Pages

@aimaniman |

Bila Tangkap Bola Ingat Leuniey...

Bila tengok Malaysia lawan Singapura malam tadi....
Terutama masa gol kedua Singapura, Apek tumbuk bola.. tapi tertumbuk ke gawang, diselamatkan oleh salah sorang pemain HM tetapi tiba kat kaki pemain Singapura dan gollll!!!
Terus fikiran mama teringatkan iklan Snickers.. Bila lapar je terus lembik...
Pada mama, apa yang berlaku malam tadi pada Apek... "Bila nampak bola jer, teringatkan Leuniey...'
Rupa-rupanya bukan mama jer yang beranggapan macam tu, banyak lagi pandangan dalam tweeter yang fikir macam tu rupa-rupanya...



Kesian Apek, itulah adat orang yang bakal mendirikan mahligai, akan diusik dan dicabar kesabaran hati masing-masing. Jika ada terbuat kesilapan, macam Apek ni, makin banyak la komen negatif. Diharapkan pasangan Apek dan Leuniey tidak mudah melatah dan ambil positif je setiap usikan tu yer...
Tapikan, pada mama, diharapkan coach Rajagobal memikirkan juga hal Apek ni. Almaklumlah, orang tengah asyik masyuk. Semua kerja tak menjadi walaupun dalam hati bertekad untuk buat yang terbaik, tapi kalau angin 'menggatal' tu dah penuh dalam kepala, semua kerja tak mungkin tip top. Ini pendapat mama jer, hasil daripada pengalaman juga kan. Tentu semua yang sudah berpengalaman akan mengiyakan pendapat mama ni. Time nak kahwin tu, emak cakap apa, abah cakap apa, semua ditolak ke tepi. Mr X tu lah yang terbaik untuk kita.. bak kata ustazah, time couple2 tu, Syaitan peluk kita, bila dah kahwin, pelukan syaitan dah terlepas, barulah terbuka hijab.... time tu, baru teringat kata emak, teringat kata abah...
Pada coach, mama rasa baik 'biarkan' Apek 'menyelesaikan' segala urusannya yang 'belum siap' dan biarkan mereka 'bebas' bersendiri, daripada kita mengharapkan pada goalkeeper yang bukan 100% berada di depan gawang. Mama tak kata Apek macam tu, tapi hakikatnya, orang yang sedang asyik bercinta memang macam tu pun... Jasad je ada tapi kepala?
Tanya baik-baik pada Apek, minta pendapat ikhlas dari sudut hati Apek... Harimau Malaya belum terlambat kerana Indonesia dan Laos pun cuma seri je malam tadi. Kalau HM boleh kalahkan Indonesia dan kalahkan Laos walaupun Singapura menang kedua2 game lepas ni, tiket naib johan kumpulan masih ada. Caiyok HM, jom bangkit.....


Kekalahan 3-0
bukan salah Apek je, salah semua tau...

Sudah baca sila komen

14 comments:

faraherda.razalan said...

Bukan salah Apek. Klu pemain tgh mati, defend pun longlai. Tak ada taktikal sbb Rajagobal duk uji player saat2 akhir AFF. Pemain tak serasi. Kesimpulannya, game semalam le....

Razfira said...

tulah..apek angau sgt malam td.. byk problem kot

siti fatimah said...

tu la kan.. samalah ayat yg selalu bos akak ckp kat single yg suka buat salah kat office.

cepat kawin!.. hehehe.. kalau kawin tak de buat salah ek? hehehe...

Hani Syahani said...

Betollah kak,geram je tgk td mlm..msti apek ni fkir byk benda lm setel,nk kwin kn xtenang atinye..

maszull said...

Assalamualaikum....kesian apek kn hehehe apa2 pun moga dia dpt memperbaiki kesilapannya nanti....:)

aTieYusof Family said...

Sedih btl tgk Malaysia kalah..huhu.
Takut tewas dlm Piala Suzuki :(

Kakzakie said...

Hubby kakak pun boleh kata macam tu tau. Lepas tu dia malas tengok ikut kakak baca buku lagi best. Pagi ini berita baru tahu dah kalah...

syiela said...

tak tengok pun semalam.. pagi ni baru tau dah kalah

aimaniman said...

Tu la bahana takut bayang2 sendiri x percaya keupayaan diri dan x berani nak membuat pilihan sendiri.. Akibatnya hm yg malu

aimaniman said...

Yupp angau nak kawin sampai lupa tujuan kat padang jg gol. .

Kesuma Angsana said...

aduhai keciwa lah KA tgk smlm !

Mia Kassim said...

Salam singgah.....:D
Kecewa tengo bola semalam....huhu

Riedaffya ibrahim said...

kat opis sy pon ramai cakap tu..apex duk ingat majlis dia yg grand tu kut...maklum le ramai penaja..tp bukan rezki HM mlm tu kut,,,ape pun chayok2 HM..

munna said...

nasiblah munna tak minat ngan bola ... tapi sedih gak malaysia tewas dgn singapore

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012