Klik@Lazada

nuff

AFB Feeds

Muka Jehan Miskin?

Cikgu Iza | November 28, 2012 | 9 Komen |
Selamat dibedah pada pukul 1.15 tengah hari

sebelum dibedah asyik bermain...

masih di ward..

Nak tergelak ada..
Tahankan aja rasa nak ketawa kerana Syahmi on the way ke bilik bedah...
Apalah nurse HTAR ni.. tak pernah tengok muka Jehan Miskin ke..
Mulalah mereka bercerita yang JM pernah berlakon sebagai doktor di Unit Rawatan Harian dan salah seorang daripada mereka menjadi nurse Dr JM!
Nak dijadikan cerita mereka menyamakan pulak muka Syahmi dengan muka JM.. JM yang kurang hensem atau Syahmi yang terlebih cun ni.. confuse lah mama..
Sepanjang perjalanan ke OT, Syahmi leka dengan dunianya sendiri.. dia menggayakan dua pucuk pistol sambil menyanyi sedangkan kanak-kanak lain yang sebayanya yang baru 4 tahun teresak-esak menangis.. Ibu-ibu pula sibuk gila menenangkan anak masing-masing, sedangkan mama?Tergelak dalam hati mendengar bualan nurse...
Memang betullah dulu-dulu terkenal watak Aiman..kanak2 yang bersikap tidak ambil pusing dengan keadaan sekeling dan macam tulah Aiman Syahmi mama.. 'Aiman tak kisah..'
Dalam OT.. Sibuk nurse nak mendukung dan memeluk Syahmi.. Macam 'memeluk' JM ke? Hai..... kerana aura pelakon hensem, kita sanggup melakukan apa-apa saja...
Biarkanlah nurse muda-muda tu 'hanyut' dengan khayalan mereka, asal saja Syahmi mama selamat dan sihat semula... Alhamdullilah ya Tuhan kerana memberikan mama 'sebutir permata' yang setabah Syahmi walaupun bukan setampan Jehan...

Published with Blogger-droid v2.0.8

Cukup Cukup Sudah

Cikgu Iza | November 27, 2012 | 5 Komen |
Siapa yang tak tahu lagu Nirwana.. Cukup cukup sudah?
Iman pun dah hafal senikatanya. Itulah orang kita, lagu luar, kumpulan luar, diagung-agungkan, lagu sendiri? Yang pasti dianaktirikan, alasan? tak best.. Kalau kita kata tak best, siapa rasa-rasanya yang akan kata best? Orang Indonesia? No way lah ye...

cukup cukup sudah, talian hayat sudah berbunyi..

Sorrylah mama emosional sikit. Apa taknya, jalan-jalan di Plaza Alam Central, cuba angkat tangan kalau hati tak tersentuh apabila melihat 1001 macam gadjet terkini dengan harga yang belum tentu murah pun. Tapi malangnya, mama hanya mampu untuk menukar bateri notebook yang berharga RM170. Niat dihati nak menyunting mr ultrabook, tapi keinginan mama tak sampai, hanya mr bateri baru yang mampu disunting dari taman larangan. 
Sebenarnya, dah lama mama bergantung pada talian hayat cuma baru semalam mama membenarkan diri untuk mengeluarkan RM170 dari poket mama untuk membeli bateri baru NB ni. Almaklum, cuti sekolah, walaupun bonus dapat pun belum pasti dapat menampung segala keinginan anak-anak. Teringat zaman solo molo dulu, bila dapat gaji, tambah-tambah bila dapat bonus, yang pasti mama akan joli sakan. Baju sutera cina, beg bonia, kasut bonia, pendek akal, dari jam tangan bonia sampailah ke kasut pun mama cekup Bonia. Tapi sekarang, bila dah berderet anak.. beg mama tinggal beg giant aka tesco jer! kesian kan...

cukup cukup sudah
cukup dengar cerita karut mama
daripada batin terseksa..
lebih baik klik X saja............

Bila Tangkap Bola Ingat Leuniey...

Cikgu Iza | November 26, 2012 | 14 Komen |
Bila tengok Malaysia lawan Singapura malam tadi....
Terutama masa gol kedua Singapura, Apek tumbuk bola.. tapi tertumbuk ke gawang, diselamatkan oleh salah sorang pemain HM tetapi tiba kat kaki pemain Singapura dan gollll!!!
Terus fikiran mama teringatkan iklan Snickers.. Bila lapar je terus lembik...
Pada mama, apa yang berlaku malam tadi pada Apek... "Bila nampak bola jer, teringatkan Leuniey...'
Rupa-rupanya bukan mama jer yang beranggapan macam tu, banyak lagi pandangan dalam tweeter yang fikir macam tu rupa-rupanya...



Kesian Apek, itulah adat orang yang bakal mendirikan mahligai, akan diusik dan dicabar kesabaran hati masing-masing. Jika ada terbuat kesilapan, macam Apek ni, makin banyak la komen negatif. Diharapkan pasangan Apek dan Leuniey tidak mudah melatah dan ambil positif je setiap usikan tu yer...
Tapikan, pada mama, diharapkan coach Rajagobal memikirkan juga hal Apek ni. Almaklumlah, orang tengah asyik masyuk. Semua kerja tak menjadi walaupun dalam hati bertekad untuk buat yang terbaik, tapi kalau angin 'menggatal' tu dah penuh dalam kepala, semua kerja tak mungkin tip top. Ini pendapat mama jer, hasil daripada pengalaman juga kan. Tentu semua yang sudah berpengalaman akan mengiyakan pendapat mama ni. Time nak kahwin tu, emak cakap apa, abah cakap apa, semua ditolak ke tepi. Mr X tu lah yang terbaik untuk kita.. bak kata ustazah, time couple2 tu, Syaitan peluk kita, bila dah kahwin, pelukan syaitan dah terlepas, barulah terbuka hijab.... time tu, baru teringat kata emak, teringat kata abah...
Pada coach, mama rasa baik 'biarkan' Apek 'menyelesaikan' segala urusannya yang 'belum siap' dan biarkan mereka 'bebas' bersendiri, daripada kita mengharapkan pada goalkeeper yang bukan 100% berada di depan gawang. Mama tak kata Apek macam tu, tapi hakikatnya, orang yang sedang asyik bercinta memang macam tu pun... Jasad je ada tapi kepala?
Tanya baik-baik pada Apek, minta pendapat ikhlas dari sudut hati Apek... Harimau Malaya belum terlambat kerana Indonesia dan Laos pun cuma seri je malam tadi. Kalau HM boleh kalahkan Indonesia dan kalahkan Laos walaupun Singapura menang kedua2 game lepas ni, tiket naib johan kumpulan masih ada. Caiyok HM, jom bangkit.....


Kekalahan 3-0
bukan salah Apek je, salah semua tau...

Jadual AFF Suzuki Kumpulan B

Cikgu Iza | November 24, 2012 | 6 Komen |
Kenapa Jadual Kumpulan B? Tentulah kerana pasukan pujaan kita? Harimau Malaya diundi dalam kumpulan ni. Perlawanan pertama Malaysia akan bertemu Singapura esok pada pukul 8.45 malam. Kalau tengok TV3 time temubual dengan pemain Singapura, dia orang kata HM tetap jadi pilihan dan rata-rata pemain mereka merupakan pemain LionX11. Ala kacang lee, Red Warriors pun dapat penyek-penyekkan Lion X11 inikan pula HM kan??

jadual aff 2012

Di bawah ni pula carta AFF kumpulan B. Harap-harap esok segala-galanya berubah menjadi P-1, M-1, S dan K-0, J-2, B-0 dan Mt-3. Amin.... Tentu semua mengharapkan yang sama kan? Kalau macam tu, sama-samalah kita menyokong HM di depan TV??  Kalau nak tau siapa bintang HM esok, silalah klik di sini. Walaupun mama tak kenal sangat tapi mama tak da le tak tau langsung...

carta AFF 2012 kumpulan b

Tentu hairan kan, mama sibuk nak cari jadual AFF 2012 pulak. Sebenarnya, untuk memudahkan mama menenangkan hati kakak Iman, Syahmi dan Yaya. Almaklum, semenjak Disney XD Astro 617 dah ada, kuasa menjaga remote tv berada dalam genggaman mereka! Mereka lebih mengenali Ulimate Spiderman, Armored Adventures, Tron Uprising, Iron Man dan banyak lagi 'pujaan' kartun mereka. Kalau tak dipaksa tidur, pukul 12 tengah malam pun masih berjaga untuk menonton! Tambah-tambah lagi sekarang ni musim cuti sekolah, mama bercuti jadi anak-anak pun macam faham-faham jer pagi tak payah bangun pagi untuk dihantar ke taska so malam boleh tidur lewat... 


jadual disney XD
Jadual Disney XD dari wikipedia

Pada bapa-bapa yang menghadapi masalah sama, remote tv 'dikuasai' oleh anak-anak, carilah alternatif paling bijak untuk boleh menonton AFF pula yer. Jangan sampai rumah orang lain riuh dengan sorakan kemenangan dan aksi berbisa HM tapi rumah kita riuh dengan tangisan anak-anak. Orang ingatkan HM kalah la pula nanti!.. 

Jom sama-sama menyokong HM walau apa-apa pun realiti di atas padang 
kerana HM adalah identiti bola sepak Malaysia masa kini
terimalah kenyataan walaupun pahit...

Cuti 2013 : Booking Air Asia Murah

Cikgu Iza | November 21, 2012 | 8 Komen |
Cuti sekolah 2012 dah lama bermula.. sejak 3 November 2012 ooppps tu tarikh DD & FK nikah dan dah dapat anak pun dah... cuti bermula 9 November 2012 yang lalu. Maknanya dah +-12 hari dah cuti.  Setiap hari mama terpaksa rela p sekolah untuk menyelesaikan tugasan untuk 2013. Siapa mama sehinggakan kena buat tugasan 2013,.. mama hanya cikgu biasa yang kena buat kerja orang lain yang superbiasa... nada sayu ni..

Mama cuma sempat ke Kidzania semasa Deepavali ari tu. 1 hari tu je mama dapat meluangkan masa untuk anak-anak. Sedih sangat, tapi apakan daya, kerja kena kerja juga kan. Jom layan anak-anak mama semasa p Kidzania ari tu. Gambar tak banyak sebab snap guna note je, kalaulah ada dslr ke interchangeable lens ke.... Tapi x pa le, sekurang-kurangnya tercapailah hajat mereka nak ke sana...

nak buat vitagen sendiri...

penat beratur nak p tingkat 5 Kidzania tuh..

kakak over suka time melukis.. syami cuma tengok mama kat pintu jer..

kakak iman sempat peace yo ..

beratur nak buat sandwich...

watak : macam biasa kakak Iman, abang syahmi dan Yaya...

Kepada ibu bapa yang nak booking tiket murah Air Asia di http://fleapy.com/  bolehlah check tarikh cuti sekolah 2013 di sini dan tarikh cuti umum setiap negeri 2013. Semoga kita sama-sama dapat bercuti sambil meluaskan pandangan dan dapat meluangkan masa bersama-sama anak-anak dengan percutian walaupun murah dan ringkas tetapi cukup bermakna. 

Published with Blogger-droid v2.0.8

Syoknya Mengandung...

Cikgu Iza | November 18, 2012 | 3 Komen |

Dua minggu tidak update blog...
Empat hari muntah-muntah...
Tak lalu makan..
Petanda?
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
1.Bosan
2.Malas
3.Tak ada idea
4.Tensyen banyakkkk kerja..
** tolong kongsi pengalaman boleh..
majalah sekolah dah tiba.. ada 42 pack setiap 1 ada 20 buah.. so 840 buah..
perlu ke check 1 demi 1 sbelum buat payment???

Published with Blogger-droid v2.0.8

Kidzania Malaysia : Seram la ..

Cikgu Iza | November 10, 2012 | 6 Komen |
Kidzania : macam seronok je. Tapi seronok ke? Tunggu je la cerita selepas kejadian ok.

invice Kidzania
Bukti mama nak pergi...

pas masuk kidzania
pas masuk kami..

Semua tu bukti betapa gelojohnya kami. Bila baca alkisah pengalaman orang lain dalam blog tentang Kidzania, macam indah khabar dari rupa. Seperti kata Syokkahwin..

Kisah Kidzania mungkin belum ramai yang tahu.. mungkin sebab kurangnya promosi. Tetapi taman tema terbaru di Kuala Lumpur ini telah dibuka pada 28 hb Februari lalu oleh Timbalan Perdana Menteri. Seronok punya bagai anak seorang yang ada nie.. Belum sampai dah cakap.. “Wow, look at that!”.. tak abis2.. We all dah beli tiket secara online seblum datang sebab we were expecting a long queue.. but  when we came there was almost none.. Greeting us were Air Asia Mock Up Check in counter.. The building is five-story high but Kidzania I believe only occupies 2 of the floors. What happened to the rest? I don’t know.

Baca kisah Utara Selatan, pula, seram pula mama. Almaklum, anak-anak mama baru 2-6 tahun je. Sedangkan Utara Selatan kata, kalau boleh bawa anak-anak atau adik-adik yang dah boleh berdikari (umur 9 tahun dan lebih).. sebabnya :

Bagi Alkisah
Kalau korang nak bawa adik adik or anak anak ke Kidzania
biarlah bebudak tu berumur 9 tahun
kalau nak bawa 6-7-8 tahun
biarlah bebudak tu boleh berdikari macam 9 tahun

Sebab:
setiap kerja yang diorang buat akan dapat duit
dan ada sesetengah aktiviti yang diorang buat kena pakai duit.

bila diorang nak bershopping dalam Kidzania
seriously cakap
diorang kena rajin bekerja

nak kerja bukannya senang
kena beratur panjang untuk sesetengah kerjaya
kadang kadang ambil masa sampai 30-60 minit untuk menunggu giliran
dan seriously cakap underpaid
kekeke.

itu pasallah Alkisah sarankan biar bebudak tu benar benar berdikari
jadi bagi parents atau abang abang/kakak kakak yang follow tu
boleh lepak minum kopi kat dalam Kidzania
sambil memerhati kerenah budak budak dengan kerjaya masing masing

Akhir kata dari Alkisah:
 Dalam kidzania dengan dunia luar
sama je
"Bukan senang nak dapat kerja
Tunggu itu pasti,
Dapat belum tentu,
Gaji yang ada tidak mencukupi"

Betullah Alkisah, mama harap anak-anak yang sudah melalui pengalaman berharga di dunia fantasi pekerjaan  tu dapat pengalaman dan ilmu yang maha berharga. Mereka harus faham bahawa, tiada benda yang mustahil di dunia ni, asalkan kita rajin berusaha. Namun, kejayaan dan kesenangan pulak tidak datang bergolek, maknanya kita kena rajin berusaha untuk berjaya dan untuk jadi 'senang'. Walaupun kesenangan tu bersifat subjektif, namun mama rasa semua orang mahukan 'kesenangan' yang berupa kekayaan fizikal dan mental supaya tidak muflis dunia dan akhirat... insyaallah... 

Kamera Interchangeable Lens : Fantasi vs Realiti

Cikgu Iza | November 07, 2012 | 13 Komen |
Mama nak sangat dia. Mama mahu sangat dia, tak kisahlah sama ada Mr.NEX-F3 atau Mr.NEX-5N. Perbezaannya tak jauh sangat, specnya pun lebih kurang, seksinya fuuiih amat.. Perbezaannya cuma pada sama ada mama boleh 'cuit-cuit dan tonyoh-tonyoh pipinya' atau tidak je. Apabila dapat cuit pipi, tentu harganya agak lebih mahal. So, mama kena tengok la bonus bulan 12 ni dapat berapa, tapi pokok pangkalnya, fantasi atau realiti?

Mama nak dia..

Mama mahu Mr NEX-F3 yang berbaju maroon tu sangat-sangat. Kalau dapat nanti, mama akan peluk-peluk dia erat-erat. Fuiiihhh leganya hati mama jika dapat dia. Tapi mama risau juga, sama ada pilihan mama Mr Sony ni pilihan terbaik atau sebaliknya. Mama google dan jumpa nota fotografi ni. Mari pilih jenama kamera terbaik di sini.

Jenama banyak di pasaran, pening kepala nak pilih..

Sekarang ni, mama cuma ada kamera kompak je. Adik-adik semua dah ada DSLR, tapi mama tak berapa nak suka DSLR kerana saiznya yang agak besar dan berat, tak sesuai untuk dimasukkan dalam handbag mama yang cute tu. Sebab tu mama minat sangat dengan Mr NEX-F3 ni. Fungsinya ala-ala DSLR, cuma ada sedikitlah kekurangannya, tapi yang utama dia cantik, dia cute, dia seksi, dia ringan, dia pujaan hati mama. Harganya? Cukuplah bonus setengah bulan ni nanti...

Kenapa mama nak sangat Mr NEX-F3 ni:

1.Professional quality in your pocket


Enjoy shooting with a performance powerhouse that offers full features in a stylish frame and fits in the palm of your hand. E-mount NEX cameras deliver professional DSLR quality images in a compact form, with interchangeable lenses available to suit your shooting situations.


So small, light and easy to use, the cameras look good, feel good and perform well. Despite its small size, it never compromises on quality of build of features, power or capability. With E-mount NEX cameras, you can experience full-fledged DSLR quality imaging power wherever you go.

2. DSLR Quality - haa tak payah beli DSLR yang gedabak tuh!
Uncompromised image performance

Amazing beauty can be captured anywhere with a large, high-performance internal Exmor™ APS HD CMOS sensor and powerful BIONZ™ processor in E-mount NEX cameras. Usually found in professional DSLR cameras, this larger sensor enables capture of exceptional DSLR quality images with rich, true-to-life colours, bringing your photography to the next level.

3.Photo Creativity Interface
Edit and operate with ease - senang ke?? tak cuba x tau kannnn

Explore your artistic potential with the simplicity of 'press and rotate' on the Photo Creativity Interface. Instantly access the menu on E-mount NEX cameras and with just a touch of a button, make edits to your photos with its easy operation and intuitive accessibility.

4.Picture Effects
Create art from your camera

With up to 11 settings and tools to create unique effects on photos and movies, creatively use filters and show off your artistic expressions. Whether you select a partial colour filter, retro or toy camera mode; you can create works of photographic art simply by releasing the shutter and have the camera save them for you automatically without the need of any editing software.


Sebenarnya ada 2 sebab lagi, tapi cukuplah 4 sebab mama nak sangat2 Mr NEX-F3 ni. Nak tau 2 sebab lain, klik di sini. Lepas tu mama klik pulak tang lens. Fullamak, harganya?? Lihat di sini harga lensa asas je. 

Mama dah ada olympus..

nak ke DSLR? menarik tapi tak cute la pulak..

Wow.. pujaan hati mama nie..


Tiket Legoland Free

Cikgu Iza | November 06, 2012 | 16 Komen |
Cuti sekolah bakal bermula pada minggu hadapan. Tentu ramai ibu bapa yang tercari-cari tempat menarik untuk dikunjungi bersama anak-anak. Jom p Legoland? Tiket untuk ke Legoland ni agak mahal tapi jika kita bijak merancang, kita akan mendapat tiket free ke sana. Caranya ialah kita berbelanja melebihi RM 30 dalam 1 tiket di KFC, kita akan dapat 1 tiket free untuk kanak-kanak 3 hingga 12 tahun. So mama berbelanja RM 90 dan dapatlah 3 tiket free untuk  kanak-kanak. Bijak kan, dah la dapat makan KFC, dapat pula tiket free ke Legoland.

tiket free ke legoland
Tiket free ke Legoland untuk anak2 mama

Syarat-syarat untuk guna tiket free

Jom p Legoland?


Satu cara lagi untuk berjimat apabila ke Legoland, cuba beli tiket secara online. Tiket ni perlu dibboking 7 hari sebelum kita bercadang untuk ke Legoland. Sebenarnya, kita boleh berjimat sehingga 25% jika membeli tiket secara online ni. Tapi malangnya, jika beli tiket secara online, tiket free untuk kanak-kanak pula tak boleh digunakan!. So mama tak bolehlah jimat dan jimat dan jimat... isshhh pandai juga pihak Legoland ni kannn...


Jom explore Legoland di sini. Almaklum, mama belum pergi lagi ke legoland ni, jadi mama explore kat Google aje le. Harap-harap cuti sekolah panjang ni mama dapat le bawa anak2 pi Legoland dan Kidzania. Jom chek tiket dan tarikh ke Kidzania di sini.Mama teringin sangat nak bawa anak-anak ke tempat2 ni, satu kerana Kidzania dekat dah dengan rumah dan Legoland pula dekat dah dengan rumah nenek mereka. Kalau nak ke tempat lain, mama nak kena pikir pasal hotel, pasal tambang, pasal makan, pasal cuti abah, tapi kedua-dua tempat ni semua benda tu dah settle. Kalau pi Kidzania, mama boleh berulang je dari rumah dan kalau pi Legoland boleh dari rumah emak, kan ke jimat dah tu. Doa-doakan ye agar hajat mama nak ke Legoland dan Kidzania tercapai. Selamat bercuti untuk.. mama (jangan jeles ye).

Published with Blogger-droid v2.0.8

Tips Sehari Sebelum SPM 2012

Cikgu Iza | November 04, 2012 | 5 Komen |
Mama ingin berkongsi tips sebelum Spm versi Dato Hj Fadzilah Kamsah menerusi Fbnya. Tentu ramai calon Spm yang tak senang duduk berdebar2 menantikan bermulanya exam Spm esok. Sebenarnya dalam tempoh tak sampai 24 jam lagi ni, yg penting calon Spm terutama anak didik mama jgn mudah gelabah. Yakin dgn segala usaha yg telah kita lakukan sepanjang tahun 2012 ini. Kalau boleh ikut tips Dato Fadzilah ni ye... Kita hanya berusaha, yang menentukannya tentulah Dia. Doa mama semoga calon Spm dapat buat yg terbaik demi masa depan anda juga. * sorry mama x join restu spm kerana hati mama pedihhh tapi jauh di sudut hati mama masih tersimpan sekelumit rasa ihsan, yg pasti mama tak berdendam..mama anggap anak didik mama 'tak cukup ilmu' lagi dan tugas kami memberi ilmu wp kadang2 terasa sia-sia je tp yakinlah tiada erti putus asa dlm jiwa kami... Yakin boleh..caiyok khas utk izzad danial,hanif,hazwan,azli,faizal.. buat betul2 ya esok...
Published with Blogger-droid v2.0.8

Farid & Diana : Sah Suami Isteri

Cikgu Iza | November 03, 2012 | 3 Komen |
Tentu ramai gadis kat luar sana frust kerana artis kesayangan ramai yang hensem ni sudah menjadi milik abadi Diana Danielle. Tapi yang penting syaitan menangis kerana sudah tidak dapat menganggu pasangan yang telah sah diijabkabulkan ni. Alhamdulillah.

kenapa diana pilih Farid
rahsia Diana pilih Farid.. sweetnya

Pasangan yang amat sweetttt.. suka

Akad nikah... terketar-ketar farid??

credit gambar kepada beautiful

Akhirnya pasangan ini berjaya juga dinikahkan walaupun pada awalnya Diana menghadapi masalah untuk mencari bapa kandungnya dan terpaksa berwalikan hakim. Majlis pernikahan agak unik kerana kebiasaannya pasangan akan bernikah di masjid tetapi pasangan glamour ini memilih lokasi berlatar belakangkan tasik di Hotel Flamingo, Ampang sebagai saksi termeterainya ikatan sah mereka ini. 

Ada beberapa komen dalam Blog BN yang menarik minat mama, 
antaranya "baju Diana simple, cantik tapi lebih ke arah Indon" dan 
"majlis akad nikah dan solat sunat yang diadakan di luar terlalu simple 
dan kesian pengantin perempuan terpaksa berpanas".

Pada mama, hak pasangan tersebut untuk memilih sesuatu yang unik untuk majlis mereka supaya dapat dibuat kenangan manis pada anak cucu nanti. Memang betullah, setiap kelainan pasti akan timbul komen dan ketidapuashatian. Namun, selagi segala rukun nikah ditepati, walau di mana-mana lokasi sekalipun tidak menjadi isu kannn... tapi kann yang tak bestnya, Farid sempoi sangat aarr cuma bercapal jer, oppps kutuk gak!!!

Lagi gambar Diana yang sweet di Rotikaya..






Published with Blogger-droid v2.0.8

Petua Atasi Kencing Malam : Pepatung

Cikgu Iza | November 02, 2012 | 4 Komen |
Mama memang menghadapi masalah anak-anak kencing malam. Malah, siang pun anak-anak sukar nak mengawal tabiat kencing mereka. Mungkin kerana dah terbiasa 'melepas' dalam pampers, jadi agak sukar untuk mereka mengawal keinginan untuk kencing tu. Pada mulanya mama hanya surf internet untuk mendapatkan petua. Rasa geram juga kerana anak-anak sudah masuk umur 4 tahun tapi kos pampers masih macam baby lagi. Bukan soal duit sebenarnya, tapi soal tabiat kencing mereka yang mama utamakan.

Teknik paling mudah : campurkan madu ngan limau nipis 
beri sesudu pada anak setiap pagi dan sebelum tidur

Banyak lagi petua lain, antaranya yang ditulis dalam blog My Precious Life ni. Pendapat daripada doktor pun mama cari, misalnya dalam blog doktor ini. Baru-baru ni, semasa balik kampung untuk menyambut Hari Raya Aidil Adha, kak Jie mencadangkan mama agar mencari sesiur aka pepatung. Kalau orang banjar memanggilnya sesiur sementara orang lain pepatung kot. Syaratnya, sesiur ni kena ditangkap pada hari Jumaat sahaja.

petua atasi anak kencing malam
Inilah sesiur Jumaat


Setelah menguji ketangkasan menangkap sesiur ni, pastikan dia mati dulu tau. Lepas tu, 'patuk-patukkan' sesiur ni pada ari-ari anak. Insyaallah berkesan. Mama dah buat pada kakak Iman, alhamdulillah berkesan dan sekarang mama buat pada Syami pulak. Time kakak Iman, mama patukkan sekali je dah berkesan, tapi Syami agak kurang sikit. Dia masih tak dapat mengawal habit kencing malam, tapi mama tetap akan berusaha. Mama akan patuk-patukkan lagi dan lagi. Mungkin kerana sikap anak perempuan mudah patuh dan 'takut' kena patuk, jadi sekali 'patuk' je kakak Iman dah ok. Kita sebagai ibu bapa hanya berusaha, segala-segalanya atas izin Allah swt juga kan. Tak salah kan kalau kita berusaha dan usaha kita berjaya dengan izin-nya juga.

Published with Blogger-droid v2.0.8

Gaji Naik 5% 2013

Cikgu Iza | November 01, 2012 | 10 Komen |
Sebelum ke GoldCourse, Klang pagi tadi, mama terbaca berita gembira kenaikan gaji kakitangan awam sebanyak 5% pada tahun 2013.  Macam-macam komen yang diberikan antara percaya dengan tak percaya. Tapi kerana ada 'jemputan' di GoldCourse, isu ni terhenti begitu saja.

gaji kakitangan awam naik 5% 2013
Gaji naik lagi? Tq Tok Jib

Niat di hati, nak menanda kertas exam PAT yang tarikh akhir key in markah kat SAPS pada 6 November ni, tapi isu hangat kenaikan gaji lebih memukau mata mama. So, mama pun klik la Mynewshub.my dan berita menggembirakan tu, memang satu realiti rupanya. Jomlah baca kisah kenaikan gaji di sini. Tapi mama kurang faham apabila membaca berita tu, sama ada gaji yang naik atau kenaikan gaji tahunan yang naik. Tapi, walau apa-apa pun yang naik, mama memang happy sangat-sangat. makin bertambah-tambah ramai lah yang jealous dengan kakitangan awam lepas ni, tapi orang 'di luar' jangan lihat yang 'manis-manis' aja. Faham-faham sajalah ya, kalau semuanya 'ok', kenapa pula kerajaan terpaksa 'merayu' para doktor dan profesional untuk menabur bakti di Malaysia. Tepuk dada, tanyalah selera. 


Sebenarnya hari ni, mama ada 'jemputan kenduri' di GoldCourse, Klang. Hotelnya di tengah-tengah bandar Klang yang maha sesak. Masuk-masuk je, mama lihat banyak 'kenduri' lain, almaklum jabatan kerajaan suka sangat buat majlis kat sini. Nak kata hotelnya ok, entahlah, nak kata servis ok, lagi mama geleng kepala, kerana sepanjang hidup mama masuk hotel, inilah pertama kali mama terpaksa berkipas dan berpeluh dalam hotel! Mungkin nak save budget, jadi aircond pun tak dipasang!! Kesian kan, kakitangan kerajaan yang terpaksa berkursus dan bermesyuarat di hotel sebegini rupa. Mama lihat orang lain yang datang berkot, tak panas ke dia orang tu???






Sebenarnya, mama p majlis graduasi tingkatan 5 kat situ. Hari ini mama tak sekolah tapi berpeluh dan bersauna di Hotel Gold Course sambil makan-makan, sambil nyanyi-nyanyi..


Terima kasih Tok Jib kerana berikan kenaikan gaji 5 % tahun depan dan, budak-budak SPM 2012 special sikit kerana diberikan cenderamata oleh Datuk Najib beserta doa khas untuk mereka! Alahai...Mama hanya mampu tersenyum sinis kerana bahang politik turut mewarnai pemikiran pelajar sekolah, boleh pulak matlamat menghalalkan cara?


Published with Blogger-droid v2.0.8

nuff

SantaiEmas

CK Free Auto Backlink My Ping in TotalPing.com Personal Blogs
best blogs

Babab Ping

My Love and Cute Kids © . Designed by MaisarahSidi.com