Kem Warisan Sembilang : Sabtu pun kerja!

October 12, 2012

Yahoo, Jumaat!... Bermakna esok dan esoknya cuti, tapi weekend cuti ni rasanya dah lama dah tak merasa lagi.  Entah siapa yang kata kakitangan kerajaan cuti Sabtu dan Ahad? Silap yer,..


Esok mama akan berkampung di Pantai Remis.  Sebenarnya, banyak guru lain yang sudah berkampung di sana sejak malam ni lagi, tapi slot mama cuma esok pagi, jadi mama ke sana pagi2 esok la.  Jadi, kalau terfikir nak mengendur-ngendurkan ketegangan urat sana-sini dan menenangkan fikiran bersama-sama anak2  weekend ni, lupakan saja yer.  Demi 'anak-anak' didik, ibu-ibu dan bapa-bapa guru ni berkorban masa dan tenaga kami demi kecemerlangan 'anak-anak' didik. Kecemerlangan anak-anak sendiri? Masa berharga bersama anak-anak sendiri? Akibatnya, anak-anak dilayan dan diasuh oleh pengasuh saja.  Jika dapat pengasuh yang berjiwa keibuan, syukurlah tetapi jika sebaliknya? Tapi mama dan semua guru lain mesti sudah dibekalkan dengan prinsip "kita ajar anak orang 100% ,..insyaallah anak-anak kita akan diajar dan diasuh oleh orang lain 100% terbaik juga".  Kata-kata azimat ni sering diterima pakai tapi sejak akhir-akhir ni anak-anak cikgu bukan lagi 'kebal' daripada masalah sosial dek ibu bapa mereka yang sentiasa sibuk. Kalau dulu orang nak berkahwin dengan perempuan yang jadi cikgu kerana apabila jadi ibu nanti banyak masa mengasuh anak sendiri, tapi betulke fenomena ni sekarang? Hari-hari balik paling awal pukul 5 dan weekend kebanyakannya ada aktiviti, malah mulai 2013 guru-guru akan dihantar berkursus pada Sabtu dan Ahad iaitu bukan pada hari sekolah agar tidak banyak kelas yang tertinggal.  Kelas tak tertinggal, tapi anak-anak kami? Tu yang ibu-ibu tak sedar, tiba-tiba anak-anak dah besar rupa-rupanya!!

kredit kepada sumber

Agar tidak terlalu tensyen dengan beban kerja, mama bersyukur dapat jumpa dengan gambar di atas.  Mama buat kerja sekadar termampu kerana itulah daya dan kudrat mama.  Justeru, jangan fikir apa-apa pandangan orang lain tapi yang penting persepsi kita terhadap diri kita. Kalau bukan kita, siapa lagi yang nak memuji ciptaan Allah ni kan.  Bukankah manusia merupakan ciptaan Allah yang paling tinggi darjatnya kerana dikurniakan akal dan fikiran yang mebezakan manusia dengan haiwan?..

cerita di kem? tunggu update nanti..
Published with Blogger-droid v2.0.8

You Might Also Like

12 Comment

  1. Assalamualaikum Mama

    Insyaallah
    apa yg mama sumbang/derma/hadiahkan akan dibalas oleh Allah berlipat ganda

    ReplyDelete
  2. siaa cakap tugas seorang guru mudah je kan? nampak je macam senang, tapi hakikatnya lebih memenatkan daripada kerja pejabat

    ReplyDelete
  3. betul tu kak. bkn senang nak jadi pendidik ni. mcm2 ragam dan karenah nak kena layan. huhuhu.

    ReplyDelete
  4. Itulah sebuah pengorbanan insan yang bergelar guru..
    jasamu dikenang.. :)

    ReplyDelete
  5. haz pn sabtu ahad still ade klas lg. sobs ='(

    ReplyDelete
  6. Guru jasamau amat dikenang.. :)

    ReplyDelete
  7. takpe...anggap je semua kerana Allah...

    ReplyDelete
  8. Setuju dgn AI..... bila kita mengajar anak orang dgn ikhlas isyaallah begitu jugalah orang akan buat kita... mengasuh dgn penuh ikhlas juga....

    Yelah AI... apa yg termampu dek kudrat kitalah kan...

    ReplyDelete
  9. Setuju! Tapi, masih terasa kesal... Naper la i x jd cikgu. Hihi

    ReplyDelete
  10. pas bace entri ni, memang nampak yang tugas guru tu tak semudah yang orang lain ingat kan.. ape pun, teruskan jadi guru yang berdedikasi ye akak =)

    ReplyDelete

Komen mencerminkan diri kita. Segala komen yang ditulis diucapkan ribuan terima kasih. Jangan serik untuk menulis komen demi kebaikan bersama.

PING

CK Free Auto Backlink My Ping in TotalPing.com Personal Blogs
best blogs

Popular Posts

Blog Archive

Labels