Klik@Lazada

nuff

Oh, MyUnifi!

Cikgu Iza | October 11, 2012 | 19 Komen |
Hari ni, mama nak cerita tentang Unifi lagi. Hampir dua minggu dah mama menggunakan Unifi, perasaan rindu pada ex-boyfriend mama semakin menebal. Timbul rasa menyesal kerana mudah sangat melupakan jasa ex-boyfriend lalu menduakannya. Perkenalan hanya beberapa hari membuatkan mama mudah berpaling tadah! Kisah boyfriend baru ni boleh dibaca di sini.

baca komen JKKK fan club ni..

Walaupun JKKK fan club ni FB kumpulan yang tidak berpuas hati dengan kerajaan yang dipilih oleh rakyat pada PRU 12 lalu, namun tidak semua kenyataannya kita boleh tolak mentah-mentah. Tak salahkan kalau kita ambil pandangan daripada semua pihak, sebab tu mama suka membaca pandangan daripada pihak yang pro dan anti kerajaan pilihan rakyat pada PRU 12 yang lalu ni. Antara kenyataannya yang pada mama boleh diterima pakai ialah yang mama prtSc kat atas tu.  Mama juga menghadapi masalah yang sama.  Semasa bersama ex-boyfriend aka mr streamyx 110, mama tidak pernah menghadapi masalah yang sama. Pendek kata kalau nak layan FB tu, tekan je memang masuk punya. Tapi malangnya, apabila bersama boyfriend baru aka mr unifi, kejadian macam kat bawah ni berlaku. Mama cuma mampu bertahan untuk prtSc selama 6 minit saja, tapi sebenarnya sampai ke pukul 7 pun mama tak dapat masuk FB semalam. Memalukan betul kan?

mama cuba masuk FB dari note.. masa : 6.13 petang

pukul 6.19 masih tak boleh masuk dan tetap tak boleh masuk pun...

Satu lagi yang mama kurang puas hati, servis selepas pemasangan begitu buruk.  Apa taknya, hampir setiap minit?? mama dihujani dengan panggilan telefon oleh TM, tak kiralah waktu bekerja atau pada waktu petang. Yang mama hot, sewaktu dalam kelas pun telefon berbunyi, dan mama memang tak layan pun. Sebenarnya pihak TM tu mahukan salinan IC mama untuk tujuan audit.  Mama kata mama tiada mesin faks dan scanner mama dah masuk gol, jadi mama tak dapat nak e-mel ic tu. Mama minta untuk dihantar ke TM Port Klang iaitu TM berdekatan dengan rumah, namun sipemanggil mahukan mama berurusan dengan TM Sungai Bertih, Klang. Mama heran TM ni tak boleh ke saling memudahkan urusan pelanggan.  Bukan mudah nak ke Kelang sedangkan di Port Klang pun ada TM.  Atau, petugas TM yang berjaya meyakinkan mama untuk melanggan Unifi ni tak mahu petugas lain yang 'dapat nama'? Almaklum, mungkin mereka mendapat bonus jika berjaya menarik lebih ramai pelanggan kot.  Mama teka saja kerana sebelum mama kata ok pada Unifi, hampir setiap jam juga orang TM call mama nak terangkan kelebihan Unifi.  Bila mama kata mama dah langgan... dia bolayan dan hentikan talian. Isshhh...

logik ke.. guna Unifi tapi nak download soalan guna Scribd asyik pusing macam tu je!!

Setakat ni mama cuma download soalan sahaja, almaklum SPM 2012 dah semakin dekat.  Mama belum lagi ukur prestasi boyfriend baru mama aka mr unifi ni untuk download filem.  Rasa-rasanya, mampu ke boyfriend baru mama ni memuaskan kehendak mama?.. Kepada siapa mama mahu merintih, nak tinggalkan boyfriend baru ni, mama kena tebus talak RM200 tau sebab mama ada kontrak dengannya.. sedey...



Published with Blogger-droid v2.0.8

19 comments:

munna said...

tak jadilah nak tukar unifi.... setakat ni streamyx ok je munna d/l drama korea

Mia Kassim said...

Salam singgah dan follow....(^__^)

fuad ansari said...

ada baiknya bila nak tukar bf kita mengambil kira pandangan dan pendapat orang lain... (",)

entahlah, mungkin sbb sy suka mendengar pandangan orang lain dalam perkara nak tukar2 ni macam nak tukar henfon, kereta dll.. (",)

aimaniman said...

alahai.. tu la mama gelojoh sangat laaa...

aimaniman said...

baguslah mcm tu sbb line unifi x stabil lg kot.. streamyx kan dah berkurun org malaysia guna...

KiD said...

mungkin akak tak baca entry post dan komen saya sebelum nih.. boleh saya bantu?

wan nurul hezrina said...

nurul hampir2 guna unifi.dulu nurul guna berukband..so mmg dah band pun.skang nurul guna maxis home.mmg laju gila..tapikan still tak geti nak download film.nnt mama ajar nurul mcm mana nak download film boleh tak?

tang langgar kontrak2..langgarjerlah mama wat sakit hati jer.

Sue-Rya Qistina said...

sebelum ni saya guna P1. tapi sekejap je. laju mmg laju. tapi mahal sungguh. sebulan rm99. saya dah potong dah line internet sbb dah beli smartphone. saya on9 guna mobile je, senang nk g sane sini.

izan mama mia said...

br bercadang nak tukar p1 ke unifi

Kakzakie said...

Ujian betullah kalau macam ini jadinya. Harapkan yg indah lain pula yg jadi..

Masz Sidek said...

boleh meroyan di buatnya...
sabar ye...

sawaNiLa said...

unifi laju tu laju tapi once down..nak suruh orang datang cek ke apa..memang slow. service after sales not really good. they only good in selling

Qaseh Ziera said...

saya pengguna unifi...

follow kembali...

ieja amieja said...

thanx dropping by..
singgah cni & followed..

anggun said...

font kat fon kite samew la kak...hehehehe

boni kacak said...

saya rasa mama try tanya www.shakiddo.com. dia lah tempat yang paling sesuai akak tanya segala masalah akak ni,sebab dia orang unifi. InsyaAllah, masalah akak mungkin boleh diselesaikan..

Rozuan Ismail said...

biar betol unifi lembap mcm tu

Haryati Faizal said...

br aritu dok merengek kat hubby... kate unifi ni bagus...

nik ros said...

aritu berangan jugak nak pakai unifi tapi tak jadi.upgrade jea p1 wimax. sebab P1 wimax kat tempat kita ok.

Post a Comment

Komen mencerminkan diri kita. Segala komen yang ditulis diucapkan ribuan terima kasih. Jangan serik untuk menulis komen demi kebaikan bersama.

nuff

SantaiEmas

CK Free Auto Backlink My Ping in TotalPing.com

Babab Ping

My Love and Cute Kids © . Designed by MaisarahSidi.com