nuff

Pantai Remis yang hamis..

Cikgu Iza | October 15, 2012 | 24 Komen |
Siapa pernah pergi ke Pantai Remis? Kalau penduduk sekitar mungkin pergi berulang-ulang kali, tapi jika kita yang duduk berjauhan, nak datang lagi ke?


Keciknya .. dah form 5 ke??

Dalam entri ini, mama ada ceritakan kisah yang membawa mama ke Pantai Remis.  Kalau tak kerana Kem Gemilang SPM ni, mungkin mama pun tidak pernah sampai ke Pantai Remis walaupun dah masuk 6 tahun mama bermastautin di Selangor ni. Jumaat malam Sabtu, mama dah ke sana bersama abah dan anak-anak untuk meninjau2 'keindahan' Pantai Remis dan mendengar deruan serta hempasan ombak di sana. Selepas Bandar Kapar, mama rasa cuak juga sebab Pantai Remis tak muncul-muncul sedangkan hari dah semakin malam. Jadi, abah berhenti di stesen minyak untuk bertanya dan menurut pekerja di situ, Pantai Remis 6 batu dari situ, selepas Stesen Petronas. Agak-agaknya, lebih la daripada 6 batu sebab terasa jauhhhhh sangat-sangat.  

Alamak, SPM tahun ni keluar Bacaan Bestari ke?

Sampai je di Pantai Remis, perut dah berbuny-bunyi.  Adalah 3 buah restoran di sekitar Pantai Remis tu, tapi abah memilih restoran mula-mula sebab abah bertanya dengan pekerja di situ kat mana Kem Warisan Sembilang.  Rupa-rupanya di sebelah saja!.. Mula-mula masuk, memang mulut anak-anak mama ni tak ada insurans langsung la, malu sangat mama kerana macam tak ajar anak-anak beradab. Syami kata "bau busuk..bau busuk..busuk sangat la mama" semasa mula-mula masuk ke dalam restoran tapi mama buat-buat tak dengar saja. Bila duduk, mama pun mulalah meng'order' macam-macam menu.. nak siakap 3 rasa, nak tomyam campur, nak sup tulang, nak... semua tak ada!.. yang ada ialah kerang bakar dan menu berbakar saja!. Mama pandang sekeliling, memang rata-rata setiap meja ada kerang bakar, mungkin restoran ni terkenal dengan kerang bakar kot? Hendak tak hendak, mama pun layan kerang bakar, anak-anak makan sate, dan abah kueh tiaw goreng.. alahhaiiii...

Calon SPM 2012 SMKBBSS..

Wajah muram.. atau ceria ni?

Tak banyak gambar semasa Kem Warisan Gemilang tu mama snap kerana memang sudah ada AJK bahagian dokumentasi.  Gambar-gambar ni pun mama kidnap daripada FB anak murid mama.  Memang dah perangai budak-budak ni, time posing di tepi pantai punyalah gembira tetapi apabila di dalam dewan melakukan perbincangan, wajah semuanya muram durja.

Antara gerai jualan di pantai Remis..

opps lala tu kencing mama..

Antara gerai yang terdapat di pantai Remis. Tak banyak gerai sebenarnya, adalah sebaris gerai diperbuat daripada kayu yang tak berapa nak 'sihat' dah keadaannya!.Mama hairan sebenarnya, kerana kenapalah pusat peranginan seperti Pantai Remis ni dibiarkan 'hamis' dan macam pantai tinggal saja. Anak mama yang baru berumur 4 tahun pun dah tahu nak menilai keadaan di situ, apatah lagi jika ada pelancong lain yang ke sana.  Betapa malunya kita kan? Suatu masa dulu pantai Remis ni pernah cantik ke? Mungkinkah tiada usaha menaik taraf kemudahan dek perubahan pentadbiran 5 tahun lepas? Ataupun memang Pantai Remis terkeluar daripada senarai perancangan untuk dimajukan sebagai destinasi pelancongan? Kesian Pantai Remis yang hamis....


Published with Blogger-droid v2.0.8

24 comments:

rieda_ffya said...

mase tgk 1st tu...cam kenal je..bile da bace entri...heee..aku prnah ke situ maa..itu lah tempat ku jalani BTN beberapa tahun dlu...cewah...x berubah pon erk..

lovely said...

i follow..

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

hai kak, terima kasih komen.. pasal Glitteratti status tu Yana pun tatau.. dah follow :)

Haryati Faizal said...

hihi...sy pun asal selangor, tp jarang2 pi kat situ...cam biasa2 je...hihi...bley tak kate camtu?

Kakzakie said...

Oh... Pantai Remis di Selangor ye. Kakak ingatkan di Perak. Banyak tempat indah di negara kita terbiar kan. Sayang..

Si comel tu ikut juga nak memotivasikan diri dgn abang-kakak yg mama didik di sekolah.

norhidana said...

ohooo ni pantai remis kt selangor ingtkan kt perak td ehhehe... tp mmg ada kan dua2 tempat... sygnyer sampai si kecik tu pun blh ckp camtu... kite yg tua lg lah kan...

eza miza said...

good luck untuk calon2 spm.. semoga berjaya.. aminn

kay_are said...

pantai remis dekat selangor ke? rase nye dekat perak kan? tapi mungkin sebab tak ramai orang suke g sane, so kerajaan pun takde r nak naik taraf tempat tu agak nye.. sayang nye..

faraherda.razalan said...

aduhai...kesian sungguh. sy bukan nak kate pe. klu dah sane dipegang dacing, ape salah naik taraf pantai tu kan? jgn dibiar menyepi je...kesian la...nmpk usang. tak seronok lgsg....haih.....

atuk said...

Assalamualaikum Mama

moga calon2 SPM berjaya cemerlang

Mrs Velentine said...

lah siannya nak order semua x da yea..

boni kacak said...

tak bestnya restoran tu ada benda yang bakar2 je...

saya tak pernah lagi sampai ke sana.. pernah dengar je.

munna said...

tak pernah ke sana..... nampak uzur sgt gerai tu ye mama...

Anis said...

Pantai remis mmg tak penak pegi, mmg byk tpt rekreasi yg terbiar dan tak dijaga apalagi diselenggara. Risau gak bila pikirkan nnt dah takde tpt generasi akan dtg nak bercuti kan??? Salam kenal jemput datang blog saya ye
ANISVITASHOP

KhaiRin : anies said...

Penah dgr je tp x penah g lg

fieda said...

tak pernah sampai lagi sana..

Saya Disini said...

dulu sy pernh lalu kt ctu...

m@m@yAyA said...

salam mama,

time kasih sudi melawat blog yg xseberapa tue~


nama peanh dengar tp xpenah smp..~
kira glamer gak nm pntai remis nie..~

Masz Sidek said...

sayang kalau suatu kawasan yg boleh menarik perhatian pelacong terbiar tak terurus...

nuyui a.k.a miss YUI said...

xpernh smpai sni..

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

ingatkan pantai remis kt perak tuh...haha

Arina Shamsul said...

tak pernah sampai lagi kat situ :) so tak tahu keadaanya camna..

Mak Wardah said...

Terbiar dan tidak diusahakan, kalau PBT rajin mesti penduduk boleh dapat pendapatan tambahan

syiela said...

ingatkan yang kat perak tu...

sayangkan bila tempat yang cantik tak di jaga dan dinaiktaraf kemudahan awam..

Post a Comment

Komen anda amat dihargai. Sila komen lagi.

nuff

SantaiEmas

CK Free Auto Backlink My Ping in TotalPing.com

Babab Ping

My Love and Cute Kids © . Designed by MaisarahSidi.com