Gaji Naik 5% 2013

November 01, 2012

Sebelum ke GoldCourse, Klang pagi tadi, mama terbaca berita gembira kenaikan gaji kakitangan awam sebanyak 5% pada tahun 2013.  Macam-macam komen yang diberikan antara percaya dengan tak percaya. Tapi kerana ada 'jemputan' di GoldCourse, isu ni terhenti begitu saja.

gaji kakitangan awam naik 5% 2013
Gaji naik lagi? Tq Tok Jib

Niat di hati, nak menanda kertas exam PAT yang tarikh akhir key in markah kat SAPS pada 6 November ni, tapi isu hangat kenaikan gaji lebih memukau mata mama. So, mama pun klik la Mynewshub.my dan berita menggembirakan tu, memang satu realiti rupanya. Jomlah baca kisah kenaikan gaji di sini. Tapi mama kurang faham apabila membaca berita tu, sama ada gaji yang naik atau kenaikan gaji tahunan yang naik. Tapi, walau apa-apa pun yang naik, mama memang happy sangat-sangat. makin bertambah-tambah ramai lah yang jealous dengan kakitangan awam lepas ni, tapi orang 'di luar' jangan lihat yang 'manis-manis' aja. Faham-faham sajalah ya, kalau semuanya 'ok', kenapa pula kerajaan terpaksa 'merayu' para doktor dan profesional untuk menabur bakti di Malaysia. Tepuk dada, tanyalah selera. 


Sebenarnya hari ni, mama ada 'jemputan kenduri' di GoldCourse, Klang. Hotelnya di tengah-tengah bandar Klang yang maha sesak. Masuk-masuk je, mama lihat banyak 'kenduri' lain, almaklum jabatan kerajaan suka sangat buat majlis kat sini. Nak kata hotelnya ok, entahlah, nak kata servis ok, lagi mama geleng kepala, kerana sepanjang hidup mama masuk hotel, inilah pertama kali mama terpaksa berkipas dan berpeluh dalam hotel! Mungkin nak save budget, jadi aircond pun tak dipasang!! Kesian kan, kakitangan kerajaan yang terpaksa berkursus dan bermesyuarat di hotel sebegini rupa. Mama lihat orang lain yang datang berkot, tak panas ke dia orang tu???






Sebenarnya, mama p majlis graduasi tingkatan 5 kat situ. Hari ini mama tak sekolah tapi berpeluh dan bersauna di Hotel Gold Course sambil makan-makan, sambil nyanyi-nyanyi..


Terima kasih Tok Jib kerana berikan kenaikan gaji 5 % tahun depan dan, budak-budak SPM 2012 special sikit kerana diberikan cenderamata oleh Datuk Najib beserta doa khas untuk mereka! Alahai...Mama hanya mampu tersenyum sinis kerana bahang politik turut mewarnai pemikiran pelajar sekolah, boleh pulak matlamat menghalalkan cara?


Published with Blogger-droid v2.0.8

You Might Also Like

10 Comment

  1. tumpang gembira kak...

    hehe... boleh plak hotel takde aircond ye~

    ReplyDelete
  2. done follow balik.. :D.. Tq follow akak..
    betul ker naik 5%.. bukan untuk kakitangan yang dah gaji ceiling ker?.. ish ish ish confuse confuse..

    ReplyDelete
  3. untung kerja gomen.......budak2 sekolah pun beruntung....

    ReplyDelete
  4. @k izan

    yuppp 20% jer terlibat yg dah sampai gaji mati... kawan2 kat sekolah buat lawak.. yg hidup gaji mati je terima yang hadup gaji x mati x terima.. isshh

    ReplyDelete

Komen mencerminkan diri kita. Segala komen yang ditulis diucapkan ribuan terima kasih. Jangan serik untuk menulis komen demi kebaikan bersama.

PING

CK Free Auto Backlink My Ping in TotalPing.com Personal Blogs
best blogs

Popular Posts

Blog Archive

Labels