AddMeFast

Klik@Lazada

nuff

Trial SPM 2012 MRSM & Kelantan Download Sini

Cikgu Iza | October 08, 2012 | 12 Komen |
Tentu banyak guru SPM yang tercari-cari soalan Percubaan SPM dari Kelantan dan MRSM. Memang agak sukar untuk mendapatkan soalan dari kedua-dua negeri dan sekolah ini. Almaklum, banyak orang kata soalan Kelantan ala-ala soalan SPM sebenar.  Soalan MRSM pula boleh digunakan untuk menilai kemampuan sebenar calon SPM sekolah masing-masing kerana tentu sahaja soalannya agak mencabar.  Apabila calon SPM sekolah kita mampu menjawab soalan MRSM, tentu saja kita dapat mengukur kemampuan sebenar mereka.  Jadi, pada sesiapa yang ingin download soalan percubaan tersebut, bolehlah dapatkannya di sini.






Buat pengetahuan semua, muat turun ni hanya untuk soalan percubaan SPM Bahasa Melayu sahaja.  Kredit mama ucapkan kepada laman ini kerana berkongsi soalan Percubaan SPM 2012 semua negeri.  Jomlah ke laman web Bahasa Melayu SPM selepas muat turun soalan di blog ni ye.  Harapan mama agar semua calon SPM 2012 mampu melakar keputusan yang cemerlang.  Para guru hanya mampu berusaha apa-apa sahaja demi kecemerlangan para pelajar, namun usaha ini tidak mungkin berjaya tanpa komitmen dan kesungguhan jitu daripada semua calon SPM 2012.

Mama doakan semua calon SPM 2012 SMKBBSS
terutama murid 5b & 5k memperoleh kejayaan cemerlang..

12 comments:

kay_are said...

teringat zaman studi dulu.. memang internet pun takde, harap cikgu je r suap kan paper2 exam.. sekarang senang je leh cari sendiri kan.. =)

Haryati Faizal said...

bagus budak2 zaman sekarang search je kat internet dpt dah soklan2 pekse...antara rajin ngan tak je...

boni kacak said...

kalau zaman saya dulu...kena beli je buku ramalan2 ni..sekarang semuanya di hujung jadi je..hehehe

rieda_ffya said...

bagus kan..siap boleh download n wat latihan asas..time kite dlu susah nk dpt..

LYAfrina said...

leh bg kat ank sedara ni.. sbb dia nk ambik exam thn ni

KiD said...

teringat masa saya ambik smpv dulu.. :)

munna said...

teringat zaman munna dulu..... untung ada cikgu yg ambil berat

sal ya said...

mesti berdebar budak2 ni kan.

Nurul Akmal said...

Teringat kembali masa zaman ambik spm.. :)

Masz Sidek said...

zaman dulu kalau nak soalan percubaan ni... fotostat... baru dpt buat...

wan nurul hezrina said...

skang zaman makin maju..semuanya dihujung jari.baguslah blognie ada info yang sangat berguna.tgk rajin ker dok jer buat soklan2..hehe

Nur-nba said...

Salam singgah. Terima kasih kerana berkongsi link2 ini. Saya akan kongsikan diblog untuk manfaat para pelajar.. Salam perkenalan.

Post a Comment

Komen mencerminkan diri kita. Segala komen yang ditulis diucapkan ribuan terima kasih. Jangan serik untuk menulis komen demi kebaikan bersama.

nuff

SantaiEmas

CK Free Auto Backlink My Ping in TotalPing.com Personal Blogs
best blogs

Babab Ping

My Love and Cute Kids © . Designed by MaisarahSidi.com