Klik@Lazada

nuff

Lembaran Kerja Pra Sekolah 2013

Cikgu Iza | December 13, 2012 | 0 Komen |
http://cikguani.blogspot.com

carian di mr google

antara latihan yang dibuat oleh kakak iman..

2013 bakal menjelma..
Kakak iman & syahmi bakal bersekolah Taski 5 dan 6 tahun..
Niat di hati masukkan kakak iman prasekolah.
Tapi tak dapat kerana permintaan untuk ke pra amatlah tinggi, jadi pilihan kedua mama sekolahkan  mereka di taski abim..
Taski abim bukanlah 2nd class ye, cuma kalau boleh biarlah kakak belajar berterusan, mula-mula pra lepas tu tahun depannya masuk darjah 1.. Barulah ada kesinambungan..
Kalau kat taski, mungkin ada perbezaan la kot dengan pelajaran darjah 1.. Entahlee..
Supaya kakak iman dan syahmi dapat kedua2nya, taski dan pelajaran di pra.. Mama google lembaran kerja prasekolah, rupa2nya banyak latihan di sana...
Antaranya macam dalam gambar tu..
Apa lagi, kakak iman sibuk la buat latihan walaupun belum sesuai dengan tahap kakak..
Kebetulan emak mama dulu ialah guru pemulihan sekolah rendah, apa lagi.. Kakak iman betul2 menggunakan kesempatan yg ada untuk mengorek ilmu daripada neneknya...
Dalam hati mama, jasa guru pemulihan dan guru pra lagi besar kerana tanpa mereka, kita tak mengenal abc..
Sedangkan guru tingkatan 5 hanya menerima murid yang sudah 'pandai'... hanya mengasah minda mereka agar menjadi murid terbaik..
Tapi hakikatnya, time Hari Guru, time result keluar.. siapa yang dipuja? Guru pemulihan jarang2 dapat hadiah dan jauh sekali diucapkan terima kasih atas kejayaan cemerlang..
Sebenarnya, guru pemulihan dan guru pra merupakan arkitek pembina bangsa yang paling utama, kerana tanpa 'foundation' yg kukuh mana boleh bangsa yang utuh dapat dilahirkan..
Terima kasih cikgu pra...

Published with Blogger-droid v2.0.8

No comments:

Post a Comment

Komen mencerminkan diri kita. Segala komen yang ditulis diucapkan ribuan terima kasih. Jangan serik untuk menulis komen demi kebaikan bersama.

nuff

SantaiEmas

CK Free Auto Backlink My Ping in TotalPing.com

Babab Ping

My Love and Cute Kids © . Designed by MaisarahSidi.com