Fenomena Pelangi Aneh

October 02, 2012

Aneh? - Pelangi bulat

Gempar tadi di sekolah kerana kejadian macam dalam gambar tu. Biasanya, pelangi selepas hujan akan membentuk lengkuk sahaja tetapi pelangi ni kelihatan agak aneh kerana kelihatan bulat mengelilingi matahari. Selain tu, bayang-bayang pun bulat mengelilingi objek, bukan tegak di sebelah objek! Tapi, mama tak dapatlah nak mengambil foto bayang-bayang pokok kerana nak snap gambar pelangi ni pun dah riuh satu sekolah. Masing-masing 'suka' melihat gurunya beriya2 nak snap gambar macam jurufoto pulak. 

Mula-mula, mama tak sedar pun kejadian ni. Mama pun sedar apabila budak kelas mama sibuk kata 'ada pelangi'. Mama yang tengah sibuk membincangkan trial exam SPM Pahang ni pun dengan konfidennya marah budak tu 'awak dah umur 17 tahun pun jakun dengan pelangi, tak pernah tengok pelangi ke, kesian awak ye'. Mama memang marah kerana mama beriya2 membincangkan jawapan trial exam Pahang yang mama download dari internet, perhabiskan banyak masa nak download soalan untuk dia orang, habiskan dakwat printer nak print soalan dan habiskan tenaga nak membinding koleksi trial spm 2012 dari negeri-negeri lain, tiba2 murid sibuk kata 'ada pelangi cikgu'. Maka darah mama pun menyirap naik. Dapatkan koleksi Trial Exam SPM di entri Hot .. Soalan Percubaan SPM.

"Lain la cikgu pelangi ni... bulat"... "bulat?"... Memang sah bulat, jadi mama pun secara spontan menjadi jurufoto lalu turun ke tingkat bawah, ke kawasan padang yang lapang untuk snap gambar pelangi bulat ni. Selepas tu, ramai la cikgu yg minta mama tag kat FB. Ramai juga yang bertanya dengan ustazah tentang kejadian tu.

Jawapan ustazah : "Gerhana matahari ni membawa dua alamat, satu baik dan satu buruk. Minta2 baiklah, takut kiamat je!".. seram sejuk mama,.. apa taknya, kalau kiamat?? Ustazah tu menyarankan agar selepas solat zohor adakan solat sunat gerhana 2 rakaat. 

gambar lain - pelangi bulat mengelilingi matahari

ambil dari tingkat atas - terselindung di sebalik atap

Apa pendapat rakan blogger yang lain? Tentu masing2 ada melihat fenomena yang sama tenghah hari tadi. Tolonglah kongsikan pengalaman ye....

Published with Blogger-droid v2.0.8

You Might Also Like

16 Comment

  1. subhanallah...
    amat menakjubkan...1st time tgk pelangi camni...

    ReplyDelete
  2. pertama kali tgok pelangi mcm ni...kuasa Tuhan...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Honey Mama

    Subhanallah

    rugi terlepas peluang

    ReplyDelete
  4. cantik...xsmpat tgk scara live..huhu

    ReplyDelete
  5. Yup, memang amat2 menakjubkan. Subhanallah, kuasa tuhan.

    ReplyDelete
  6. jarang sangat dapat tengok fenomena macam ni. kadang2 malam bila bulan penuh boleh nampak.

    ReplyDelete
  7. Alahai tak perasan pula pelangi mcm ni.. subhanAllah ^^

    ReplyDelete
  8. saya tak tahu juga cerita pasal ni,baru je baca kat blog mama...Allah Maha Mengetahui sebalik kejadian ni...

    ReplyDelete
  9. Subhanallah!, untungnya dapat merakam fenomena sebegini, ummi terlepas pandang, maklumlah duduk dalam rumah je, pagi ummikeluar jemur kain, tak ada lagi rasanya.

    ReplyDelete
  10. tak sempat tengok sebab bekerja dalam bangunan.. huhuhu.. ~ indahnya ciptaan Allah

    ReplyDelete
  11. Inilah dia kuasa Allah... lagi2 dunia dah akhir zaman.. memang pelbagai keanehan yang bakal kita saksikan...

    ReplyDelete
  12. kuasa tuhan...cantik..tp gerun pun ade tgk...takot perkara lain lak timbul..best mama dpt tgk live kan..

    ReplyDelete
  13. hi hi hi... singgah sini serang balas. hehehe... ai follow u jugak. tengkiu sudi singgah dan tinggal jejak kat umh kite. moga persahabatan alam maya ini akan terus berkekalan.

    singgah2 selalu ye... >__<

    ReplyDelete
  14. tadi kat radio kat bat ada gak cerita pasal ni.

    ReplyDelete
  15. Ini fenomena yang sering terjadi namanya Halo. Saya sendiri dah beberapa kali lihat dah.

    Harap kakak-kakak, abang-abang, Cikgi Cikgi dan para Uztaz Uztazah rajin rajin la baca surat khabar. Dah banyak kali dah keluar fasal fenomena ini. Dalam satu sisipan (majalah kecil berkenaan sains dan pendidikan) satu surat khabar terkemuka pernah menyiarkan fenomena ini. Surat khabar the Star pun pernah menyiarkan fenomena ini beberapa kali. Surat Khabar Harakah dan suara keadilan tidak pernah pula buat.

    Juga uztazah tersebut telah Khilaf ini bukan gerhana matahari kerana ini bukan gerhana matahari. Saya tidak pernah dengar ada solat sunat kejadian halo pula.

    Tak perlu kita gerun fasal fenemona ini tapi yang kita gerun ialah kalau Cikgu-Cikgu dan Uztaz dan Uztazah tak tahu fasal benda ini. Minta maaf dan ampun jika tersinggung tapi saya sedikit geram dan kesal (dan sebenarnya sedikit malu jika bangsa lain melihat karenah kita). Kalau murid-murid tak tahu tak apa - tapi kalau Cikgu dan uztaz uztazah tak tahu maka ianya sangat menakutkan.

    Tapi kalau tiada duit untuk beli surat khabar tapi ada duit untuk berinternet silalah ke sini.

    http://en.wikipedia.org/wiki/Halo_(optical_phenomenon)

    Terimakasih dan minta maaf.



    ReplyDelete

Komen mencerminkan diri kita. Segala komen yang ditulis diucapkan ribuan terima kasih. Jangan serik untuk menulis komen demi kebaikan bersama.

PING

CK Free Auto Backlink My Ping in TotalPing.com Personal Blogs
best blogs

Popular Posts

Blog Archive

Labels