AddMeFast

Klik@Lazada

nuff

Pendaftaran Tingkatan 1 2013 : Dilema guru

Cikgu Iza | December 30, 2012 | 6 Komen |
Tahniah mama ucapkan kepada ahli baru SMKBBSS 2013. Syahdu je apabila melihat wajah mereka. Bayangkan wajah mereka pada 2017 apabila berada di tingkatan 5, masih suci dan bersih lagi ke? In sya allah kann, kita sama-sama doakan la ye...

alahai... kasihnya ayah

ikut kata : barisan lurus je

riang nak masuk sekolah menengah

ada juga yang saiz xxl..

ada yang cekak pinggang ooi...

Antara gambar yang sempat disnap sepanjang program pertama yang berlaku di sekolah untuk tahun 2013 iaitu menerima ahli baru, murid-murid Tingkatan 1 bagi sesi persekolahan 2013. Tahun ni mama tidak terpilih sebagai AJK, alhamdulillah.. jadi dapatlah mama 'merayau-rayau' untuk snap gambar. Sebenarnya, banyak gambar yang disnap tapi sedikit saja yang dimuatkan di sini, nanti bosan pula melayan gambar je kan. Gambar-gambar tu akan dipilih untuk dimuatkan dalam majalah sekolah 2013, jadi tugas mama bukan sia-sia saja, 2 in 1 punya kerja, mengambil gambar untuk kenang-kenangan dan untuk dimuatkan dalam majalah nanti. Cuma kali ni, tugas mengambil gambar lebih licin kerana mama menggunakan sijantung hati mama ni. Sebab tu le, kualiti gambar yang diambil lebih ok,... 
Alhamdulillah, proses pendaftaran murid tingkatan 1 berjalan dengan lancar. Seronok je melihat wajah suci bersih murid-murid tingkatan 1 tu. Tapi, malangnya mereka bukan client mama. Client mama ialah abang-abang dan kakak-kakak di tingkatan 4 dan 5. Itu yang mama risaukan apabila mereka nanti menjadi client mama apabila melangkah ke tingkatan 4 dan 5. Adakah wajah mereka 'sesuci' sekarang. Apabila 'noda dan dosa' bercampur baur melekat di hati mereka menjadi daki yang sukar disental, itulah dilema yang kami guru di tingkatan 4 dan 5 hadapi. Entah mengapa murid-murid yang pada mulanya begitu luhur dan mudah menerima arahan dan mudah ditegur menjadi murid yang 'keras' dan berbangga melanggar peraturan. Adakah kerana silap sistem pendidikan, kesilapan kami tidak bijak mengajar, ataupun kerapuhan nilai positif dalam diri dek kurangnya peranan ibu bapa atau memang menjadi lumrah alam, semakin dewasa usia semakin berbangga dengan kesilapan dan kesalahan dan mendapat 'tiket' untuk melawan guru? Mukin guru-guru perlu melakukan kajian... 

Isshhhh 'beratnya' isu dalam entri mama..
Sorri... kerana blog ini menjadi tempat mama meluahkan perasaan
Ada yang sudi berkongsi keresahan mama??

6 comments:

MK Kimi said...

innocent je muka..

:)

Mama Adam said...

Entah la... nak salahkan guru tak boleh. Ibubapa lagi la tak boleh. Sebab, walau nakal bagaimana pun budak tu, ibubapa dh didik agar jadi yang terbaik sejak kecil. Masuk aje sekolah, tanggungjawab tu dikongsi oleh guru-guru.

Mungkin peranan setiap ahli masyarakat yg penting. Setiap entity saling membantu agar belia kita menjadi orang suatu hari nanti

SEO Pakistan said...

your blog is very nice and very informative, i really like it and i find it very helpful, actually i am visiting on first time to this blog but i really like it and i find it very interesting, i am going to share it on my fb with my friends,

~MommyAida~ said...

SInggah sini kak..Semoga pelajar2 tingkatan4 dan 5 akan terus menjadi seluhur hati mereka ketika mula2 menjejakkan kaki di tingkatan 1..InsyaALLAH..follow akak jugak..

munna said...

teringat zaman munna dulu.... skrg ni giliran munna pula hantar anak ... walaupun baru je masuk tadika... teruja sangat

faraherda.razalan said...

Sy sendiri tak tau nak jwb mcm ne. Kak, dulu sy ms sekolah adalah antara pelajar yg kuat rebel. Sy sendiri tak tahu kenapa. Apa yg sy tau, bile hampir nak mengenal dunia, jiwa remaja sy jadik keliru utk jadi apa dan siapa.

=(

Post a Comment

Komen mencerminkan diri kita. Segala komen yang ditulis diucapkan ribuan terima kasih. Jangan serik untuk menulis komen demi kebaikan bersama.

nuff

SantaiEmas

CK Free Auto Backlink My Ping in TotalPing.com Personal Blogs
best blogs

Babab Ping

My Love and Cute Kids © . Designed by MaisarahSidi.com