Permintaan Terakhirku..

October 05, 2012

Sambil menulis entry ni mama layan ALKuliyyah TV3 tiba-tiba mama dapat tajuk yang rasanya sesuai untuk entri ni. Sebenarnya gambar2 bayi malang ni dah lama mama prtsc dari hp tapi tak berkesempatan untuk menulis entri. Almaklum, tinggal 34 hari lagi SPM, budak-budak sibuk, cikgu budak pun sibuk. Jadi pada sesiapa yang ingin download koleksi soalan percubaan SPM 2012 boleh tekan sini.

Adam...wajahnya begitu popular di FB

Antara bayi malang yang sering terpapar kisahnya di FB mama ialah kisah adik adam.  Masyaallah, betapa besar penderitaan yang dialami oleh bayi ni. Betapa tabah dan kuatnya mama adam yang sentiasa kuat di sisi adam. Betapa prihatin dan pemurahnya masyarakat Malaysia yang saling membantu dan mendoakan adam agar Allah ringankan beban dan penderitaannya.

Anak kecil yang malang...

Kisah adik Hayyzi Zykril ni kurang mama baca di FB, cuma ada sekali mama terlihat tabung untuk adik ni.  Begitu juga adik di bawah ni yang bergantung hidup dengan sistem hayat dalam inkubator. Penderitaannya mereka dan mama pasti ramai lagi anak-anak malang begitu hebat yang kadang-kadang mama rasa berat mata memandang betapa berat lagi bahu yang memikul.  

Ya Allah.. ringankanlah derita anak ini...

Kepada semua mama atau ibu atau ummi atau apa-apa sahaja panggilan untuk insan yang telah 9 bulan 10 hari mengandungkan bayi-bayi ini, yang pasti permintaan terakhir mereka ialah : melihat anak-anak ini sihat dan membesar seperti anak-anak lain.  Menitis air mata mama apabila melihat kesengsaraan yang dialami oleh bayi-bayi ini. Mama yakin, mama tak sekuat ibu anak-anak ini jika diuji dengan ujian maha berat sedemikian. Jadi pada ibu-ibu yang kuat dan tabah ni, mama ucapkan tahniah dan semoga mereka terus tabah dan jangan pernah sesekali berputus asa....

Lupa nak rotate.. 

Sebab tu, bila mama asyik nak marah-marah bila Dahiyah buat hal, bila Syami 'terkencing depan tv', bila kakak Iman merengek nak itu ini... mama lihat anak-anak, jauh di sudut hati betapa bertuahnya mama dan mama panjatkan kesyukuran kerana dianugerahkan 3 orang anak yang sihat dan sempurna.  Mama tak jadi marah-marah lagi... terdetik hati mama .. kalaulah mereka tiada,.. kalaulah mereka sakit... tak pa mama yang 'sakit hati' melayan karenah mereka ....

Published with Blogger-droid v2.0.8

You Might Also Like

9 Comment

  1. sebak bila baca kisah adik Adam ni.berat mata memandang berat....

    ReplyDelete
  2. sama2 kita membantu terdaya n doakan yg terbaik untuk adik2 ni.

    ReplyDelete
  3. MashaAllah.. betul tu
    tak semua org dilahirkan bertuah, kena byk bersyukur kita diberi nikmat sempurna ^^

    ReplyDelete
  4. betul tu....kite bersyukur diberi nikmat sempurna..moga adik2 ini diberi kesembuhan...amin...

    ReplyDelete
  5. tak boleh tahan airmata bila tgk adik2 comel ni menderita.. :(

    ReplyDelete
  6. kalau kita sendiri pun rasa sebak dan sedih, apalah yang ditanggung oleh ibunya kan?? sememangnya ibunya sangat kuat dan tabah... :(

    ReplyDelete
  7. sedih bila baca kisah anak2 istimewa ini .... mmg rasa bersyukur sgt bila anak kita sihat....

    ReplyDelete
  8. syukur alhamdulillah ngan apa yang kita ada, coz ada org lain yg lbh susah n derita lagi kan?

    ReplyDelete

Komen mencerminkan diri kita. Segala komen yang ditulis diucapkan ribuan terima kasih. Jangan serik untuk menulis komen demi kebaikan bersama.

PING

CK Free Auto Backlink My Ping in TotalPing.com Personal Blogs
best blogs

Popular Posts

Blog Archive

Labels