AddMeFast

Klik@Lazada

nuff

Jadual AFF Suzuki Kumpulan B

Cikgu Iza | November 24, 2012 | 6 Komen |
Kenapa Jadual Kumpulan B? Tentulah kerana pasukan pujaan kita? Harimau Malaya diundi dalam kumpulan ni. Perlawanan pertama Malaysia akan bertemu Singapura esok pada pukul 8.45 malam. Kalau tengok TV3 time temubual dengan pemain Singapura, dia orang kata HM tetap jadi pilihan dan rata-rata pemain mereka merupakan pemain LionX11. Ala kacang lee, Red Warriors pun dapat penyek-penyekkan Lion X11 inikan pula HM kan??

jadual aff 2012

Di bawah ni pula carta AFF kumpulan B. Harap-harap esok segala-galanya berubah menjadi P-1, M-1, S dan K-0, J-2, B-0 dan Mt-3. Amin.... Tentu semua mengharapkan yang sama kan? Kalau macam tu, sama-samalah kita menyokong HM di depan TV??  Kalau nak tau siapa bintang HM esok, silalah klik di sini. Walaupun mama tak kenal sangat tapi mama tak da le tak tau langsung...

carta AFF 2012 kumpulan b

Tentu hairan kan, mama sibuk nak cari jadual AFF 2012 pulak. Sebenarnya, untuk memudahkan mama menenangkan hati kakak Iman, Syahmi dan Yaya. Almaklum, semenjak Disney XD Astro 617 dah ada, kuasa menjaga remote tv berada dalam genggaman mereka! Mereka lebih mengenali Ulimate Spiderman, Armored Adventures, Tron Uprising, Iron Man dan banyak lagi 'pujaan' kartun mereka. Kalau tak dipaksa tidur, pukul 12 tengah malam pun masih berjaga untuk menonton! Tambah-tambah lagi sekarang ni musim cuti sekolah, mama bercuti jadi anak-anak pun macam faham-faham jer pagi tak payah bangun pagi untuk dihantar ke taska so malam boleh tidur lewat... 


jadual disney XD
Jadual Disney XD dari wikipedia

Pada bapa-bapa yang menghadapi masalah sama, remote tv 'dikuasai' oleh anak-anak, carilah alternatif paling bijak untuk boleh menonton AFF pula yer. Jangan sampai rumah orang lain riuh dengan sorakan kemenangan dan aksi berbisa HM tapi rumah kita riuh dengan tangisan anak-anak. Orang ingatkan HM kalah la pula nanti!.. 

Jom sama-sama menyokong HM walau apa-apa pun realiti di atas padang 
kerana HM adalah identiti bola sepak Malaysia masa kini
terimalah kenyataan walaupun pahit...

6 comments:

yana aina said...

wahh ... lepas nie lepak kedai mamak jerk lh yana. teman hubby yg kaki bola ... hehehh yana dyg membalas kunjungan ^^

Kesuma Angsana said...

sokong HM cuka x brp nak ikut bola2 ni hehehe

maszull said...

assalamualaikum...semoga Malaysia berjaya..;)

wantie said...

bila citer pasal bolake hapa ke memang kantoi.

cuma tonton bila hubby tonton je.
nak tau lebih lanjut tu memang idak ler.

ziraziz said...

..Harimau Malaya BOLEH.. :)

Riedaffya ibrahim said...

Suke ayat akak yg last sekali...jgn time meletop aje baru nak sokong HM...nak kalah kutuk kaw2...betul x? semangat kesukanan perlu ada...

Post a Comment

Komen mencerminkan diri kita. Segala komen yang ditulis diucapkan ribuan terima kasih. Jangan serik untuk menulis komen demi kebaikan bersama.

nuff

SantaiEmas

CK Free Auto Backlink My Ping in TotalPing.com Personal Blogs
best blogs

Babab Ping

My Love and Cute Kids © . Designed by MaisarahSidi.com