lazada

nuff

Punca Harimau Malaya Kalah..

Cikgu Iza | December 14, 2012 | 8 Komen |
Tiba-tiba sahaja Lee Min Hu menjadi terkenal dan meniti dari bibir ke bibir orang Malaysia. Siapa pemuda kurang handsome bernama Lee Min Hu? Biodatanya menurut mr wikipedia...

opperate FB jumpa lagi Mr Lee Min Hu..
Memang patut kita 'bom' dia..

Orang lain sibuk bercerita tentang HM, mama pun nak bercerita juga, dari sudut pandang 'player wanita' pulak.. Mama bukanlah minat sangat dengan HM ni, tapi semenjak HM kalahkan Laos 4-1 dan Garuda 2-0,  bibit-bibit cinta terhadap HM berputik semula. Tapi malangnya, bibit-bibit cinta yang baru nak berputik layu semula disebabkan mr Lee Min Hu!!!.
Malam tadi mama menonton game HM vs Thaiand cuma setakat minit 66 je, lepas Thailand jaringkan 2 gol, mama tak sampai hati nak mengiringi kesedihan seluruh player HM terutama mr Raja.. Detik kehancuran HM bermula pada minit ke-44 sebenarnya apabila Fadhli Sahs diberikan kad merah. Memang tak patutlah dia di'kurniakan' kad merah, bukan kerana dia player HM, tapi kalau dia player Thailand pun, mama akan kata tak patut kerana dia bukan pesalah, dia mangsa keadaan, mangsa ketidak adilan Lee Min Hu!!.
Tapi, tak mustahilkan kalau dengan 10 player pun HM boleh menang, pokok pangkalnya bukan Lee Min Hu penyebab kekalahan HM 100%. Banyak faktor lain, antaranya kenapalah Farizal Marlias yang handsome tu sepak bola tak bermaya?  Seingat mama, tak sampai separuh padang pun, sedangkan player HM semuanya dah ke atas. Cuma ada 2 player je, tu pun dengan mudah digelecek dan akhirnya membuahkan gol pertama Thailand. Kesian mama tengok Farizal menggaru kepala tak gatal lepas jaringan tu... Jaringan kedua mama x boleh nak komen kerana mama dah tak sanggup nak tengok, mama dah p buat susu Yaya..
Pokok pangkalnya, game Malaysia memang kurang menyengat dari minit pertama lagi, 'kita' asyik diserang je, tapi nak dijadikan cerita gol kita x dibolosi masa 1st half. Nak dijadikan alkisah lagi, Fadhli Sahs pulak dikurniakan kad merah, jadi segala 'kepincangan' digalas di bahu Lee Min Hu seorang. Pada mama, berhentilah menuding jari, terimalah hakikat bahawa HM untuk AFF Suzuki 2012 tidak segah HM semasa AFF 2010 dulu. Bak kata mr. Raja "saya kenal player saya..".. dan biarkanlah beliau terus bereksperimen, dan secara logiknya pasukan yang masih dalam eksperimen tak sesuailah untuk jadi juara kan? Tunggulah kita jadi juara apabila pasukan HM yang 'sebenar' berjaya dibentuk nanti.. 

tq Lee Min Hu kerana tidak membuatkan HM dan mr Raja dipersalahkan..
Published with Blogger-droid v2.0.9

8 comments:

  1. tertiba Kpop penyet tu jadi popular ye kak!!!

    ReplyDelete
  2. pemain Thailand memang hebat sebenarnye,,,

    ReplyDelete
  3. pasal Lee Min Hu jugak la diorg cadang boikot citer korea..hehe jap je tu

    ReplyDelete
  4. Terima ja la kekalahan tu..depa dah cuba sedaya upaya...Si kpop tu mmg berat sebelah..

    ReplyDelete
  5. redo la xder rezeki nk menang...reff tu APTB

    ReplyDelete
  6. biarlah perkara dah berlalu kan

    ReplyDelete

Komen anda amat dihargai. Sila komen lagi.

nuff

SantaiEmas

CK Free Auto Backlink My Ping in TotalPing.com

Babab Ping

My Love and Cute Kids © . Designed by MaisarahSidi.com