AddMeFast

Klik@Lazada

nuff

Kehebatan Kamera Sony NeX3K mama...

Cikgu Iza | December 29, 2012 | 6 Komen |
Hebat? Subjektif ok, kalau mama kata hebat, tentu ramai kata tidak, tapi tolong layan gambar-gambar hasil bidikan Nex3k yang baru dikidnap oleh mama pada minggu lepas... 

latar belakangnya cahaya yang lebih terang...

yaya yang tergaru-garu

pokok besar tempat tenggek monyet

dalam muzium di bukit malawati yang gelap..

sang monyet yang hebat berposing..

gambar ni dalam kaca pameran ..

Beberapa gambar yang mama ambil semasa melawat ke Bukit Malawati. Ada sesiapa yang pernah ke sana? Mama ke sana pun kerana terpengaruh dengan cerita kawan, jadi bertandanglah kami sekeluarga ke atas bukit yang tidak perlu didaki tu. Bukit ni telah disiapkan dengan jalan bertar untuk didaki oleh kenderaan, jadi tak sesuai le untuk sesiapa yang berminat untuk menguji kehandalan mendaki pada musim tengkujuh ni ya. 
Balik pada tajuk, pada mama... kamera ni jauh lebih hebat daripada kamera compact mama sebelum ni. Kalau mama ambil gambar guna kamera compact, mesti gambar hitam legam bila cahaya di belakang lebih terang macam gambar 1. Kemudian, kalau ambil gambar di dalam muzium, mesti nampak bayang-bayang je, tapi tengok le hasilnya jika kita gunakan kamera baru ni. Begitu juga apabila mengambil gambar jauh dan gambar di dqlam kotak cermin. Tak perlulah mama cerita kerana gambar di atas dah menjelaskannya kan....
Jadi, apa lagi? Jom le beli kamera Sony Nex3k ni. Sebenarnya, siri Nex3k ni dah tidak popular lagi kerana sudah keluar siri Nex5k yang harganya tentu lebih mahal. Tapi pada mama, cukuplah dengan siri 3k ni. Malah kualitinya memang jauh lebih baik berbanding jika guna kamera compact saja, bak kata pepatah alah membeli menang memakai... 
Esok, mama nak uji kehebatan Nex3k ni untuk mengambil gambar semasa pendaftaran form 1. Mama bukanlah ajk fotografi tapi suka menyibuk je. Harap-harap Nexf3k mama tidak menghampakan.

Ibu-ibu dan bapa-bapa ... esok pendaftaran form 1 di smkbbss
mulakan langkah pertama dengan niat untuk menjadi pelajar terbaik..
UPSR 2012 yang kurang membanggakan bukan menjadi kayu pengukur ok..
Kawan-kawan yang dapat 5A pun bermula dari 'o' masa form 1...
itu janji mama pada student form 5 kerana pmr bukan penentu...
Ingat... langkah pertama form 4 langkah awal untuk cemerlang spm..

Baca kisah Bukit Malawati seterusnya... kredit kepada blogger
PEMANDANGAN indah alam semula jadi dan laut Selat Melaka yang disajikan cukup mendamaikan jiwa. Sejarah silamnya memberi 1,001 kisah cukup menarik sekali gus memberikan pengetahuan penuh bermakna.

Justeru, bagi yang mencari destinasi percutian keluarga dan bersejarah, Bukit Melawati, Kuala Selangor menanti anda.

Mengikut sejarah, Bukit Melawati dulunya kubu pertahanan Kesultanan Selangor untuk memantau pergerakan kapal dagang dan kapal perang yang melalui Selat Melaka dan Kuala Selangor.

Kota itu ditakluki Belanda pada 1784 selepas menewaskan Portugis dan memusnahkan kota lama dengan membina istana Eropah, Fort Altingberg sempena nama komander mereka, Gabenor Alting.

Namun, kota itu musnah selepas tercetusnya Perang Saudara Selangor (1867-1873) dalam perebutan bijih timah.

Berkunjung ke Bukit Melawati, selain terpukau dengan panorama yang indah, pengunjung berpeluang menghayati seni bina Kubu Melawati pada era pemerintahan Sultan Ibrahim.

Di atas dan sekeliling bukit itu masih ada meriam purba yang pernah digunakan menghadapi serangan tentera penjajah. Menariknya, setiap meriam di situ mempunyai cerita tersendiri.

Benteng atau kota yang digunakan dalam peperangan juga masih pada tempatnya selain Batu Hampar yang dijadikan legenda masyarakat Melayu.

Berada di puncak Bukit Melawati, pengunjung pasti terpesona dengan pemandangan delta Kuala Selangor, kawasan hutan paya bakau dan Selat Melaka yang memukau.

Hutan bakau itu adalah sebahagian daripada kira-kira 198 hektar Taman Semulajadi Kuala Selangor tempat berkumpul lebih 160 spesies burung.

Di puncak Bukit Melawati juga ada rumah api yang masih berfungsi serta beberapa rumah kolonial British yang masih terpelihara.

Anda boleh melawat Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor yang memaparkan pelbagai tinggalan sejarah. Ia asalnya kediaman rasmi Pegawai Daerah Kuala Selangor.

Muzium itu menghimpunkan segala sejarah berhubung Kuala Selangor sebagai pusat pentadbiran awal Selangor selain menyaksikan bermulanya Institusi Kesultanan Selangor yang diasaskan Raja Lumut (Sultan Salehuddin) pada tahun 1766.

Sambil bersiar-siar mengambil gambar di sudut-sudut menarik terutama pokok yang berusia ratusan tahun itu, jangan terkejut jika beberapa ekor monyet ´Silver-Leafed´ dan ´Macaques´ berekor panjang mendekati anda.

Anak monyet Silver-Leafed memiliki bulu berwarna keemasan manakala yang dewasa berwarna kelabu gelap.

Namun, monyet spesies Macaques berekor panjang dan agak buas. Pengunjung gemar memberi makan kacang panjang, pisang atau roti.

Aksi si monyet dan pengunjung yang dikerumuni monyet memang mencuit hati. Ia sekali gus menjadikan percutian ke Bukit Melawati lebih bermakna terutama kanak-kanak.

Untuk ke puncak Bukit Melawati, pengunjung boleh menaiki kenderaan sendiri dari hari Isnin hingga Jumaat. Bagaimanapun, Sabtu, Ahad dan cuti umum, pengunjung perlu menaiki trem berdekatan masjid lama Kuala Selangor dengan harga RM2 (dewasa) dan RM1 (kanak-kanak).

Fakta

* Dulu adalah Kubu pertahanan Kesultanan Selangor

* Kubu Melawati adalah nama asal bagi Fort Altingberg.

* Fort Altingberg musnah selepas tercetusnya Perang Saudara Selangor (1867-1873)

* Menyimpan banyak tinggalan sejarah yang mempunyai cerita tersendiri

6 comments:

Anonymous said...

Free returns is a totally distinct issue. I don't know [URL=http://www.thenorthfaceoutletstores.net/#590]north face jackets clearance[/URL] some merchants offer that. You'll be able to purchase items and return them all, just about all at the store's, shipping [URL=http://www.thenorthfaceoutletstores.net/#968]north face clearance[/URL] two directions, expense.However that isn't your problem.

Mama Adam said...

Hihi... MA pakai canon. Tapi susah ke hulu ke hilir bw dslr. So, pakai je camera handphone.

Kebanyakan gambar pakai hp. Kurang cantik, tapi... boleh la. Sbb senang

citarasa rinduan said...

mcm dslr lah...
kalau mama xsyer ayu ingat guna kamera gedabak tu..

thanks syer ttg muzium tu ya..

ayu lum pernah sampai

nik ros said...

nik guna kamera hp jea. ade dslr tapi malas nak bawak. besar lak rasanya..hehe

MK Kimi said...

dslr ke ni kak? not bad. even kt tmpt kurang cahaya pon, gmbr nmpk elok

munna said...

wah... tercapai juga hasrat akak ye....

Post a Comment

Komen mencerminkan diri kita. Segala komen yang ditulis diucapkan ribuan terima kasih. Jangan serik untuk menulis komen demi kebaikan bersama.

nuff

SantaiEmas

CK Free Auto Backlink My Ping in TotalPing.com Personal Blogs
best blogs

Babab Ping

My Love and Cute Kids © . Designed by MaisarahSidi.com