuk melayari website berkaitan dengan kerja je. Contohnya, website SAPS untuk keyin markah. Sedihlah mama kerana wifi percuma tapi tidak ikhlas rupanya?
Hari ni, mama cuba lagi masuk ke blog. Lega bila paparan 1 Bestari.Net tu dah tak ada.  Tak ada seterusnya atau sementara je? Mama pun apa lagi, terus je update blog yang dah nak bersawang ni.  Pengajarannya, kalau nak bagi percuma tu, bagi la percuma sepenuhnya jangan nak had-hadkan pada website tertentu saja. Bukan ke maklumat di hujung jari ni tanpa sempadan. Kalau 'orang lain' baca, malu 'kita' nanti. Macam mana nak tingkatkan mutu perkhidmatan awam ke taraf dunia, jika kemudahan wifi pun disekat-sekat? Buat gelak orang jer...
jom download jadual spm 2012  / 

Pantai Remis yang hamis..

Siapa pernah pergi ke Pantai Remis? Kalau penduduk sekitar mungkin pergi berulang-ulang kali, tapi jika kita yang duduk berjauhan, nak datang lagi ke?


Keciknya .. dah form 5 ke??

Dalam entri ini, mama ada ceritakan kisah yang membawa mama ke Pantai Remis.  Kalau tak kerana Kem Gemilang SPM ni, mungkin mama pun tidak pernah sampai ke Pantai Remis walaupun dah masuk 6 tahun mama bermastautin di Selangor ni. Jumaat malam Sabtu, mama dah ke sana bersama abah dan anak-anak untuk meninjau2 'keindahan' Pantai Remis dan mendengar deruan serta hempasan ombak di sana. Selepas Bandar Kapar, mama rasa cuak juga sebab Pantai Remis tak muncul-muncul sedangkan hari dah semakin malam. Jadi, abah berhenti di stesen minyak untuk bertanya dan menurut pekerja di situ, Pantai Remis 6 batu dari situ, selepas Stesen Petronas. Agak-agaknya, lebih la daripada 6 batu sebab terasa jauhhhhh sangat-sangat.  

Alamak, SPM tahun ni keluar Bacaan Bestari ke?

Sampai je di Pantai Remis, perut dah berbuny-bunyi.  Adalah 3 buah restoran di sekitar Pantai Remis tu, tapi abah memilih restoran mula-mula sebab abah bertanya dengan pekerja di situ kat mana Kem Warisan Sembilang.  Rupa-rupanya di sebelah saja!.. Mula-mula masuk, memang mulut anak-anak mama ni tak ada insurans langsung la, malu sangat mama kerana macam tak ajar anak-anak beradab. Syami kata "bau busuk..bau busuk..busuk sangat la mama" semasa mula-mula masuk ke dalam restoran tapi mama buat-buat tak dengar saja. Bila duduk, mama pun mulalah meng'order' macam-macam menu.. nak siakap 3 rasa, nak tomyam campur, nak sup tulang, nak... semua tak ada!.. yang ada ialah kerang bakar dan menu berbakar saja!. Mama pandang sekeliling, memang rata-rata setiap meja ada kerang bakar, mungkin restoran ni terkenal dengan kerang bakar kot? Hendak tak hendak, mama pun layan kerang bakar, anak-anak makan sate, dan abah kueh tiaw goreng.. alahhaiiii...

Calon SPM 2012 SMKBBSS..

Wajah muram.. atau ceria ni?

Tak banyak gambar semasa Kem Warisan Gemilang tu mama snap kerana memang sudah ada AJK bahagian dokumentasi.  Gambar-gambar ni pun mama kidnap daripada FB anak murid mama.  Memang dah perangai budak-budak ni, time posing di tepi pantai punyalah gembira tetapi apabila di dalam dewan melakukan perbincangan, wajah semuanya muram durja.

Antara gerai jualan di pantai Remis..

opps lala tu kencing mama..

Antara gerai yang terdapat di pantai Remis. Tak banyak gerai sebenarnya, adalah sebaris gerai diperbuat daripada kayu yang tak berapa nak 'sihat' dah keadaannya!.Mama hairan sebenarnya, kerana kenapalah pusat peranginan seperti Pantai Remis ni dibiarkan 'hamis' dan macam pantai tinggal saja. Anak mama yang baru berumur 4 tahun pun dah tahu nak menilai keadaan di situ, apatah lagi jika ada pelancong lain yang ke sana.  Betapa malunya kita kan? Suatu masa dulu pantai Remis ni pernah cantik ke? Mungkinkah tiada usaha menaik taraf kemudahan dek perubahan pentadbiran 5 tahun lepas? Ataupun memang Pantai Remis terkeluar daripada senarai perancangan untuk dimajukan sebagai destinasi pelancongan? Kesian Pantai Remis yang hamis....


Published with Blogger-droid v2.0.8

Kem Warisan Sembilang : Sabtu pun kerja!

Yahoo, Jumaat!... Bermakna esok dan esoknya cuti, tapi weekend cuti ni rasanya dah lama dah tak merasa lagi.  Entah siapa yang kata kakitangan kerajaan cuti Sabtu dan Ahad? Silap yer,..


Esok mama akan berkampung di Pantai Remis.  Sebenarnya, banyak guru lain yang sudah berkampung di sana sejak malam ni lagi, tapi slot mama cuma esok pagi, jadi mama ke sana pagi2 esok la.  Jadi, kalau terfikir nak mengendur-ngendurkan ketegangan urat sana-sini dan menenangkan fikiran bersama-sama anak2  weekend ni, lupakan saja yer.  Demi 'anak-anak' didik, ibu-ibu dan bapa-bapa guru ni berkorban masa dan tenaga kami demi kecemerlangan 'anak-anak' didik. Kecemerlangan anak-anak sendiri? Masa berharga bersama anak-anak sendiri? Akibatnya, anak-anak dilayan dan diasuh oleh pengasuh saja.  Jika dapat pengasuh yang berjiwa keibuan, syukurlah tetapi jika sebaliknya? Tapi mama dan semua guru lain mesti sudah dibekalkan dengan prinsip "kita ajar anak orang 100% ,..insyaallah anak-anak kita akan diajar dan diasuh oleh orang lain 100% terbaik juga".  Kata-kata azimat ni sering diterima pakai tapi sejak akhir-akhir ni anak-anak cikgu bukan lagi 'kebal' daripada masalah sosial dek ibu bapa mereka yang sentiasa sibuk. Kalau dulu orang nak berkahwin dengan perempuan yang jadi cikgu kerana apabila jadi ibu nanti banyak masa mengasuh anak sendiri, tapi betulke fenomena ni sekarang? Hari-hari balik paling awal pukul 5 dan weekend kebanyakannya ada aktiviti, malah mulai 2013 guru-guru akan dihantar berkursus pada Sabtu dan Ahad iaitu bukan pada hari sekolah agar tidak banyak kelas yang tertinggal.  Kelas tak tertinggal, tapi anak-anak kami? Tu yang ibu-ibu tak sedar, tiba-tiba anak-anak dah besar rupa-rupanya!!

kredit kepada sumber

Agar tidak terlalu tensyen dengan beban kerja, mama bersyukur dapat jumpa dengan gambar di atas.  Mama buat kerja sekadar termampu kerana itulah daya dan kudrat mama.  Justeru, jangan fikir apa-apa pandangan orang lain tapi yang penting persepsi kita terhadap diri kita. Kalau bukan kita, siapa lagi yang nak memuji ciptaan Allah ni kan.  Bukankah manusia merupakan ciptaan Allah yang paling tinggi darjatnya kerana dikurniakan akal dan fikiran yang mebezakan manusia dengan haiwan?..

cerita di kem? tunggu update nanti..
Published with Blogger-droid v2.0.8

Oh, MyUnifi!

Hari ni, mama nak cerita tentang Unifi lagi. Hampir dua minggu dah mama menggunakan Unifi, perasaan rindu pada ex-boyfriend mama semakin menebal. Timbul rasa menyesal kerana mudah sangat melupakan jasa ex-boyfriend lalu menduakannya. Perkenalan hanya beberapa hari membuatkan mama mudah berpaling tadah! Kisah boyfriend baru ni boleh dibaca di sini.

baca komen JKKK fan club ni..

Walaupun JKKK fan club ni FB kumpulan yang tidak berpuas hati dengan kerajaan yang dipilih oleh rakyat pada PRU 12 lalu, namun tidak semua kenyataannya kita boleh tolak mentah-mentah. Tak salahkan kalau kita ambil pandangan daripada semua pihak, sebab tu mama suka membaca pandangan daripada pihak yang pro dan anti kerajaan pilihan rakyat pada PRU 12 yang lalu ni. Antara kenyataannya yang pada mama boleh diterima pakai ialah yang mama prtSc kat atas tu.  Mama juga menghadapi masalah yang sama.  Semasa bersama ex-boyfriend aka mr streamyx 110, mama tidak pernah menghadapi masalah yang sama. Pendek kata kalau nak layan FB tu, tekan je memang masuk punya. Tapi malangnya, apabila bersama boyfriend baru aka mr unifi, kejadian macam kat bawah ni berlaku. Mama cuma mampu bertahan untuk prtSc selama 6 minit saja, tapi sebenarnya sampai ke pukul 7 pun mama tak dapat masuk FB semalam. Memalukan betul kan?

mama cuba masuk FB dari note.. masa : 6.13 petang

pukul 6.19 masih tak boleh masuk dan tetap tak boleh masuk pun...

Satu lagi yang mama kurang puas hati, servis selepas pemasangan begitu buruk.  Apa taknya, hampir setiap minit?? mama dihujani dengan panggilan telefon oleh TM, tak kiralah waktu bekerja atau pada waktu petang. Yang mama hot, sewaktu dalam kelas pun telefon berbunyi, dan mama memang tak layan pun. Sebenarnya pihak TM tu mahukan salinan IC mama untuk tujuan audit.  Mama kata mama tiada mesin faks dan scanner mama dah masuk gol, jadi mama tak dapat nak e-mel ic tu. Mama minta untuk dihantar ke TM Port Klang iaitu TM berdekatan dengan rumah, namun sipemanggil mahukan mama berurusan dengan TM Sungai Bertih, Klang. Mama heran TM ni tak boleh ke saling memudahkan urusan pelanggan.  Bukan mudah nak ke Kelang sedangkan di Port Klang pun ada TM.  Atau, petugas TM yang berjaya meyakinkan mama untuk melanggan Unifi ni tak mahu petugas lain yang 'dapat nama'? Almaklum, mungkin mereka mendapat bonus jika berjaya menarik lebih ramai pelanggan kot.  Mama teka saja kerana sebelum mama kata ok pada Unifi, hampir setiap jam juga orang TM call mama nak terangkan kelebihan Unifi.  Bila mama kata mama dah langgan... dia bolayan dan hentikan talian. Isshhh...

logik ke.. guna Unifi tapi nak download soalan guna Scribd asyik pusing macam tu je!!

Setakat ni mama cuma download soalan sahaja, almaklum SPM 2012 dah semakin dekat.  Mama belum lagi ukur prestasi boyfriend baru mama aka mr unifi ni untuk download filem.  Rasa-rasanya, mampu ke boyfriend baru mama ni memuaskan kehendak mama?.. Kepada siapa mama mahu merintih, nak tinggalkan boyfriend baru ni, mama kena tebus talak RM200 tau sebab mama ada kontrak dengannya.. sedey...



Published with Blogger-droid v2.0.8

RPT Bahasa Melayu Tingkatan 4 2013

Hujung tahun ni tentu ramai guru yag tercari-cari Rancangan Pelajaran untuk tahun 2013. Mama ditugaskan untuk membuat RPT Bahasa Melayu Tingkatan 4. Jadi pada rakan blogger yang mahu memuat turun RPT tersebut bolehlah dapatkannya di sini. RPT ni mama belum edit berdasarkan takwim 2013 kerana tarikh peperiksaan belum ada lagi. Selamat memuat turun ye...

Kepada rakan-rakan yang 'bernasib baik' terpilih untuk memurnikan Buku Pengurusan Sekolah untuk tahun 2013 boleh juga memuat turun 11 Anjakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Mama taip semula tau anjakan tersebut dan ringkasan PPPM tu kerana jika fotostat daripada bahan yang dimuat turun daripada laman PPPM tentu tak jelas kerana bahan asal berwarna dan fail PDF yang tidak boleh diedit. Masa menaip tu, mama kata pada kawan-kawan mama "semua orang akan muntah apabila baca ni nanti".. Sebab apa? Kalau nak tahu, baca 11 anjakan PPPM tersebut.  Mama berharap agar PPPM ni bukan indah khabar dari rupa saja.  Antara sedutan daripada PPPM yang memuntahkan isi perut nanti ialah :

-          Memastikan guru memberikan fokus ke atas fungsi teras pengajaran mulai 2013 dengan 
mengurangkan beban pentadbiran

B   Bukan mustahil, tapi macam tak percaya je. Tapi kalau betul-betul berlaku, alhamdulillah la. Tak perlu lagilah mama menaip Buku Pengurusan ni, menaip Sijil Berhenti pelajar Tingkatan 5, menaip surat akuan pelajar dan banyak lagi kerana kesemua beban pentadbiran ni akan 'dikurangkan'?? 




Dah tengok soalan novel BM PMR 2012?  Tentu banyak cikgu yang cuak, kalau calon PMR tak pastilah lagi kerana calon PMR sekolah mama macam tak kisah je. Tak kisah kerana memang tak terkejut atau tak kisah kerana tak perasan pun. Cikgu-cikgu yang mengajar PMR berasa cuak kerana murid tidak diberikan pilihan novel untuk dijawab!.  Kebiasaannya, murid diberi peluang untuk memilih sama ada novel tingkatan 1, 2 atau 3. Tapi PMR 2012 hanya novel tingkatan 2 sahaja yang keluar!. Bayangkan jika murid hanya tumpukan perhatian kepada novel tingkatan 3??? Tepuk dada tanya selera laa... Mama pun cuak juga kalau-kalau soalan SPM pun macam tu.  rata-rata murid 5B dan 5K memilih novel tingkatan 4 iaiatu Papa.. akhirnya Kautewas jua.. tapi jika hanya novel Konserto Terakhir yang keluar??? Fuuiihh berpeluh mama,.. Lagipun soalan SPM tahun lepas tiada soalan perbandingan novel untuk soalan 4 bahagian B kerana isu Interlok. Tapi tahun ni, zon Selangor dah menggunakan Konserto Terakhir sebagai novel tingkatan 5, sepatutnya tiada isu untuk tidak boleh menjawab.  Tapi biasalah murid-murid ni, mereka suka yang mudah, mereka suka yang senang dan mereka suka cerita yang dekat dengan mereka. Intan Julia dan Rasylan dalam novel Papa.. merupakan remaja lepasan SPM sedangkan Hilmi dalam Konserto Terakhir merupakan watak miskin dari kampung yang ketinggalan dalam pelajaran. Jadi tentu sahaja kisah Intan Julia lebih dekat dengan hati murid-murid mama. Tapi soalan SPM tetap SPM, jadi sebagai langkah SELAMAT.. tolonglah baca kedua-dua novel ye... tolooonnggggg..


Panjang  entri mama kali ni. Jangan pula bosan nak baca ye. Kalau bermanfaat bolehlah dikongsi bersama terutama pada rakan-rakan guru. Pada anak-anak murid mama, ingat pesan mama ye... kita bersama-sama berusaha kerana tanpa usaha kejayaan tidak datang bergolek ok...

Trial SPM 2012 MRSM & Kelantan Download Sini

Tentu banyak guru SPM yang tercari-cari soalan Percubaan SPM dari Kelantan dan MRSM. Memang agak sukar untuk mendapatkan soalan dari kedua-dua negeri dan sekolah ini. Almaklum, banyak orang kata soalan Kelantan ala-ala soalan SPM sebenar.  Soalan MRSM pula boleh digunakan untuk menilai kemampuan sebenar calon SPM sekolah masing-masing kerana tentu sahaja soalannya agak mencabar.  Apabila calon SPM sekolah kita mampu menjawab soalan MRSM, tentu saja kita dapat mengukur kemampuan sebenar mereka.  Jadi, pada sesiapa yang ingin download soalan percubaan tersebut, bolehlah dapatkannya di sini.






Buat pengetahuan semua, muat turun ni hanya untuk soalan percubaan SPM Bahasa Melayu sahaja.  Kredit mama ucapkan kepada laman ini kerana berkongsi soalan Percubaan SPM 2012 semua negeri.  Jomlah ke laman web Bahasa Melayu SPM selepas muat turun soalan di blog ni ye.  Harapan mama agar semua calon SPM 2012 mampu melakar keputusan yang cemerlang.  Para guru hanya mampu berusaha apa-apa sahaja demi kecemerlangan para pelajar, namun usaha ini tidak mungkin berjaya tanpa komitmen dan kesungguhan jitu daripada semua calon SPM 2012.

Mama doakan semua calon SPM 2012 SMKBBSS
terutama murid 5b & 5k memperoleh kejayaan cemerlang..

Masterchef Malaysia 2 : Komen Pedas

Masterchef Malaysia sudah masuk musim kedua tapi seingat mama inilah kali kedua juga mama mengikuti Masterchef Malaysia 2 ni. Kali pertama semasa juadah untuk para pelajar di Sekolah Menengah Sains Selangor dan kali kedua Sabtu malam Ahad yang lepas.  Walaupun tak selalu mengikuti rancangan ni, tapi mama dapat merasakan peserta Masterchef 2 lebih 'berani' dan 'terbuka'. 

senarai peserta Masterchef 2

1. Muhammad Khairul Ammar bin Jasni (22 tahun)
3. Hafiz Bukhari bin Zulkefli (28 tahun)
4. Mohd Adlyzan bin Zainal (28 tahun)
5. Rosemah Ibrahim (49 tahun)
6. Nur Shahida Wahab (28 tahun)
7. Ngui Yeang Hong (29 tahun)
8. Kasilah binti Paeng (40 tahun)
9. Ahmad Nuruddin b. Md Rasid (24 tahun)
10. Nur Atiqah bt Anuar (23 tahun)
11. Mohamad Fizuan Syahnaz (19 tahun)
12. Muhd Fazrul Nizam Anaz Anizan (18 tahun)
13. Mohamad Ismail b. Amir (29 tahun)
14. Faizatul Azni bt Muridan (25 tahun)
15. Nurul Shazlina bt Mohd Sharif (31 tahun)
16. Telson Roy a/l Satinathan (26 tahun)
17. Noor Zulaika bt Abas (21 tahun)
18. Ag Matzleinsah Addy b. Aharun (24 tahun)
19. Izyan Hani Mohd Izham (25 tahun)
20. Etiqah Siti Norashikeen (24 tahun)
21. Wan Nur Eda (24 tahun)
22. Wan Ilaika bt Mohd Zakaria (23 tahun)
23. Lokman Nul Hakim (19 tahun)
24. Nora Ashikin bt Abd Basi (26 tahun)

 Minggu lepas 5 peserta ni yang masuk dalam kelompok penyingkiran

Pada mama, komen para peserta kali ini lebih pedas, lebih berani dan lebih terbuka.  Mama yang baru beberapa kali menonton rancangan ni pun sudah dapat melihat kelainannya. Misalnya, komen Atiqah apabila Papa Joe mengomen masakannya.. "Dia memang tak suka saya.." Wow, ulasan telus daripada 'anak murid' kepada 'guru'. Komen ni pula disiarkan secara terus menerusi kaca tv.  Sama ada pihak Astro sengaja membiarkan komen ini tersiar sebagai publisiti ataupun tidak, sebenarnya komen ini membawa persepsi buruk terutama kepada golongan pelajar.  Sebenarnya, pelajar yang bagaimana yang 'sanggup' mengutuk gurunya sendiri dan tidak mahu mengakui kesilapan diri? Tepuk dada tanya hati... 

Ramai bersyukur Atikah terkeluar..

Komen malam tadi juga seolah-olah kawan makan kawan dan 'cocok' kawan dari belakang.  Beberapa komen daripada rakan-rakan yang terselamat tidak sepatutnya disiarkan oleh pihak Astro.  Seolah-olah budaya negatif sebegini mahu disuburkan oleh pihak Astro dalam kalangan rakyat Malaysia.  Misalnya, salah satu komen (lebih kuranglah) menyatakan "Kami bersyukur jika orang yang terkeluar pada minggu ini adalah orang yang kami mahu dia keluar iaitu Atikah kerana doktor keluar.. mama tak ingat siapa lagi yang keluar.. adalah kerana Atikah"... Wow.. berani sungguh peserta ni. Kalau Atikah mendengar komen rakannya sebegini, apakah perasaan Atikah? Memanglah kita sedia maklum gelagat Atikah seolah-olah mahu menyelamatkan dirinya saja tapi itukan adat pertandingan, semua orang mahu menang.  Siapa yang bertanding untuk kalah?.. Malah kenyataan positif Atikah untuk 'memujuk' hatinya juga dipandang serong apabila Atikah menyatakan dia selamat'kan' rakan-rakan yang lain daripada terkeluar. 
Pada mama, setiap komen yang disiarkan perlu ditapis oleh pihak Astro.  Bukan mahu menjadikan rancangan ini terlalu membosanka,n tetapi biarlah rancangan yang ditayangkan pada waktu perdana, yang ditonton oleh penonton dari segenap lapisan umur merupakan rancangan yang penuh dengan nilai murni yang boleh dicontohi.  Mama rasa semua orang tidak mahu budaya 'melawan guru', 'gagal mengaku kesilapan diri','kawan makan kawan', 'tikam kawan dari belakang' dan lain-lain subur dalam jiwa masyarakat Malaysia. Semoga mereka bukan sahaja hebat 'berperang' di dapur, malah hebat dari segi adabnya...


Kelantan Terhebat : Serius Kelakar !

Yana Samsuddin Heroin Terhebat..

Sesaat sebelum meledak gol..

Haa.. ni le golnya.. pukul 10.10 tapi minit ke berapa entah..

Kisah ni serius kelakar... memang kelakar yang amat.. Kalau nak tau kisahnya, baca entri ni sampai habis kerana mama selitkan kisahnya di hujung entri. Entri awal bermula dari kisah di bawah ni.
Anugerah Blockbuster vs Kelantan Lawan Selangor? Yupp Piala Malaysia masih di hati. Akibatnya, malam ni mama layan Kelantan vs Selangor. Minit ke-4  lagi darah berderau apabila KFCM tiada di posisi.. hantaran Amri Yahyah betul2 tepat di kaki striker Selangor ni (mama x ingat nama) tapi kakinya tak bedung kot time kecik dulu.. org tendang ke pintu gol.. dia tendang ke langit! Lega mama.. oopps mama ni orang Selangor ke Kelantan ni? Chek ic. bukan Selangor pun.. tapi chek mykid anak2 semua Selangor! Alamak, murtad ke mama?  Alaa.. sukan kan universal, tiada batas negeri..
Lepas tu mama tak tengok sangat pun game kat tv sebab 'game' kat depan tv antara kakak iman vs yaya vs syami lagi rancak dan kuat bunyinya.. Sampai 1st half tiada score lagi jadi mama pun p tidokan yaya. Nasib baik lepas yaya tido baru Kelantan score.. Nasib Selangor makin teruk bila sorang player dia kena kad merah.. ala ciannya.... Sampai tamat permainan.. keputusannya 1-0 je.. alahai.. x cukup ni bekalan Kelantan nak bawa p Shah Alam.. Berdebar juga ni nak tunggu next week sapa masuk final piala malaysia 2012. Mama harap Kelantan lawan Selangor tapi dah dia org jumpa kat semi final so atas semangat patriotik yang tinggi mama nak Kelantan vs Atm laa.. siapa sokong?
Lepas tamat game.. tak tunggu ulasan hasbullah awang yg pd mama ulasannya x sehebat time dia mengulas game badminton dulu2.. kalau dia jd pengulas rasanya game yg tak berdebar pun macam rancak sangat2.. tapi kali ni dia mcm kool jee... sebab tu mama tekan 104.. fuuui nasib baik tak potong astro lagi.. tup2 keluar gambar Yana Samsuddin sebagai heroin terhebat.. hebat ke? Sorry la..mama masih suka Lisa atau Maya lagi.. tapi undi kan muktamad? Lepas tu.. perjanjian tetap perjanjian.. tv terpaksa ditukar ke kartun sebab mama dah janji dgn kakak Iman nak tengok bola je.. kan mama bagus.. 'janji ditepati'..

Hai Busuk.org..

Serius kelakarnya ialah.. tajuk entri ni pada walnya ialah Janji Ditepati Kelantan Terhebat.  Lepas tu macam biasa, mama pun ping kan entri ni di Busuk.org. Tiba-tiba, entri mama kena kuarantin. Sebab apa? Hanya kerana tajuk atau perkataan "Janji ditepati dan Kelantan Terhebat" ke? Please lah, jangan nilai entri daripada tajuknya saja dan yang penting jangan takut dengan bayang-bayang dan jangan menggelabah,...

Published with Blogger-droid v2.0.8

Permintaan Terakhirku..

Sambil menulis entry ni mama layan ALKuliyyah TV3 tiba-tiba mama dapat tajuk yang rasanya sesuai untuk entri ni. Sebenarnya gambar2 bayi malang ni dah lama mama prtsc dari hp tapi tak berkesempatan untuk menulis entri. Almaklum, tinggal 34 hari lagi SPM, budak-budak sibuk, cikgu budak pun sibuk. Jadi pada sesiapa yang ingin download koleksi soalan percubaan SPM 2012 boleh tekan sini.

Adam...wajahnya begitu popular di FB

Antara bayi malang yang sering terpapar kisahnya di FB mama ialah kisah adik adam.  Masyaallah, betapa besar penderitaan yang dialami oleh bayi ni. Betapa tabah dan kuatnya mama adam yang sentiasa kuat di sisi adam. Betapa prihatin dan pemurahnya masyarakat Malaysia yang saling membantu dan mendoakan adam agar Allah ringankan beban dan penderitaannya.

Anak kecil yang malang...

Kisah adik Hayyzi Zykril ni kurang mama baca di FB, cuma ada sekali mama terlihat tabung untuk adik ni.  Begitu juga adik di bawah ni yang bergantung hidup dengan sistem hayat dalam inkubator. Penderitaannya mereka dan mama pasti ramai lagi anak-anak malang begitu hebat yang kadang-kadang mama rasa berat mata memandang betapa berat lagi bahu yang memikul.  

Ya Allah.. ringankanlah derita anak ini...

Kepada semua mama atau ibu atau ummi atau apa-apa sahaja panggilan untuk insan yang telah 9 bulan 10 hari mengandungkan bayi-bayi ini, yang pasti permintaan terakhir mereka ialah : melihat anak-anak ini sihat dan membesar seperti anak-anak lain.  Menitis air mata mama apabila melihat kesengsaraan yang dialami oleh bayi-bayi ini. Mama yakin, mama tak sekuat ibu anak-anak ini jika diuji dengan ujian maha berat sedemikian. Jadi pada ibu-ibu yang kuat dan tabah ni, mama ucapkan tahniah dan semoga mereka terus tabah dan jangan pernah sesekali berputus asa....

Lupa nak rotate.. 

Sebab tu, bila mama asyik nak marah-marah bila Dahiyah buat hal, bila Syami 'terkencing depan tv', bila kakak Iman merengek nak itu ini... mama lihat anak-anak, jauh di sudut hati betapa bertuahnya mama dan mama panjatkan kesyukuran kerana dianugerahkan 3 orang anak yang sihat dan sempurna.  Mama tak jadi marah-marah lagi... terdetik hati mama .. kalaulah mereka tiada,.. kalaulah mereka sakit... tak pa mama yang 'sakit hati' melayan karenah mereka ....

Published with Blogger-droid v2.0.8

Kupetik Dosa Trauma Pilih Taska

Entri ni sepatutnya publish semalam tapi sebab kejadian Halo aka pelangi aneh ni, mama publish la entri ni hari ini. Entri ni penting sangat sebab memberi kesan mendalam kepada mama. Syabas kepada TV 3 dan pengarah drama ni serta para pelakonnya.

Walaupun drama ni dah ditayangkan di tv3 pada 2011 tapi terima kasih pada Anugerah Skrin 2012 kerana menayangkan drama ni semula.  Dulu mama tak berkesempatan nak menonton drama ni, jadi dengan penuh khusyuk dan ketawadhuk.. an, teringat cara Tok Najib sebut,.. mama pun menonton drama ni. Malam tadi, Yaya pun tido pukul 11 malam sebab mama sibuk tengok Kupetik Dosa. 

Aina oh Aina, kalaulah kau tahu....

Pagi tadi, di sekolah pun kawan2 mama sibuk bercerita tentang Kupetik Dosa.  Tak sangka masing2 baru menonton drama ni macam mama. Sebenarnya banyak mesej yang boleh kita ambil, terutama kepada ibu bapa daripada drama ni. Antaranya, kita jangan sibuk dengan kerja sampai mengabaikan anak2. Macam pasangan Aina dan Haris ni. Malah, selepas mendapati dirinya hamil, Aina tambah kuat bekerja, takut-takut 'tak cukup' untuk anak kedua sedangkan kehidupan mereka baru stabil. Hai.. kan anak tu rezeki Allah. Mama ada tiga ni pun, bukan setakat tak cukup, malah setiap anak ada je rezeki masing-masing. Lepas tu, sebagai ibu, kita kena peka terhadap setiap perubahan fizikal dan emosi anak. Macam Aina sepatutnya sedar perubahan pada Nia Qaseh. Tapi.. entahlah, mungkin ibu muda koot..
Bagi pasangan Khalid dan Sal, dan pasangan lain yang sanggup untuk menjadi pengasuh, mama harapkan perlulah berhati perut. Sal sepatutnya tidak menyerahkan bulat2 urusan menjaga Nia pada suami, sedangkan dia tahu Nia tu dah semakin 'besar'.  Malah, apabila dia dapat 'menghidu' perbuatan 'binatang' suaminya, sepatutnya dia lekas2 bertindak.  Sayangkan suami punberpada-pada lah, jangan sampai suami pijak kita.. kan..
Pengajarannya buat mama, berhati-hati memilih Taska untuk anak-anak. Pastikan Taska tu berdaftar dan pengasuhnya bertanggungjawab. Teringat kisah lucu 3 tahun lepas, masa tu kakak Iman masih pakai pampers. Pampers Drypers kan berwarna-warni, dan salah satu corak pada pampers tu berbentuk bulat berwarna merah yang betul2 terletak di bahagian bawah kakak. Time tu kakak terkangkang.. Haaaaaaaa.... mama mula panik! Anak mama ada 'darah' kat bawah tu??? Mama teringat yang taska kakak pintu pagarnya sering terbuka, pengasuhnya pulak masih muda2, manalah tahu, tanpa disedari ada seseorang telah masuk dan..... Mama tergelak sendiri apabila buka pampers, yang warna merah tu adalah corak je!! Mama sayang anak mama... Tak salahkan mama terlalu peka daripada mama buat2 pekak?... 


Pada yang terlepas nak menonton drama ni, jom layan sinopsisnya..

Fenomena Pelangi Aneh

Aneh? - Pelangi bulat

Gempar tadi di sekolah kerana kejadian macam dalam gambar tu. Biasanya, pelangi selepas hujan akan membentuk lengkuk sahaja tetapi pelangi ni kelihatan agak aneh kerana kelihatan bulat mengelilingi matahari. Selain tu, bayang-bayang pun bulat mengelilingi objek, bukan tegak di sebelah objek! Tapi, mama tak dapatlah nak mengambil foto bayang-bayang pokok kerana nak snap gambar pelangi ni pun dah riuh satu sekolah. Masing-masing 'suka' melihat gurunya beriya2 nak snap gambar macam jurufoto pulak. 

Mula-mula, mama tak sedar pun kejadian ni. Mama pun sedar apabila budak kelas mama sibuk kata 'ada pelangi'. Mama yang tengah sibuk membincangkan trial exam SPM Pahang ni pun dengan konfidennya marah budak tu 'awak dah umur 17 tahun pun jakun dengan pelangi, tak pernah tengok pelangi ke, kesian awak ye'. Mama memang marah kerana mama beriya2 membincangkan jawapan trial exam Pahang yang mama download dari internet, perhabiskan banyak masa nak download soalan untuk dia orang, habiskan dakwat printer nak print soalan dan habiskan tenaga nak membinding koleksi trial spm 2012 dari negeri-negeri lain, tiba2 murid sibuk kata 'ada pelangi cikgu'. Maka darah mama pun menyirap naik. Dapatkan koleksi Trial Exam SPM di entri Hot .. Soalan Percubaan SPM.

"Lain la cikgu pelangi ni... bulat"... "bulat?"... Memang sah bulat, jadi mama pun secara spontan menjadi jurufoto lalu turun ke tingkat bawah, ke kawasan padang yang lapang untuk snap gambar pelangi bulat ni. Selepas tu, ramai la cikgu yg minta mama tag kat FB. Ramai juga yang bertanya dengan ustazah tentang kejadian tu.

Jawapan ustazah : "Gerhana matahari ni membawa dua alamat, satu baik dan satu buruk. Minta2 baiklah, takut kiamat je!".. seram sejuk mama,.. apa taknya, kalau kiamat?? Ustazah tu menyarankan agar selepas solat zohor adakan solat sunat gerhana 2 rakaat. 

gambar lain - pelangi bulat mengelilingi matahari

ambil dari tingkat atas - terselindung di sebalik atap

Apa pendapat rakan blogger yang lain? Tentu masing2 ada melihat fenomena yang sama tenghah hari tadi. Tolonglah kongsikan pengalaman ye....

Published with Blogger-droid v2.0.8

Beza Unifi vs Astro

Siapa sokong macam tak berbaloi langgan Unifi jika kita pernah guna Streamyx 110??

Pada mama... memang tak banyak bezanya pun terutama pada pengguna internet macam mama yang setakat berblogging dan download soalan periksa jer,.. tengok Youtube jarang-jarang apatah lagi nak layan video atau online games..


kata je lajuuuuuu.. tapi tekan ni tak masuk pun...

Semalam masuk Unifi, ingatkan lajuuuuuuuuuuuuuuuuuu tapi macam nak sama je dengan Astro. Sebabnya, mama tengok cuaca di luar macam gelap hari nak hujan, kalau Astro memang confirm tak dapat siaran. Mama harap Unifi tak macam tu. Tapi, cuba le tengok gambar kat atas tu.  Mama tekan Hypptv for Youtube, tak dapat masuk pun. Frust la juga sebab ingat Unifi beza dengan Astro, tapi malangnya macam sama je? Pada sesiapa yang biasa guna Unifi bolehlah respons ye.

Hypptv for Youtube je ler pengubat hati..

tapi punyalah susah nak tekan,.. cuma berguna untuk Iman yang nak cuba mengeja.. yang teruknya mama lah sebab asyik nak layan dia mengeja kartun yang dia nak tengok.. boboiboy, ultraman, upin ipin... setakat ni tu je le.. dan setiap kali nak tengok, setiap kali tu le mama kena eja.. penatnyaa...

rancangan yang Iman suka... tambah 8.00 lagi..

Tunggu punya tunggu, akhirnya exit Hypptv for Youtube masuk semula intercative tv dan tekan le smart tv ni. Terpaksa lah mama langgan RM 8.00 lagi sebab kakak Iman suka. Lepas tu cuba Youtube lagi, puas menunggu baru dapat masuk dan kakak Iman layan sampai petang Upin Ipin. 

Mama harap petang ni lepas balik sekolah tak ada masalah lagi nak masuk Hypptv for Youtube ni sebab nilah satu2nya daya penarik mama nak guna Unifi ni. Dia ni pun kata Youtube ni lah penyejuk hati dia melanggan Unifi. Almaklum, mama rasa kelajuan Streamyx 110 nak banding dengan Unifi ni x macam ada beza sangat pun. Tapi mama belum cuba lagi download mana2 cerita. Harap2 lebih laju lah...


Published with Blogger-droid v2.0.8
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012