Petua Atasi Kencing Malam : Pepatung

November 02, 2012

Mama memang menghadapi masalah anak-anak kencing malam. Malah, siang pun anak-anak sukar nak mengawal tabiat kencing mereka. Mungkin kerana dah terbiasa 'melepas' dalam pampers, jadi agak sukar untuk mereka mengawal keinginan untuk kencing tu. Pada mulanya mama hanya surf internet untuk mendapatkan petua. Rasa geram juga kerana anak-anak sudah masuk umur 4 tahun tapi kos pampers masih macam baby lagi. Bukan soal duit sebenarnya, tapi soal tabiat kencing mereka yang mama utamakan.

Teknik paling mudah : campurkan madu ngan limau nipis 
beri sesudu pada anak setiap pagi dan sebelum tidur

Banyak lagi petua lain, antaranya yang ditulis dalam blog My Precious Life ni. Pendapat daripada doktor pun mama cari, misalnya dalam blog doktor ini. Baru-baru ni, semasa balik kampung untuk menyambut Hari Raya Aidil Adha, kak Jie mencadangkan mama agar mencari sesiur aka pepatung. Kalau orang banjar memanggilnya sesiur sementara orang lain pepatung kot. Syaratnya, sesiur ni kena ditangkap pada hari Jumaat sahaja.

petua atasi anak kencing malam
Inilah sesiur Jumaat


Setelah menguji ketangkasan menangkap sesiur ni, pastikan dia mati dulu tau. Lepas tu, 'patuk-patukkan' sesiur ni pada ari-ari anak. Insyaallah berkesan. Mama dah buat pada kakak Iman, alhamdulillah berkesan dan sekarang mama buat pada Syami pulak. Time kakak Iman, mama patukkan sekali je dah berkesan, tapi Syami agak kurang sikit. Dia masih tak dapat mengawal habit kencing malam, tapi mama tetap akan berusaha. Mama akan patuk-patukkan lagi dan lagi. Mungkin kerana sikap anak perempuan mudah patuh dan 'takut' kena patuk, jadi sekali 'patuk' je kakak Iman dah ok. Kita sebagai ibu bapa hanya berusaha, segala-segalanya atas izin Allah swt juga kan. Tak salah kan kalau kita berusaha dan usaha kita berjaya dengan izin-nya juga.

Published with Blogger-droid v2.0.8

You Might Also Like

4 Comment

  1. susah la nk jumpa skrg ni pepatung ;)..

    ReplyDelete
  2. Mksdnya? Patuk2 tu utk menakutkan ke?

    ReplyDelete
  3. kecik2 dulu selalu guna pepatung nie...untuk menghindar kencing malam...tapi anak saudara sebelah hubby tak mau jadiklah...tetap jugak kencing malam kikiki

    ReplyDelete
  4. wah....first time saya dengar petua ni... terima kasih ye kak..

    ReplyDelete

Komen mencerminkan diri kita. Segala komen yang ditulis diucapkan ribuan terima kasih. Jangan serik untuk menulis komen demi kebaikan bersama.

PING

CK Free Auto Backlink My Ping in TotalPing.com Personal Blogs
best blogs

Popular Posts

Blog Archive

Labels