Sakitnya Melahirkan Hanya 20

October 22, 2012


Proses kelahiran yang amat menakjubkan. Daripada seketul darah, akhirnya terbentuk janin yang kita 'kendong' ke hulu dan ke hilir tanpa rasa jemu, tidak pernah sekali pun kita 'tinggalkan' walaupun hanya sesaat. Walaupun naik tangga ke tingkat 4, walaupun meredah hujan lebat, walaupun mengharungi paya dan lecak, .. kandungan yang sarat itu kita tetap bawa bersama.  

cantik juga body tu..

Pandang ke cermin, daripada body yang langsing menjadi... ??? tapi body itulah yang kita bawa, yang kita tunjuk pada semua orang selama 9 bulan 10 hari tu.  Walaupun nampak 'tak cantik' tapi itulah body yang 'tercantik' yang sebenarnya tidak semua wanita 'bertuah' memilikinya..

akhirnya kaudilahirkan.. Yaya sayang 2 tahun 19.10.10

Yaya mahu kekal sihat, anda mahu??

Setelah puas bertarung nyawa, meneran dan dicucuk belakang mama untuk mengeluarkan Yaya, akhirnya baby mama selamat dilahirkan walaupun menerusi 'tingkap' tapi sakitnya sama saja seperti ibu-ibu yang melahirkan normal.  Sepanjang proses mengandung saja, mama diuji dengan pelbagai masalah seperti darah cair sehinggakan kena 9 x cocok di punggung untuk tambah darah, kena chek gula setiap 3 jam sekali, terpaksa menahan makan agar kadar gula x tinggi dan  macam-macam keperitan lagi.  Namun, setelah Yaya lahir, semua beban tu seperti 'hilang' begitu saja.  Namun, tak seperti ibu-ibu lain, mama di'halang' untuk berjumpa Yaya. Kisah Yaya sewaktu dilahirkan baca di sini.  Yaya dapat Note murah di sini.

hanya 20??

Bila baca kisah RM20 ni, hati mama amat tersentuh.  Mama pun 'kurang' masa bersama-sama anak-anak.  Mama lebihkan masa di sekolah dengan pelbagai aktiviti, sedangkan anak-anak mama 'membesar' sendiri.  Pagi pukul 7 mama hantar, pukul 6.30 petang baru mama ambil.  Mama tak mahu kisah di atas terjadi kepada mama. Mama tak mahu anak-anak mama 'membeli' masa berharga bersama mereka!

mata pendrive lagi tajam ...

Memang betul, kalau orang nasihat mungkin mama buat tak kisah.  Sebenarnya mak mama banyak kali dah 'tegur' tentang 'kesibukan' mama, tapi mama buat endah tak endah saja. Namun, setelah membaca di FB, hati mama tersentuh. Kalau dulu, dikatakan 'mata pena lebih tajam daripada mata pedang' tapi kini, 'mata pendrive lagi tajam'...


Published with Blogger-droid v2.0.8

You Might Also Like

17 Comment

  1. Sy suke kisah RM20 tu....tapi ramai antara kita tak sedar. Mmg tak akan sedar.

    =(

    ReplyDelete
  2. touching bila membaca tu..mmm..mmg tak semua wanita dapat body gitoo kan..bila dah bersalin, windu ngan body gitoo pulok

    ReplyDelete
  3. tersentuh hati kan bile bace psl rm20 tuh.smoga jd iktibar kpd ibu bapa yg lain...

    ReplyDelete
  4. tersentuh bace entri hari ni mama...kite sentiasa nakkan yg terbaik utk anak2 kan...heppy besday adik yaya....

    ReplyDelete
  5. bc dah kisah tu... so,sme la kita luangkan sedikit masa jugak tuk bersama anak2...

    ReplyDelete
  6. walau apapun ujian disaat mgndung & malahirkan..tp itulah pgalam terindah & menakjubkan

    ReplyDelete
  7. Myra belum pernah merasai pengalaman perut membesar selama 9bulan tersebut :)
    Myra antara insan yang belum bertuah untuk merasainya lagi.
    3 tahun masih terus menanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. x pa.. ada hikmahnya tu.. mungkin lagi mengeratkan hubungan dgn suami kannn.. ada privasi sikit...

      Delete
  8. crite ape tu ek? xbace lg..

    ReplyDelete
  9. mmg tersentuh dgn kisah RM 20 tu... dan yg pasti kita nakkan yg terbaik buat anak2 kita kan.

    *salam kenal juga dari izan kak. izan dok batu pahat. tapi asal selangor. ehhh.. terbalik pulak kita ye~

    ReplyDelete
  10. comelnye yaya=)

    smoge jase ibu- ibu dbalas sebaik- baiknya oleh Allah ddunia n akhirat,,amin =)

    ReplyDelete
  11. sy pun leh bergenang air mata baca kisah 20 ringgit tuh.. sedihkan..

    ReplyDelete
  12. takut plak tengak baby dalam perut

    ReplyDelete
    Replies
    1. issshhh pengalaman yg x da duanya lae

      Delete
  13. comel je gambar wanita mengandung tu.. :)

    ReplyDelete

Komen mencerminkan diri kita. Segala komen yang ditulis diucapkan ribuan terima kasih. Jangan serik untuk menulis komen demi kebaikan bersama.

PING

CK Free Auto Backlink My Ping in TotalPing.com Personal Blogs
best blogs

Popular Posts

Blog Archive

Labels