Pages

@aimaniman |

Duit Bantuan Persekolahan 2013

Duit Bantuan Persekolahan RM 100!! Yahoo, dapat lagi tahun ni.. Bila? 

tqvm Dato' Najib


Bajet 2013 lalu Dato'Najib menjanjikan duit bantuan persekolahan RM 100 diteruskan pada sesi persekolahan 2013. Tersenyum lebarlah ibu bapa kerana jika ada 5 orang anak yang bersekolah, bermakna mereka akan memperoleh RM 500, besar juga nilai tu untuk menampung mana-mana yang kurang. Namun, adakah duit bantuan persekolahan ini betul-betul dimanfaatkan untuk tujuan persekokahan anak-anak. Jika benar-benar dimanfaatkan, mengapa guru-guru sukar nak mendapatkan bayaran PIBG, majalah sekolah dan lain-lain? Itupun nasib baik yuran sekolah sudah dimansuhkan bermula 2012. Namun, bayaran yang tidak mencecah ratusan ringgit tu pun liat untuk dibayar. Rasanya, ke mana perginya duit RM 100 tu pergi? Sama ada ke kocek ibu bapa atau ke kedai top up? Diharapkan mentaliti anak murid mama bagi tahun 2013 ni akan berbeza dengan gunakan duit bantuan tu sebaik mungkin, terutamanya jangan liat bayar yuran pibg dan majalah ok. Biar 'kerja' mama sebagai ceti untuk 2013 semakin mudah, k..
Buat ibu bapa dan murid-murid semua, duit bantuan persekolahan rm 100 ni boleh mula diambil pada 16 januari. Pada 16 januari juga, wajah ibu bapa yang tak pernah 'muncul' di sekolah tiba-tiba je ada., bila ditanya kelas anak pun tak tahu, dalam fikiran mereka hanya 1, mahukan hak anak-anak mereka.. 
Fuuuih.. berpeluh juga nak bagi duit 100 ni, kejap je barisan panjang banding barisan daftar mesyuarat pibg.. alahai malaysiaku yang permai!



Published with Blogger-droid v2.0.9

Sudah baca sila komen

4 comments:

lia said...

Adik kami yg sorg pon kami da kalut he3

faraherda.razalan said...

Pttnya ada sistem pengagihan yg lebih sistematik. Takdelah nak menyusahkan pihak sekolah dan ibubapa. Mmmm....

Qhaifa Nur said...

alhamdulillah, tak sabar juga nih ha..haa

ziraziz said...

situasi yg sama berlaku kat sek..parent yg "hilang" spjg thn pn timbul..& byrn PIBG ttp jgk tertunggak.. :P

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012