Offer @ Lazada

>

nuff

Rahsia Tingkatkan Traffic Blog Terkini...

Cikgu Iza | December 15, 2012 | 17 Komen |
Macam-macam cara nak tingkatkan traffic blog dan mempertahankannya. Kadang-kadang macam terasa mudahnya orang buat kenapa susah bagi mama. 

Mama search dalam google, terdapat pelbagai kaedah up traffic ke blog. Bagaimana nak melakukannya? Antara faktor yang perlu kita buat ialah meningkatkan mutu kandungan blog. Guna tajuk yang selalu orang cari. Secara umum kita perlu baiki dulu blog dari perkara-perkara yang tak mesra seo atau trafik.


Baiki blog kita dari segi:

  • Tukar Theme lambat loading
  • Tajuk artikel yang tak mesra seo
  • Kandungan blog yang tak bermutu
  • Iklan yang terlalu banyak hingga menganggu pelawat membaca artikel anda
  • Bahasa kurang mesra pelawat. Guna bahasa yang mudah di fahami
  • Bagi saya background gelap tak sesuai dan kurang mesra pengguna


Kemudian baru kita lakukan aktiviti promosi secara terus dengan Ping ke blog tempatan:




Pingkan blog secara peringkat demi peringkat dan jangan buat serentak. Ini boleh menjamin trafik berterusan. Masuk dan daftar di laman di atas dan lakukan ping artikel kita secara terhormat. Ikut peraturan di blog berkenaan.



Guna Twitter Feed



Sila guna twitter feed. Macam mana untuk meningkatkan trafik dengan Twitter? Mudah sangat tau. Firstly, cuma perlu register di twitterfeed.com. Then, create new feed, isi blog url, yang lain pihak Twitter Feed akan uruskan.



Komen pada blog kawan kawan



Google suka kalau anda tinggal link di blog orang lain. Jadi komen di blog kawan anda dan tinggalkan link blog anda. Ia akan membantu menaikan rank di google atau SE yang lain. Jom komen membina…



Tool wajib pasang pada blog wordpress anda



SEO Plugin – All in one seo pack sila serch dalam wordpress.org
Sitemaps plugin untuk wordpress
Sila pasang dan aktifkan plugin tersebut.



Selalu update blog dengan entri menarik



Guna artikel menarik akan membantu tarik trafik ke blog anda. Pastikan tajuk yang mesra seo, bukan tajuk mengarut. Contoh guna pendekatan tajuk berbentuk soalan, kerana ramai nak tahu sesuatu akan search di Google. Misalnya Bagaimana Nak Tingkat Mutu Blog Anda, Bagaimana Nak Tingkat Kualiti Web Anda? , atau Cara-Cara Tingkat Trafik, Teknik Menjana Duit Melalui Blog Anda, Bagaimana Membuat Isteri Sayang Pada Anda.



Semuanya berkisar bagaimana, apakah, dan cara nak selesai suatu masalah. Kata kunci arikel anda adalah berkaitan apa yang selalu orang cari. Sila amalkan InsyaAllah mujarab untuk blog kita...

Artikel ni sebenarnya mama copy paste dari sini. Malah banyak lagi cara lain, misalnya cara yang diamalkan oleh blogger ni. Tapi, mama rasa kebanyakan daripada kita sudah melakukannya, namun traffic ke blog masih kurang. Rasa macam nak putus asa dengan blog kita, dan jealous apabila membaca blog-blog terkenal yang trafficnya tinggi. Macam itulah yang mama rasa sehinggalah mama jumpa satu cara ni. Lain daripada yang lain tau.


rahsia up traffic
mama dah ada software ni..


Boleh percaya ke? Tak salah ke? Apa-apa hal pun mama akan update entri tentang software yang didakwa boleh meningkatkan traffic ke blog kita ni kalau mama dah berjaya le. Kalau tak berjaya, mama percaya bahawa tiada jalan mudah untuk senang, tiada jalan pintas untuk berjaya, tiada mat jenin dalam dunia modern ni... Yang ada ialah usaha dan usaha... kerana usaha tanpa kenal erti putus asa sahaja kunci utama kejayaan, ok...


bukti semasa..

Mama check pada nuffnang.. statistik pelawat ke blog mama sebelum dan selepas menggunakan software tu. Yang di atas sebelum, dan di bawah selepas menggunakannya, walaupun masih sedikit tapi jelas perbezaannya kan. Kalau sebelum, pelawat hanya 1, tapi selepas boleh mencecah 99! Kita tunggu dan lihat sahaja la ye. Mungkinkan Mat Jenin Modern akan lahir?...

nuff

SantaiEmas

CK Free Auto Backlink My Ping in TotalPing.com

Babab Ping

My Love and Cute Kids © . Designed by MaisarahSidi.com